Sebab Kenapa Perlu Tukar Nama FACEBOOK


Nampak dalam timelines , ramai  yang mula dah tukar nama facebook  dari nama glamour dah tukar ke nama yang sebenar seperti dalam IC. " Mawar Biru" nama facebook yang kubina hampir 6 tahun ,, terpaksa tukar nama demi tak nak ilang akaun Facebook yang satu ni. Hahah sayang la juga sebab dengan FB yang ni ramai kenalan dan bisnes and networking. Lagipun ada link beberapa page.. jadi memang sayang kalau ilang.  Memang tak tunggu warning dari Mark Zakaberg team , just langkah tuk jaga-jaga bak kata pepatah , lebih baik mencegah dari mengobati  , Lebih baik tukar nama facebook awal-awal sebab untuk elak dari pada akaun facebook kena delete. 


Sebab Kenapa Perlu Tukar Nama FACEBOOK  

Lisa sebenarnya dah nampak dari status kawan dalam facebook , terdetik nak tukar tapi kena pilih nama yang sesuai .. Lisa ingat boleh suka-suka letak nama , so tukar la dari mawar biru ke nama Cik Lisa . Nama panggilan setiap hari la tu kan? tapi... malam tu kul 12 ( tengah malam tuuu.. ) tiba-tiba facebook terlogout dari HP .Time nak log in semula.. dah tak boleh weii! seram sejuk . Check guna facebook yang satu lagi , akaun Mawar Biru / Cik Lisa dah tak wujud . Arghh sudah .. !!


" Confirm Your Identity " , ayat tu yang keluar . OK ..akur.. kena tukar full name juga agaknya walaupun kat support message tu ditulisnya name panggilan setiap hari . 



Korang kena submit nama , and surname .. lepastu kena attach gambar IC/ ID , boleh letak IC , Lesen , Pasport . ( Jangan lupa tutup no IC dan Alamat rumah korang !! ) , gambar ID ni ada yang perlu letak ada yang tak perlu letak rasanya . Depends dengan kepelikan nama facebook korang la. 

Haip.. bukan sampai situ je , lepas tukar nama dan bagi gambar IC . Kena tunggu 24 jam lagi untuk pihak Facebook review nama korang tu sama dengan IC tak . Kalau tak sama.. korang dah boleh buat semula akaun facebook baru . Hahahah ,.. betul tau bukan gurauan semata-mata. 

Lepas dari 24 jam .,, korang akan dapat message macam ni . Dan tandanya nama Lisa Nurulain ni boleh guna dalam akaun facebook . 

Kes Lisa tu sebab tukar nama tapi takleh guna nama tu walaupun nama panggilan setiap hari ,  so dia bagi message untuk tukar nama dan scan ic . Lain orang akan dapat message berlainan rasanya., mungkin ada yang akan dapat message macam gambar bawah ini , " please change your name " 


Kes ni bukan sebab ada orang report scammer niaga online ke hape , bukan sebab tukar page juga . Tapi facebook dah bagi tahu yang policy baru ni korang kena guna real name tak boleh guna nama bunga (aku lah tu ) , kereta , kucing , Dato , Proff, religious atau nama pelik lainnya . 

Better tukar nama sekarang , jangan tunggu warning . Ye.. kalau dapat warning, kalau terus kena delete dari facebook ,,, mau tak menangis tak berlagu nanti . Ada kawan lisa Encik ST nama facebook lama takdapat warning ape . Trus kena delete tanpa sebarang notis. Ha.. mesti tak nak benda tu jadi kat facebook korang kan.. 

Ada baiknya juga la suruh tukar nama ni , atleast kelak kalau meninggal ke hape..takde la orang cakap .. alfatihah buat kucing kurus ka , permasuri khayangan la,  atau cicak man .. hehe. Selain itu cegah untuk ada akaun palsu . 

Mungkin juga alasan suruh tukar facebook sebab Office FB yang Baru ,  sekarang dah bertapak di Kuala Lumpur Malaysia . Baca Link ni kalau korang nak tau lebeh pasal Office tu : http://www.nst.com.my/news/2016/05/143684/its-official-facebook-opens-office-malaysia

16 ulasan

better tukar dari jadi apa2. hukhuk

Dh baca seram plak ok kna tukar juga😂

tak sanggup hilang fb ,susah nak catch up balik dengan friends dan follower lagi. fuhh.. better tukar kan.

Nasib baik memang nama sendiri.. tak tahu la pula kalau FB suruh letak nama bapa sekali...

done tukar gak hehehehe siap nama bapa pun letak. Hrp2 Mark sukeeeee :)

hehehe...mampu senyum je... kita yg dah memang nama ic ni tak kisah kan? ke caner?

Dahsyat syarat baru facebook ni. Mesti ramai yang sayangkan akaun merekakan.

Setakat ni akak x dpt lg arahan camtu..rilek la dulu...

selamat sha punya dia tidak minta tukar...hihihi

Terima kasih. Lengkap betul info tu.. Harap2 nama saya lulus..

perasan jugak ramai kawan2 fb dah tukar nama. bagus juga


EmoticonEmoticon