Cara Ukur Saiz Cincin

Cara Ukur Saiz Cincin || Ramai yang tak tahu nak jawap macam mana kalau ditanya mengenai berapa size cincin .. betul tak ? haha takperlu tanya orang lain.. sebab Lisa sendiri pun tak tahu . Buat apa susah-susah , nak beli cincin.. pergi je terus ke kedai emas tu . Try la satu-satu..ha.. nanti pasti jumpa saiz cincin yang sesuai .

 Tapi.. cuba banyangkan kalau kalian nak kahwin dengan orang nun jauh disana. Contoh : Orang sabah kahwin dengan orang Johor .. tak ke jauh .  Kalau datang nak merisik mesti bawa cincin datang kan... nah macam mana nak tahu saiz tu ? Orang cakap jari kelingking lelaki sama saiz dengan jari manis perempuan.. Ya kalau badan lebeh kurang .. kalau yang lelaki kurus yang perempuan badan chuby macam mana ?? hahah tak boleh guna petua tu ... tak apa.. Lisa kongsi tips atau cara untuk ukur atau  size cincin . Jom baca ! 



Abaikan baju KitKat tu .. hehehe.... Bahan yang perlu kalian sediakan untuk ukur size cincin ialah : 
1 . Kertas / benang sepanjang 10 cm . lebar 5mm dah, tak perlu lebar sangat 

2. Pen 
3. Pembaris 

Jom kita cuba cari ukuran size cincin dengan cara ukur keliling jari : 


1. Lilitkan kertas atau benang tadi dijari . Kemudian tandakan dimana kedua hujung bertemu . Jangan ketat sangat.. jari tu buat rileks je ..


2. Ukurpanjang kertas yang telah kita tanda tadi .  
Contoh macam Lisa ni .. 5.2cm . Saiz cincin dengan ukur lilit jari ialah  : 11 .


Untuk Rujukan size cincin , lihat gambar berikut ! Siap...







Mudah je kan.. sekarang tak perlu pening lagi macam mana nak tahu saiz cincin . Kalian dah tahu saiz cincin jari Lisa... takda sapa nak bagi free cincin bentuk crown macam kat atas tu ke ? hahahaha

Selamat mencoba .. semoga tips ini berguna untuk kalian yang akan bertunang atau merisik orang tapi duduk berjauhan . 

5 ulasan

oo..mcmtu..ala dah kawin..hahaa..cicin pun dah banyak..

Bagus tips nie..dlu siap bagi cincin kat isteri tuk cari cincin nikah..hahaha

menarik.. boleh la guna cara ni lepas ni.. hehe..


Blogwalking sini, jom baca

Uber Taxi Malaysia article....

Bagus tips ni bagi yg nak merancang untuk masung meminang. Hehehe

hahaah ,, kan.. kdang siempunya badan pon tk tahu size apa


EmoticonEmoticon