Blogger Bukan Hanya Kaut Untung Je...


Blogger dah tak asing lagi ditelinga dah sekarang ... buktinya sesetengah telemovie atau drama melayu mesti akan paparkan scene berkaitan dengan berita dari blogger bla bla bla... OK . Bukan semua blogger ni kejar trafik, tulis pasal artis  dan nak kaut untung je . Blogger ni pun ada banyak kategori ,, seperti parenting , lifestyle , Food Blogger , Blogger Masakan , Beauty Blogger , Blogger Hiburan .  Persepsi orang selalu ingat blogger ni buat isu fitnah , isu artis .. isu politik .. haippp... tak semua macam tu ye . Ramai lagi blogger yang baik.. kalau kalian taip yang baik-baik mesti keluarlah yang baik-baik.. contohnya , Cara hilangkan demam , cara masak ayam rendang ... cara hilangkan jerawat , tempat makan sedap.. atau... news pasal gaget terbaru. 

Blogger Bukan Hanya Nak Kaut Untung ... 

Kali ini Lisa nak luahkan ... luahkan isi hati yang t'lah lama terpendam .. cewahhh..ayat mau nak jiwang . Takdalah.. Lisa just nak jawap and bagi pendapat je dari status yang di media sosial kawan ni . Pernah nampak di status beberapa orang di facebook ..

" Eh Hari ni review tulis pasal brand X .. hari esok pulak review brand Z ... pastu sebenarnya guna brand yang mana 1 ? orang nak baca pun jadi konfuse . sekejap cakap ini terbaik..sekejap tulis produk tu bagus... " 
Kalau jadi macam ni ... nampak tak keraguan dari pembaca blog kita.. ya tahu mungkin ianya job berbayar. Tapi elok lagi kalau diselang-seli la . Bukan review semua dan kaut semua ..walaupun itu ada payment . Kita tulis.. bagi orang baca.. dan buat pembaca tertarik untuk cuba . Kalau review serentak.. pembaca dah hilang kepercayaan.. sebab tak tahu nak percaya yang mana satu .

 Lisa pula.. blog Lisa ni lebih suka tulis mengenai info yang Lisa tahu untuk dikongsikan kepada pembaca dan juga beberapa review berbayar ..  Lisa juga termasuk dalam Beauty Blogger , bukan nak cakap Lisa cantik..tapi lebih kepada kongsi tips untuk perawatan kulit wajah .. atau produk-produk yang kalian boleh try . TAPI ..Perlu ingat juga kalau kulit orang tak sama , jadi sebelum pilih dan pakai .. korang kena tahu kondisi kulit tu termasuk dalam kategori yang mana satu . Entri pasal artis tu Lisa kongsi kegembiraan je la.. sebab lisa minat artis tu , bukan jadi paparazi kejar sensasi artis .. untuk bacaan sendiri dan kongsi ke kalian.. hehehe..


Pendapat Lisa : 

Menulis biar ikhlas...  jangan nak kejar untung je ... jangan tulis yang kita tak tahu kesahihan berita tu . Dan..jangan kaut semua job sampai entri yang kita tulis tu kelaut .. nanti kita juga yang hilang pembaca . Bina kepercayaan dengan pembaca.,, baru pembaca seronok.. betul tak ? Lisa bukan OTAI ... tapi coretan ini hanya pendapat Lisa pribadi .. maybe ada yang nak teringin jadi blogger ke... pesanan ini dari tok guru lisa juga..beberapa Blogger OTAI yang cukup lama menulis .. semua nasihat tu Lisa guna sampai sekarang .





5 ulasan

Jalani seadanya, tidak semua orang faham namun perlahan-lahan kita bagi faham :)

ye betul..tulis yang baik-baik je..nengok ada anak..nak tulis pasal anak je..hahaa

akak pun ada nak kongsi ngan pembaca blog pasal pertanyaan seorang artis veteran mengenai blogger , tapi sebab akak profesional ( ececece ) maka akak jawab dengan penerangan yang panjang lebar supaya lepas ni dia dapat terangkan pula pada kawan2nya apa itu blogger...bukan semua blogger kaki fitnah , kontroversi dan blog papan iklan...sekian macehhhh

ada ramai je persoalkan review produk macam ni.. kita sebagai blogger, kalau review tu biar jelas, baru pakai seminggu... pengalaman 3 hari pakai atau baru jer terima produk.. ni dalam ayat 'rahsia saya selama ini' 'saya kekal cantik dengan produk ni'..macam dah lama sangat padahal baru jer review.. next week review lagi.. kena jujur la kan..

Assalamua'laikum dan Salam Ramadan.. Reen setuju. Reen pun niat nak blog sebab nak kongsi pengalaman atau apa-apa info berguna. :) Reen jalan-jalan sini sambil komen dan follow sis.


EmoticonEmoticon