Petua Hilangkan Gegata

Petua Hilangkan Gegata , Hampir semua orang pernah terkena penyakit gegata . Ruam-ruam merah pada kulit dan kemudian gatal . Gegata biasanya disebabkan kain tilam kotor atau terkena ulat bulu ,, beberapa hari lepas anak buah pun terjangkit . Bukan main panik lagi , sebab Lisa takut dia kena chicken pox. Nasib baik gegata je .. 

Hari pertama kena gegata .. dia masih gigih datang sekolah . Sebab memang jenis yang tak suka ponteng , tapi cikgu suruh balik. Kesiannya dia.. muka sedih. Balik sekolah kemudian pergi ke klinik untuk check. Doktor bagi ubat dan MC selama 3 hari . Tapi macam tak ok je.. hmm ,.. nak exam , tu takut nanti tak sempat sembuh . Lisa tanya kawan-kawan dalam group , nasib baik mereka bagi petua-petua untuk ilangkan gegata ni . 

Petua hilangkan gegata

1. Air Garam
Mandikan budak dengan air garam . caranya : Ambil garam secukupnya , masuk dalam baldi . Tuang air , dan kacau sampai garam tu rata. Kalau nak senang gunalah garam halus . Lepas tu siram ke bagian yang kena gegata tadi . Takperlu dibilas. 

2. Bawang merah 
Bawang merah potong kecil-kecil secukupnya , dan sapukan ke tempat yang terkena gegata.

3. Air Sireh 
Rendam sireh dalam air , sampai terkeluar warna. Sapukan pada kulit . 

4. Doktor 
jika sakit masih berkelanjutan ,, cepat-cepat bawa pergi jumpa doktor .. 

Dan memang petua ini memang mujarab , hari kedua amalkan mandi air garam .. gegata dah berkurang dan esok harinya dah ok . Kalau tak ok lagi .. pergi hospital , nanti doktor akan inject . Pelik gak haritu pergi klinik , doktor tak bagi inject. tapi mungkin dia lebih tahu ... hehehe tak nak memandai ..




4 ulasan

baru tau nama dia gegata. selalu panggil ruam merah je. simple je petua dia :)

garam tu kena campur dgn air bawang ya..

Kesian tgk kalau bdk2 yg kena gegata ni... Btw, good sharing ...

Dh ckp garam mmg bgs. Alhmdlh. Moga cpt sht.


EmoticonEmoticon