Ad

Peniaga Online WAJIB letak Harga Barang

Peniaga Online WAJIB letak Harga Barang

Baru Lisa tahu yang sebenarnya berniaga atas talian atau Online ni , wajib letak harga . Tapi kebanyakan seller online ni tak letak hargapun dalam barang yang dia jual tu .  Just tulis " PM untuk harga " . Salah tu ,,, sepatutnya kalian letak harga wahai seller online. Bukan suruh pembeli... Pm anda  . Lisa pun seller online juga , tapi Lisa letak harga . Hehehe sebab memang dah harga mati pun . Akta peraturan jualan online ni dah lama keluar , tapi peniaga je tak ikut peraturan. Mungkin... lupa kot , takpon mungkin dia sengaja endahkan sebab persaingan niaga .. hehehe 

Peraturan Urus Niaga Perdagangan Elektronik 

INFO : Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan dalam talian hendaklah memaparkan maklumat seperti berikut : 
1. Nama orang atau nama syarikat yang menjalankan perniagaan . 
2. Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat 
3. Alamat e-mail dan nombor telefon . 
4. Menyatakan ciri-ciri utama barang atau pekhidmatan yang ditawarkan . 
5. Harga  penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos pengangkutan ,cukai dan kos lain. 
6. Kaedah Pembayaran 
7. Terma dan Syarat /
8. Anggaran masa penghantaran barang atau perkidmatan kepada pembeli. 


Akta dah ada sejak 2012 , jadi terpulang kalian sama ada nak letak harga atau masih berdegil tak nak letak harga. Tapi kalau nanti kena saman ,,, jangan baru nak membebel atau bising salahkan KPDNK K pula. hehe 
1
( Hide )
  1. huh.. da makin strict dah.. dah jenuh ikut prosedur bagai, pastu barang pun terjual.. pastu LHDN lak htr surat.. payah betul berniaga zaman skrg.. wakakakka

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo