PUNCA BILL ELEKTRIK NAIK

punca bill tnb naik
Bagaimana cuaca mempengaruhi bill elektrik anda ?
Akhir-akhir ni dah heboh di media sosial tentang kenaikan bill elektrik yang menjadi 2 kali ganda. Bukan dalam friendlist fb lisa je , tapi di page-page pun dah keluar. Nah sedikit info untuk kalian yang Lisa dapat dari salah seorang yang kerja dibawah TNB (Tenaga nNasional Berhad )

Dah heboh di page sana sini bill elektrik meningkat bulan ni. Ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB aku nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing2 akan faham. insyaallah bila tak kedekut ilmu kita akan diberi ilmu lebih lagi.


saya sertakan satu formula elektric, joule's law
H = i^2 x r X t
dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus.
dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. elektrik kita tak boleh nampak jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab efek el nino.


contoh mudah:
PETI AIS
Dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. Untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.
Cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram
0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. Ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.
dalam fenomena el nino, suhu persekitaran bukanya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C.


Jadi dalam situasi sama semasa fenomena El nino,
0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.
Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je elnino, terus up jadi 30.168kJ. Ni dari segi teori...praktikal pulak lebih dari jumlah ni.
Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.


Nak mudah faham lagi, Bukan peti ais sahaja guna kompressor.. Air Cond juga sama. kita dulu kita set 20°.. sekarang tetap x berubah 20°.. tetapi disebabkan cuaca panas. Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°.. sama juga dgn peti sejuk.. kita x pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik mendadak.. compressor perlu bekerja lebih.. ini yg kita perlukan terangkan pada pengguna.

Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.
Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. Jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak,ia juga bagi kesan bill elektrik meningkat. Kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. Ada kes air cond terbakar sebab wayar terlalu panas.


Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dgn tariff elektrik. Harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah utk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin byk. Maka harga blok tarif slps itu juga berbeza. Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik sahaja dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. ramai pengguna yg heboh-heboh kat media sosial ni berlagak macam pandai tapi tariff letrik untuk rumah tak boleh faham.
Harap lepas ni rakyat malaysia lebih berilmu dan kurang tunding jari salahkan pihak lain..




Semakin menjadi viral pasal bil TNB tiba-tiba mendadak naik..pandai pulak meter TNB berpakat 1 Malaysia naikan bacaan dan seperti biasa pekerja TNB yang dimaki hamun bagaikan lupa dosa halal haram. Saya bukan nak bela mana2 pihak. Bill TNB rumah saya pun naik dari purata rm100 kpd rm280 bln ini dan kita pun sedar ujian yang sedang menimpa negara dengan EL NINO.Bila TNB bagi alasan sebegitu tidak boleh diterima pulak. Macam-macam alasan pengguna bagi antaranya penggunaan sama,pasang air cond malam sahaja seperti biasa, tetapan suhu sama, siap ada cut off timer dan macam-macam alasan. Saya nak bagitahu 1 benda sahaja.



Ambil kereta dan isi minyak penuh rm100. Ulang alik keje mcm biasa..tenguk dapat berapa KM dapat jalan?
Pasti..kereta yang sama juga isi minyak rm100. Sila ulang alik naik turun Cameron Highland atau naik tanah tinggi.
Adakah sama penggunaan minyak?



Sama juga peggunaan air cond, walau kata guna waktu sama, tempoh sama, air cond sama, tetapi faktor suhu persekitaran membuatkan air cond tersebut berkerja lebih dari biasa. Biasanya outdoor unit compressor tersebut berputar jarang2 sebab sudah capai suhu dikehendaki tapi sekarang dia keje lebih bro..X percaya? cuba korang peratikan berapa lama ia berpusing??


Dah set auto ke apa ke, akibat tekanan suhu luar ia memaksa air cond keje lebih, sama juga sistem peti sejuk dan lain2 sistem penyejuk bekuan.



Tidak perlu nak fitnah tuduh org TNB makan duit haram..org TNB rembat duit diam2.. atau tipu meter dll...

Data TNB sendiri mencatat bacaan permintaan bekalan paling tinggi dlm sejarah negara..malah sejak sebulan lepas..kes2 blackout semakin menjadi2 akibat peningkatan beban lampau sehingga ada kabel yan hangus..dan ada perkakas TNB yang rosak akibat arus tinggi.

Sebelum berkata2 tu.lihatlah sekeliling, ujian ALLAH ni baru sikit dan saling mencari salah org.





Salam..saya cuma nak bertanya. Kenapa kenaikan bil saya mendadak pada bulan ini? saya rasa ada kenaikan 3x ganda (dah semak akaun, sebelum ni avg RM45-65 sebulan, bil terbaru RM85. mana datang 3x kali ganda sy pon tal tahu )
Saya pakai mcam biasa..boleh awak jelaskan.

Dalam hati...(walaupun saya bukan Dr Zakir,sy cuba jugak untuk patahkan soalan pengguna ni)

Ye...saya jelas dengan soalan yang diajukan encik. saya cuba jelaskan.
Memang pengunaan encik sperti biasa. dari segi purata pengunaan adalah hampir konsisten setiap bulan. saya akui pengunaan encik sama mcam biasa tetapi adakah encik sedar sekarang cuaca adalah panas luar biasa? 



Cust: ye sy faham. ada kaitan ke dgn bil?

Encik ada guna aircond?



cust: ada...sma je sy guna. tpi sy berjimat dgn pengunaan. 

ye. saya jelas 😊 rumah encik adalah jenis teres yang dibina dari simen dan batu bata. Encik sedar ke, sewaktu malam hari, adakala kita terasa panas bila menyentuh dinding?



cust: ye betol tu.

Ini kerana, rumah kita akan meresap haba yang dibiaskan oleh matahari pada waktu siang. sebb itu kita rasa panas dan bahang didalam rumah bila waktu malam.



Cust: betul.

Pengunaan aicond ada kaitan  dengan faktor cuaca disebabkan apa? disebabkan aircond yang kita gunakan ada sensor. Mengapa ada pilihan suhu pada remote aircond yang kita gunakan? sebb nak beri pilihan takat sejuk mana yang encik pilih. Jadi, aircond akan bertindak balas dengan suhu yang encik tetapkan dan terus bekerja sehingga mencapai suhu yang dipilih. Disebakan terdapat sensor pada aircond tersebut, ia tidak akan berhenti berkerja sehingga capai suhu yang encik pilih.

Pada waktu malam, haba akan dibiaskan dan bilik akan terasa panas. Pada masa itu, aircond perlukan kerja yang lebih untuk suhu yang encik pilih pada masa itu encik tidak akan perasaan bila ia akan mula berherti bekerja. Itulah kaitan aircond dgn ruang bilik dan faktor haba. boleh encik rujuk BTu Aircondition. bukan setakat suka-uka nak beli aircond, dalam pengiraan keluasaan bilik pon akan diambil kira untuk tentukan berapa HP Aircond yang sesuai untuk ruangan bilik tersebut. baru pengunaan efesian.




cust :   betul juga

Sama jugak perinsip macam elektrik, bila encik paksa untuk sejukan bilik dengan cepat, begitu jugak aircond yang akan bekerja kuat dan menarik pengunaan tenaga elktrik dengan banyak tanpa encik sedar. Sebb itu bil bulan ini tinggi. nasihat saya, agar encik mengurangkan pengunaan aircond untuk bulan terdekat ini disebabkan suhu terlalu panas.

Di malaysia, akibat terlalu panas, mereka mengeluh dan terkesan dengan kenaikan  bil elktrik akibat selesa dgn cuaca sebelum.
Saya bagi contoh luar negara. Cuaca mereka sejuk. mereka biasa dengan cuaca mereka. andai kata suhu jatuh mendadak, mereka akan rasa perkara yang sama sperti kita sekarang. Mereka juga ada alat pemanas dirumah. sudah tentu pada musim sejuk tersebut mereka akan gunakan alat pemanas untuk panas kan dalaman rumah.
Jadi contoh yang saya berikan, mereka tidak menggukan aircond di kebanyakan rumah namun pengunaan bil elktrik mereka akan meningkat jugak pada musim sejuk akibat pengunaan pemanas.




cust : saya setuju. betol awak ckap pada saya ni. jadi memang betilah faktor ni ada kaitan dengan aircond. yelah saya cuba kurangkan aircond bulan ni. 

Ye encik. untuk bulan terdekat ni saya harap encik kurangkan sedikit pengunaan aircond dan berdoa agar cuaca kita kembali seperti biasa.




Cust: insyallah. saya pon berdoa agar keadaan panas ni cepat pulih. harap xlama panas ni. 
Saya nak tanya, rumah yg xpakai aircond terlibat sama ke? 

Tidak encik. contoh pd saya. saya dapat bil percuma setiap bulan sbB bawah rm20. alhamdulillah sehingga sekrang masih percuma. saya tak guna aircond. sy gunakan kipas untuk tidur kebetulan berseorangan sebab tu pengunaan saya sama dan tak banyak :)



Cust: ohhh yeke...saya ingat yang tak pakai aircond tak naik bilnya.

Bukan tak naik encik, tapi jarang berlaku kenaikan mendadak melainkan ada pengunaan aircond



cust: baiklah saya faham apa encik bgi tau saya...saya cuba buat..harap2 eloklah bil lepas ni. 

Terima kasih :).



Saya memohon maaf jikalau ada perkara yg salah dlm perbualan  saya dengan pengguna bagi menerangkn mereka berkenaan perkara yg terjadi sekarang. oleh sbb sygkan syarikat, sy perlu juga membantu sedaya mungkin untuk menjernihkan keadaan. saya bercakap dengan  apa yang saya peroleh. jika slah sya, salah juga pada mereka yg mengelurkan kenytaan yng saya lampirkan.


sumber :  Mohd Fikrie Yahya


 Anda yang buat pilihan sebenarnya...
Situasi sebenar perbulaan bersama pengguna.


NOTA :
*carta pengunaan elktrik adalah dari england. sebuah negara sejuk.
*Sentuh bab aircond kerana kebanyakan mudah faham. Banyak lagi faktor barangan yang menyumbang kenaikan sebenarnya.

6 ulasan

thanks for sharing. betul lah tu.. masih ramai yang tak tahu.
lagi satu yang saya perhati.. buka aircond tapi tak tutup pintu bilik. macam mana bilik tu nak sejuk.

bullshit.elnino awan nano ni.
umah aku pakai meter tnb lama.bukan yg l baru digital.so bil sama ngan bacaan meter

setuju alnino menybb kan kenaikbill elektrik...tetapi sekadar 5-30% ambil contoh pengiraan peti ais td..cuma skitar 5% shaja...kalu yg naik berganda tu musykil laa pulak...mcm tak logik...

Tidak setuju dgn alasan el nino. Kami sekeluarga hampir sebulan tak balik ke rumah. Bila saya jenguk rumah baru-baru ni saya dapati bil elektrik rm138 berbanding purata rm55 sebelum ini. Mcm mana boleh naik lbh 2x ganda sedangkn takde og kat rumah tu?


EmoticonEmoticon