Tersalah Majlis Kahwin !

Tersalah  Majlis Kahwin ! || Cuti sekolah macam ni punyalah banyak jemputan orang kahwin . Lisa yakin tempat kalian pun sama juga kan ? fuhhh first day cuti je dah berlambak jemputan kahwin  atau tunang . Majlis dihari yang sama takut la tersalah rumah pengantin ! sama yang berlaku dengan Lisa dan kak Ili Sabtu lepas . Memang menggelabah sungguh ketika tu .

Ceritanya sabtu lepas  12 Mac 2016  Lisa dan kak Ili janji nak pergi kenduri kahwin kawan zaman-zaman yahoo chat dulu. Lama dah .. tapi still kontak lagi . Nak jadikan cerita , walaupun rumah dia kat kluang je ,, tapi Lisa tak tau rumah dia yang mana satu . Hahaha... nasibla ada YUS ( kawan yahoo messager chat juga ) dia pun last pergi kerumah pengantin ,7tahun lepas. Doa tak tersalah jalan dan rumah pengantin sudah .,


Yes finally nampak jalan Tembaga , nama jalan rumah pengantin . Lepas tu dekat banner tu biasa ada gambar pengantin kan ? kalini unik sikit.. sebab gambar orang tua pengantin perempuan yang dipasang dibaner depan sebelah gerbang bunga nak masuk kemah. Tema pelamin pink purple.. lawa juga.. hehe kebetulan pula pakai pink. Kami dah agak dah tema pink , sebab time yahoo dulu dia suka guna font kaler pink purple. Masuk kedalam.. tak jumpa orang muda yang kami kenal.. kami cari je meja kosong , .. sebab pengantin sanding 2.30 petang .. kami pulak pukul 1.30 dah sampai sana . Sedap-sedap wehh makanan di majlis tu , ada Nasi Beriyani ,, daging beriyani , kambing golek , dan banyak makanan lain yang sedap. Tapi Lisa pilih nasi putih je ,, ahaha sebab perut Lisa yang manja ni takut memulas pulak nti . Lepas makan,, pengantin tak keluar juga.. huhu lambat bebenor.. sampai akhirnya terdengar bunyi kompang dipalu.. Yes.. akhirnya pengantin naik pelamin. Tapiii ... tiba-tiba Lisa dan kak Ili panik , sebab tengok pengantin yang dah di solek memang tak sama langsung dengan wajah yang biasa kami tengok .

" Betulke ni majlis Bam ? aik.. kenapa pengantin macam lain je .. Pelamin satu je , tak kan la ada dua pengantin. " Hahahaha.. adeh ... kami pun tertanya-tanya .. Nampak dia gelak , barulah rasa lega sikit.. kami tak tersilap majlis kahwin orang . Hahah tak ke naya nanti.. dah siap makan sekali last-last salah tempat. Malu woo..



Tersalah Majlis Kahwin !

Tol sebelum jumpa pengantin perempuan , tradisi di majlis perkahwinan orang JOHOR . Tiada bayar tol, jangan harap boleh jumpa pengantin perempuan . Heheh banyak juga yang block jadi tol ni.. hehehe

Selamat pengantin Baru .. semoga berkekalan sampai ke jannah . hehehe

11 ulasan

Selalu gak terbaca kisah salah rumah pengantin..

Hooo. Nasib baik betul tempatnya. Pelbagai kreativiti majlis perkahwinan sekarang.

Ingatkan mmg salah betui.. hehe.. saya dulu ms zaman mengayuh basikal, time cuti sklh la paling seronok g kenduri ngn rakan2.. siap trslh p knduri.. tp dh mkn.. hehehe.. rupanya trsilap lorong.. hehehe..

naseb x salah rumah...klau x naya ja

Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

duit tol tu refer to ? hehe

betul, kena tgk alamat betul2 kalau tak makan banyak kali la jawabnya.. hehehe

Mujur akak juju kahwin dulu takde kisah duit tol...kalau tak naya pengantin nak bayaq hahahha

Haha..! Bole pulak tersalah kenduri

Pernah salah masok ke rumah pengantin tapi nasib tak makan. confident giler time tu masok sekali salah masok rumah penganting.. hahaha


EmoticonEmoticon