JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang

JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang
Kluang ? walaupun Lisa duduk Kluang ni tak tau sangat dimana makanan best dan sedap ketika malam. Sebab Lisa memang bukan jenis yang keluar malam, biasa balik kerja terus straight balik rumah je .  Yang tahu hanya deret Nasi Lemak World di jalan Persiaran ataupun beberapa kedai makan lainnya seperti kedai makan Thai ataupun kedai mamak. Itu je la yang nampak sejauh mata sepet Lisa ni memandang . Sampaila pada satu masa tu , Lisa kena balik lambat sebab kena temankan anak boss ditempat kerja. Almaklumlah kalau timing orang gaji memang berduyun-duyun orang datang ketempat kerja Lisa sampai terkadang tak ada masa untuk makan. Malam lepas habis jam kerja , Anak boss minta Lisa temankan makan pula. Alamaakk.. habislah rosak diet Lisa ni . Hahah takpa.. memandangkan dia tak makan lagi dari pagi, so Lisa temankan je lah . Dia cakap nak bawa Lisa ke kedai makan Joels Delight , dan dia tahu yang Lisa tak pernah pergi sebelum ni .


JOEL'S DELIGHT KLUANG , Kedai Makan WESTERN FOOD dalam Kontena

Lain dari kedai makan kebanyakan , Joel's Delight ni unik sikit , lebih kurang seperti kedai makan hipster la senang cerita . Joel's Deligt, counter , tempat masak dibuat dari kontena. Nah.. Lisa rasa tak pernah nampak lagi kedai makan dari kontena , kalau adapun di London .. macam Food Truck tapi kedai makan ni tak berjalan. Kat tempat ni banyak menu western food yang sedap , diorang cakap datang sini kena try burger dia ,, memang sedap. Tapi.. err errr Lisa tak makan burger , jadi Lisa order Chicken Wrap Cheese , Spaghetti Bolognese dan juga Greeb Aple Shake. Shake it of.. shake it off.. yeeahh .. 
Rileks.. bukan Lisa sorang je yang makan , Lisa dengan anak boss share-share la kan . Diet mana boleh makan banyak (diet konon ) ,

JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang
Spaghetti Bolognese Daging 
Dalam gambar nampak sikit , tapi time order.. mak aih banyak pulak . Dulu anak boss order menu ni takdela banyak macam Lisa order sekarang . Mungkin dah nak tutup kedai , dia habiskan semua kot . Dah dekat pukul 11 lebih mana tak habisnya . Spagheti ni sedap.. rasa lembut dan tak keras .Biasanya menu ini sedap... TAPI .. nah ada tapi ,  daging ni rasa macam mentah pulak ,atau bau daging kuat sangat. Tak cukup masak agaknya ... Nasib tak baik kot time Lisa order , tak berapa sedap pula.  .. heheh lepastu Lisa bagitau kat pemilik kedai makan ni .. then dia minta maaf . Nasib baik minta maaf, takut-takut gak nak tegur .. kot dia marah macam artis Fizo Mawar masa kena kritik oleh blogger. Haahah.. 


JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang
Chicken Wrap Cheese ||  Rasa ok memang sedap , nahh susah tau Lisa puji makanan yang ada 'ayam'   , sebab Lisa ni jenis tak suka makan ayam . Kalau Lisa dah puji.. sedap la tu kan ? sedap bagi Lisa la.. sebab tekak orang tu tak sama . ye tidak ? Ada ayam , sayur-sayuran , sos cheese yang sedap sebab tak terlalu banyak , secukup rasa gitu . Tortila yang tak keras, lembut digigit sebelum makan . 



JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang


JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang
Green Aple Shake 



JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang
Simple je kan kedai makan ni , simple tapi unik dan menarik. Bersih juga tempat ni walaupun sederhana saja , nampak macam ada kelas ! Pelanggan duduk di meja dan kerusi bawah kemah ditiup angin sepoi-sepoi. 


JOEL'S DELIGHT, Kedai Makan Kontena Kluang
Nampak sedap ? memang sedap pun.. murah pulak tu . Walaupun order western food , namun harga sesuai dengan poket tak mahal average bawah rm15 ! . Patutlah ramai orang makan di Joel's Delight . Kalau kalian singgah di Kluang jangan lupa makan di kedai makan kontena ni , 

Lokasi Joel's Delight :
Kampung melayu , Kluang .
Dari Kluang mall.. straight lepas jambatan tu ambil jalan kiri , kemudian kiri dan kalian nampak la Joel's Delight (siap direction tau ,terlebih rajin )
Instagram :



6 ulasan

wah..sdapnya menu tu..:) singgah blog lisa..:)

restoran biasa2 je kann. tp makanan high class..

wahhh...nanti balik bp boleh lah try makan kat sini...

Hadoiii.. Tetibe pulak perut ni menyanyi2 lepas baca entry ni, hehe~

macam sedap je chicaken wrape cheese tu.. kena try ni...

Lain macam la menu dia ... mujur jauh kalau tak dah singgah dah ni hehe


EmoticonEmoticon