Ad

Senarai Pelakon Tundukkan PLAYBOY Itu

Senarai Pelakon Tundukkan PlayBoy Itu
Senarai Pelakon Tundukkan PlayBoy Itu || Slot Akasia terbaru dari TV3 , TUNDUKKAN PLAYBOY ITU ... jadi pengganti drama #CintaSiWeddingPlanner .  Tapi kali ini drama ni tayang 30 episode.. lebih 2 episod dari slot Akasia sebelum ni. Drama adaptasi dari novel karya Anjell Nurin. Novel... lama pula lisa tak baca novel,sejak sibuk dengan kerja akhir-akhir ni  . Taksempat la nampaknya kalau tengok Tundukkan Playboy Itu, takpa.. nanti tengok kat tonton.com.my , bukan sebab Uqasha Senrose tapi sebab nak tengok Faradiella berlakon. Hahaha.. memang suka dengan dia dari dulu lagi.. kawan bff lelakigeek.com dan Amir Naufal ..alaa yang jadi photographer majlis Shukri yahaya dan Shaheizy Sam tu.. Cantik woo Farra.. dan tak sombong . Hero dalam cerita ni Hafidz Roshdi sebagai Harraz Naufal dan heroin pulak Uqasha Senrose sebagai Nurin Arrissa . Nurin? Macam nama penulis novel ni pula. Hehe... 

Barisan senarai pelakon Tundukkan Playboy Itu 


PELAKONWATAK
Hafidz Roshdi Harraz Naufal
Uqasha Senrose Nurin Arissa
Alif Satar Farhan Badriz
Mawar Rashid Elfira
Ridzuan Hashim Tan Sri Mukhriz
Maria Farida Puan Sri Rosell
Mahmud Ali Bshah Suffian
Marisa Yasmin Datin Maria
Abdul Manan Sulaiman Dato Majid
Ben Asri Nashreen Lee
Navilya Husna Intan
Ziha Salleh Suliza
Faradiella Mokhtar Doktor Ida
Shaza Eva
Faris Zoren Eriq
Nazmi Nordin Ash
Amylia Wana
Syahera Manrose Ariana
Alex Faizal Aidil

SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

Mengisahkan Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) seorang jejaka kaya yang suka bermain cinta dan membuang masa dengan hiburan. Perangainya pula sukar difahami sama ada sebagai seorang majikan mahupun sebagai seorang anak. Adakalanya dia manja, adakalanya juga dia seorang yang panas baran. Sikapnya berubah-ubah dan sukar untuk difahami. Walaubagaimanapun dia seorang yang bertanggungjawab apabila menerajui syarikat selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harraz Holding. Dia sentiasa tepat pada masa dan berusaha menjayakan syarikatnya.

Tan Sri Mukhriz (Ridzuan Hashim) dan Puan Sri Rosell (Maria Farida) sebagai ibu bapa Harraz yakin bahawa sudah tiba masanya untuk seseorang yang istimewa hadir dalam hidup Harraz bagi menundukkan sikap playboy anak lelakinya itu.

Tan Sri Mukhriz bertemu Suffian (Mahmud Ali Bashah) rakan lamanya. Di dalam pertemuan itu, Tan Sri Mukhriz bertemu Nurin Arissa (Uqasha Senrose), anak Suffian yang dirasakannya mempunyai sesuatu yang istimewa. Nurin yang baru tamat pengajian sarjana dalam bidang arkitek ditawarkan untuk bekerja di syarikat Harraz. Nurin yang memang menunggu peluang kerja bersedia untuk ditemuduga Harraz namun kecewa apabila Harraz meletakkan syarat untuk dia membuka tudung sebelum diterima bekerja atas alasan syarikatnya bertaraf antarabangsa. Nurin tetap dengan pendiriannya dan walau berat hati dia menolak syarat Harraz.

Tan Sri Mukhriz yang cuba membela Nurin memaksa Harraz untuk menerima Nurin sebagai arkitek baru di syarikat mereka. Harraz terpaksa akur dan dalam masa yang sama makin marah pada ayahnya dan semakin membenci Nurin. Ada saja cubaan Harraz untuk menyusahkan Nurin di tempat kerja. Berbeza pula dengan Farhan (Alif Satar), sepupu Harraz. Dia bagaikan jatuh cinta pandang pertama apabila melihat Nurin. Hanya Farhan sahaja yang membantu Nurin dalam pekerjaannya sambil merahsiakan hubungan persaudaraannya bersama Harraz.

Semakin lama Nurin berkhidmat di syarikat itu, Harraz mula menyedari bahawa Nurin sememangnya pekerja yang cekap dan berkebolehan. Hati Harraz mula berubah namun dia tidak faham akan apa yang dialaminya kerana gadis bertudung sememangnya bukan citarasa Harraz.

Pada suatu hari, Nurin terpaksa membantu rakannya, Nashrain Lee (Ben Asri) seorang pereka fesyen yang kekurangan seorang model. Nurin memakai persalinan muslimah beserta niqab yang menutup sebahagian wajahnya. Majlis pertunjukkan fesyen itu turut dihadiri Harraz. Bagaikan magis, seiring Nurin melangkah ke pentas peragaan, Harraz terpaut dengan panahan mata Nurin tanpa menyedari bahawa itu sememangnya Nurin. Sejak dari itu, Harraz berusaha mengenali dan menjejaki model tersebut. Dalam waktu yang sama hubungan Nurin dan Harraz semakin akrab dan berita itu tidak disenangi Elfira (Mawar Rashid) yang memburu cinta Harraz.

Mampukah Nurin menundukkan sikap playboy ‘Harraz’? Adakah Harraz bakal memahami erti sebenar cinta? Dan apakah yang bakal Elfira lakukan bagi memusnahkan kerjaya Nurin?



1
( Hide )
  1. Perasan Ben Asri..ngat kan td Ben Ashaari hehehe. Tp mcm best je citer ni..nk tgk nanti

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo