Sambal Tempoyak D'Laila Buatku Menangis !

Sambal Tempoyak ikan bilis petai #D'LailaFood ,|| Sambal Tempoyak, memang ditempat Lisa ni memang susah nak dapatkan tempoyak. Teringin la pulak rasa tempoyak tu.. memang dah lama mengidam .huwaaa tapi mana nak cari ?? Nak masak sendiri pun tak reti. Akhirnya penantianku tak sia-sia... Kak Dila dan D'laila open order untuk jualan tempoyak ikan bilis petai ni. Huwaaa tunggu apa lagi.. memang tak sia siakan peluang ni la. Lisa terus beli 2 bungkus . Rasa tak sabar pula tunggu sambal tu sampai ketangan  ni. Terliur dahhh  wei ! 



Finally lepas 2 hari, sambal tempoyak tu sampai ditangan Lisa dengan selamat !!!! Tak tunggu lama.... memang Lisa terus cuci beras ,masak nasi dengan periuk nasi yang tak berapa nak doraemon sangat. Lisa masak nasi je.. cukup dah.. perut pula lapar. Nahhh lepas nasi dah masak,Lisa ambil mangkuk (sebab pinggan takda di Branch tempat kerja Lisa ) .. dan letak sambal tempoyak ikan bilis petai . Perghhh sedap sampai buat Lisa nangis ! Serius... sebab akhirnya boleh makan makanan yang dah lama Lisa nak rasa. Nasi panas makan dengan sambal tempoyak D'lailafood ,memang superbbb. Makan tambah tambah dan tambah...  korang kalau makan memang tak cukup 1 bekas! Haihh rasa nak beli 10 bekas lagi tuk stock.. tiada ayam atau ikan asalkan ada sambal tempoyakk hihihi. 

Nak juga?? order dengan akak Dila di facebook : Saidila Abdul Rahman 

Pos boleh,cod pon boleh! Pm sendiri yaaa ;) 
1/4 hasil jualan akan disumbangkan kepada anak yatim dan orang-orang susah. 



4 ulasan


EmoticonEmoticon