Senarai Pelakon Sha Dan Shah

Senarai Pelakon Sha Dan Shah || Drama terbaru yang dibintangi oleh Kamal Adli dan Syatilla Melvin , Sha dan Shah ini dah mula tayang di Saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD . Menariknya, dalam drama ini diorang terpaksa kahwin walaupon tak suka sama suka dan selama ini hanya berkawan. Dah namanya jodoh.. siapa yang tahu. Pelakon lain yang terlibat diantaranya , SYatilla Melvin sebagai heroin  , Kamal Adli sebagai Hero (Shah ) , Shima anuar , Nina Iskandar dan banyak lagi pelakon yang memeriahkan drama ini. 

Senarai barisan pelakon Drama Sha dan Shah 




PELAKONWATAK
SYATILLA MELVINSHA
KAMAL ADLI SHAH
SHIMA ANUAR ATILIA
NINA ISKANDARMARINATE
AZWAN KOMBOSISKANDAR
AIZAT HASSANSYED ADIF
RAHIM JAILANI TAN SRI BORHAN
FATHIL DANIDATUK SHUKRI
AZHAN RANI DATO' MUSTAFA
KARTINA AZIZ PUAN SRI MARINA
RAJA AZMIDATIN LATIFAH
HANIF SAFUAN RAZID
DAYANG ABASHAWA
DAYANG AREEDALEYA
HAZIF BUHARIMIKAEL
AZLAN KOMENGSUAMI HAWA
JULIA MARIN RITA



Sinopsis Drama Sha dan Shah


Drama Sha dan Shah mengisahkan tentang dua sahabat baik iaitu Shah lakonan Kamal Adli dan Sha (Syatilla Melvin) yang telah berkawan sejak kecil lagi. Mereka terpisah bila Shah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran manakala Sha pula membuat keputusan untuk belajar di Malaysia sahaja.
Bila Shah kembali ke Malaysia dia mendapat tahu bahawa dia dan Sha telahpun dijodohkan. Shah menolak cadangan ibunya itu kerana dia tidak mahukan komitmen dan lebih gemar berkawan dengan ramai wanita. Malah dia menganggap Sha hanya sekadar sahabat baik namun ibunya pula mengugut untuk menjodohkannya dengan gadis lain.
Kerana tiada pilihan lain, Shah lebih rela berkahwin dengan Sha berbanding dengan calon yang langsung tidak dikenalinya. Pada awalnya Sha tidak bersetuju dengan cadangan yang dianggap tidak masuk akal. Tetapi biarpun tidak memiliki perasaan cinta terhadap Shah, perasaan simpati pula menguasai dan akhirnya Sha bersetuju.
Apa yang bakal terjadi kepada mereka berdua setelah memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri? Dapatkah Sha belajar untuk mencintai Shah? Sanggupkan Shah curang kepada isteri yang selama ini menjadi sahabat baiknya?
Menarik kan Sinopsis Drama Sha dan Shah ini. Untuk mengetahui kesudahannya, Jangan lupa tonton Drama Sha dan Shah setiap Isnin hingga Khamis setiap 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD.

6 ulasan

Tengok iklan kat TV, macam comel pula dua2 tu...

adelah tengok tengok trailer citer ini macam best..tapi belum sempat nak tgk lagi


EmoticonEmoticon