Thursday, January 21, 2016

RESEPI TELUR REBUS HERBA

RESEPI TELUR REBUS HERBA || Mungkin sekilas pandang , kalian akan ingat yang telur ni telur pindang. Haha.. Bukan.. walaupun warna sama ... tapi ini bukan telur pindang, adik beradik telur juga.. Telur Herba. Orang cina suka makan telur ini. Semalam acah-acah nak buat telur ni dan rasanya , Not Bad juga la . Rasa herba ... Lady boss selalu cakap yang makan telur herba ni bagus untuk kesihatan , badan pun boleh sihat dan kuat sebab herba tu . Lisa iyakan je la.. Cara masak telur herba pun senang je , tapi makan lebih masa la untuk dapatkan rasa yang ngam . Perlu kalian tahu , kuah telur ni tak boleh makan tau !!! sebab memang bukan untuk dimakan .


Bahan-bahan untuk membuat telur rebus herba  


-  1 Bungkus perencah herba MAZFOOD 
( kalian boleh beli di supermarket ikut pilihan kalian nak guna herba jenis apa ) 
- 10 Biji telur
- Air 1 liter
- Garam secukupnya
- Kicap manis secukupnya (untuk warna lebih pekat ) 


Cara masak Telur rebus herba :
1.Rebus telur hingga masak dan keras. Angkat dan pecahkan kulit telur dengan perlahan-lahan , jangan ketuk sampai hancur . Tujuannya agak telur tu lebih rasa sedap dan herba boleh meresap masuk dalam telur.
2. Masukkan air , kicap , dan pek herba dalam periuk , dan masukkan telur rebus tadi masak hingga mendidih . letak kan garam secukupnya .. 
3. Masak 3-4 jam pun dah ok . Tapi kalau nak rasa lebih superb... masak sampai 8 Jam .
Angkat dan boleh makan .

Nota :
*Jangan buang kulit telur , ketika memasak telur rebus herba ,, sebab telur akan lembik dan hancur .
*Jangan minum air kuah rebusan telur herba tadi , tak sedap aih.. pahit ! 


Mudah je kan ? Memang mudah ... dan banyak khasiat pulak tu. Korang try lah nanti .. hehe ..selamat mencoba  




18 comments :

  1. Terima kasih kongsi resepi berkhasiat ni. ^^

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan lagi...telur pindang pun akak x suka

    ReplyDelete
  3. suka telur pindang..tp ni bkn telur pindang kan

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tuk sihatkan badan and tuk panaskan badan.

      Delete
  5. Haha cam scary marry lak nak makan... Tapi kalau herba2 ni mesti berkhasiat.. Nanti nak try la

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tkyah scary sebab bagus tuk kesihatan. hehe

      Delete
  6. rasa macam pernah makan. sedap gak.. :)

    ReplyDelete
  7. Herba ni kat supermarket ada ke kedai ubat cina? Supeemarket mana awak beli hehhe

    ReplyDelete
  8. Tsrget ada..giant ada..prrgi kat tempat letak pek asam pedas, kari, sup tomyam..situ ada gmbr telur rebus herba

    ReplyDelete