Ad

REVIEW KEYBOARD KAI-9 SENTINEL ARMAGGEDDON

REVIEW KEYBOARD  KAI-9 SENTINEL ARMAGGEDDON | Nampak seperti keyboard biasa dan yang spesial ada lampu yang boleh menyala dan memudahkan kita untuk mengenali huruf dan number ketika kita on komputer dalam kegelapan seperti contoh bilik . Tak perlu susah-susah untuk menyalakan lampu bilik ketika kalian dah mengantuk dan malas bangun untuk tutup dan buka swich lampu . Gaming Keyboard KAI-9 Sentinel produk dari jenama ARMAGGEDDON yang biasa digunakan untuk orang yang suka main game. Kenapa mereka suka menggunakan keyboard yang lain dari keyboard biasa seperti yang berada di tempat kerja kalian ?

Jawapannya : Keyboard KAI-9 SENTINEL ARMAGGEDDON ini mempunyai kecepatan yang lebih laju dari keyboard biasa. Button pun lebih banyak dari keyboard yang biasa.Button ini memudahkan dalam permainan sehingga tak perlu selalu menekan mouse menghalakan cursor dan menukar web untuk ke page selanjutnya.

Specifications

*Macro Programmable Gaming Keyboard
*122 membrane silent switch and key stroke up to more than 100,000,000 times
*6 programmable macro keys and up to 3 profile key on-the-fly switching
*Adjustable backlighting color and effects on keyboard lighting key
*1.8m multi-flex cord wrapped with ultra-durable cable jack
*Gaming cluster with anti-ghosting capability
*64KB built-in onboard memory

Features :
*7 Different Backlight Colours in one keyboard
*Macroable™ with 64KB onboard memory
*6 macro programmable buttons and 3 profiles (18 Macros)
*High-Profile, Ultra-durable and silent keys
*Lifespan of up to 100 Million Keystrokes








Pada barisan atas, kalian akan nampak beberapa kunci asas fungsi / multimedia. Terdapat juga kunci pertukaran profil untuk membolehkan pengguna untuk beralih antara profil mereka sendiri dengan pantas . Papan kekunci mempunyai kemasan plastik yang lebih kasar daripada jenis yang biasa. Ini menyumbang kepada tekstur yang unik yang boleh dilihat dari jauh. Bagaimanapun, Lisa masih akan memilih kemasan plastik licin yang biasa; penamat bertekstur hanya berasa sangat keluar dari tempat.
Di sebelah kiri, kalian akan nampak  bahawa Armaggeddon telah dilakukan sewajarnya dan menambah barisan kunci makro peribadi untuk peminat tegar game. KAI-9 Sentinel menyediakan 6 buah tombol tambahan yang diletakan pada sisi paling kiri yang berlabel M1-M6, tombol-tombol ini merupakan tombol yang bisa anda konfigurasi fungsinya melalui software yang disediakan dalam paket penjualan. Pada sisi kiri dan kanan atas keyboard juga terdapat jajaran tombol yang menawarkan akses cepat untuk mendukung perubahan profil, browser dan multimedia, dan uniknya tombol multimedia ini juga kembali kami temukan pada tombol F5-F12.


Keyboard gaming KAI-9 Sentinel memiliki ukuran wrist-rest yang tidak bisa dikatakan besar dengan jenis keyboard yang diletakan pada sisi paling kanan, namun masih cukup untuk menampung tangan kalian ketika kalian berhenti sekejap atau rehat di atasnya dan terasa selesa disebabkan lapisan getah pada permukaannya. Keyboard ini memiliki 4 buah sokongan getah pada sisi bawahnya untuk memberikan grip yang optimal pada permukaan meja dan sebuah dudukan kaki keyboard untuk menambah ketinggian keyboard. KAI-9 Sentinel menggunakan wayar flex braided yang lentur atau elastik namun tetap menawarkan daya tahan yang baik dengan conectivity USB.

Jom tengok 12 warna yang akan bertukar-tukar ketika kalian menggunakan Keyboarg KAI-9 SENTINEL
Sokongan pada  barisan button makro dan pergantian profil yang dapat dilakukan pada keyboard bila-bila saja, sehingga untuk bermain pada setiap game dengan genre yang berbeda tentu tidak akan memakan waktu lama, hanya dengan sedikit pergerakan tangan kiri maka sesi permainan kalian dapat terus berjalan dengan sangat menyenangkan, meskipun kami harus sedikit melakukan penyesuaian dengan penataan keycap yang terlampau rapat pada keyboard ini. Sebab keyboard yang ini lebih banyak button dari keyboard biasanya

Menarik Bukan ? Keyboard ini kalian boleh dapatkan dengan harga RM140-RM200 . Harga yang murah untuk para gamers . 

GA Pertama MeeyaHani


GA Pertama MeeyaHani  | Follow blog Meeya Techik dan Cik Hani .
 Lepas tu follow/like :
FACEBOOK : Meeya Techik
FANPAGE : Aku Techik Molek
INSTAGRAM : meeyatechik
TWITTER : meeyatechik

FACEBOOK : Hanifah Zainal Abidin
FANPAGE : Cik Hani
INSTAGRAM : hanifahzainalabidin
TWITTER : Cik Hani

PAPARAN TERBARU FACEBOOK

Layout Baru facebook bertukar lagi? | Tadi cuba buka facebook melalui browser web i.e di HP. Dan hasilnya.tada.. HP bertukar layout lagi. Button bulat bulat dah seperti button pada google pula. 

Kaya sungguh markzukeberg ni. Setahun ini sahaja dah tukar berapa kali. HAHA 
Kalian lebih suka yang mana? Paparan terbaru dari facebook atau paparan facebook yang lama. 

Sampena kemerdekaan Malaysia yang Ke58 ,saya ingin mengadakan giveaway yang simple. Ada sesiapa yang nak jadi sponsor tak? Hehe sila tinggalkan komen ;)

PARKOUR TEBING 700 METER


PARKOUR  TEBING 700 METER | Anda gayat ? sama lah dengan Lisa . Memang akan terasa muntah kalau tengok bawah. Tapi kalau badan tu ade security untuk keselamatan , tak ada la gayat mana. Pernah dengar Parkour kan ? Activity lasak yang perlu ada keberanian dan tentunya latihan untuk melakukannya . Apa pula kaitan dengan jejaka yang ada di gambar atas ni ? Siapakah dia ?
TOBY SEGAR | seorang lelaki yang berani mati atau munkin jiwa kental berani untuk melakukan backflip di tepi tebing dengan ketinggian 700 Meter. Huwaaa.. Duduk hujung tebing itu pun dah terasa takut , inikan pula backflip parkour . TOBY melakukan aksi ini tebing yang berada di Norway. Tebing Trolltunga atau lebih dikenali dengan Troll's Toungue.

Berlatar belakangkan batu yang memanjang dari gunung di sebelah utara tasik Ringedalsvatnet, Toby melakukan backflip. FUHH... tersalah step boleh jatuh tu . Resiko lain kalau tiba-tiba tebing tu patah . mesti terjunam kebawah dan Mati.

Jangan meniru aksi TOBY sebab dia dah terlatih dan juga lama membuat parkour. View cantik la pula tempat ini. Boleh untuk Photoshoot. Hehe,..


Anda Berani ? 


PRIHATIN BAYI DIBUANG ATAU SEBALIKNYA ?

PRIHATIN BAYI DIBUANG ATAU SEBALIKNYA ? | Semalam timeline facebook dibanjiri dengan gambar bayi yang dahulu kala dibuang di Tong Sampah. Tak kira personal , page-page besar bahkan artis pun share. Hmm... sebenarnyakan.. kalian bukan prihatin.. tapi mengaibkan !

" Share foto ini sebagai tanda prihatin terhadap anak kecil ini.. xxxxx.... "  OK wait , ini bukan prihatin namanya , tapi tak menjaga hati perasaan baby ini kelak. Pernah tak kalian fikir  apa perasaan bayi ini jika kelak dia dewasa dia dapat tahu yang dia hanya bayi  anak luar nikah dan dibuang di Tong sampah ? Kalau kalian ada didalam posisinya , apa perasaan korang ? Kecewa ? Sedih ? kalau jenis budak hati kental tak apa juga. Kalau budak tu jenis yang sensitif , mesti akan kecil hati teramat sangat. Cuba kita bayangkan kalau baby tu dah besar nanti. Apa parasaan dia kalau dia tau dia pernah diperlakukan sedemikian rupa oleh ibunya sendiri ?.

Sebab pernah ade seorang pakcik ini (customer Lisa ) dia bagi tau la , ketika 17tahun dia dapat tau yang dia anak angkat sahaja... pergh memang tak boleh terima . Inikan pulak kalau baby ini  tahu dia anak yang berstatus tidak halal, malah pernah dibuang ke dalam tong sampah.Kadang-kadang kita ni sedih tak bertempat. Walaupun dia masih baby, kisah silam dia tu kita kena jaga jugak .Harap tak ada pihak bertindak bodoh tunjuk gambar dalam tong sampah tu dekat dia masa dia dah besar nanti.

Prihatin ? pergi cari budak tu dan sedekah atau bagila pape yang mampu. Bukan aibkan budak tu .

Lain kali sebelum sebar gambar atau status , fikir baik buruk dulu. Jangan TERIKUT-IKUT jadi yang pertama share dan jadi keyboard warrior. Fikir kalau kita berada diposisi mereka pula ye. 

VIDEO STACY PELUK ISLAM


VIDEO STACY MASUK ISLAM | Alhamdulillah... bertambah satu orang lagi saudari kita yang memeluk Islam. Penyanyi terkenal , STACY AF semalam 24 AUGUST 2015 , telah bertukar status kepada mualaf di Jabatan Agama Islam ditemani Ibu dan AKim Ahmad kekasihnya . Wah... Sebelum ini Felixia Yap , dan kini Stacy AF semakin ramai yang masuk Islam =) 

Nama Islam Stacy , Ummu Syaikhah Stacy Abdullah cantik nama tersebut . Jom dengar dan Tonton ketika Stacy mengucap Syahadah .

VIDEO KEMALANGAN MENGISI MINYAK DI SHELL KLUANG


VIDEO KEMALANGAN MENGISI MINYAK DI SHELL KLUANG | Malang tak berbau , dimana sahaja boleh berlaku kemalangan. Mungkin bukan dari kesalahan kita ,tapi boleh jadi dari kecuaian orang lain. Pagi tadi bos bagitahu Lisa , yang katanya ada orang kemalangan ketika sedang mengisi minyak di SHELL Plaza Bintang atau sekarang telah menjadi Pejabat  Majlis Perbandaran Kluang .

Setelah membayar , wanita yang menaiki kancil itu menghidupkan mesin dan kemudian melanggar seorang pakcik didepannya yang juga sedang mengisi minyak di Shell yang sama . Pak cik tersebut kemudian dilarikan di Hospital KPJ , dan mengalami patah tulang kaki.









Semoga keluarga diberikan kesabaran , dan semoga pakcik cepat sembuh . 

LIRIK SETIA - [OST MENCINTAIMU TV3]

LIRIK SETIA  - ELIZABETH TAN ft FAIZAL TAHIR [OST MENCINTAIMU TV3] |  Penyanyi wanita berbangsa Cina namun fasih menyanyikan lagu melayu tanpa pelat.. wahh siapa lagi kalau bukan Elizabeth Tan .Kali ini lagu Elizabeth digandingkan dengan Faizal Tahir dijadikan sound track , OST lagu tema drama Mencintaimu Slot Akasia yang ditayangkan di TV3. Best lagu ini..


Lagu: Setia
Artis: Elizabeth Tan Featuring Faizal Tahir
Ciptaan: Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong

LIRIK LAGU SETIA - ELIZABETH TAN feat FAIZAL TAHIR
OST MENCINTAIMU -SLOT AKASIA TV3

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu

Maafkan andai mengganggu lenamu
Andai pernah melukakan
Maafkanku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu takkan mudah
Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi dirimu
Setia aku hanya padamu

Andai hatimu berubah
Pastiku cuba fahami
Tetapku melangkah terus berani

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu tak semudah
Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi dirimu
Setia aku hanya padamu

Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku
Biarpun apa saja
Ku percaya kau setia

Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi dirimu
Setia aku hanya padamu

Setiaku demi dirimu
Setiaku hanya padamu

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu

SENARAI Pelakon Drama Mencintaimu TV3

SENARAI Pelakon Drama Mencintaimu  TV3 | Drama TV3 slot akasia Syurga Nur telahpun berakhir , dan kini digantikan dengan Drama MENCINTAIMU yang merupakan arahan Raja Ahmad Alauddin . Watak Hero diperankan oleh Sharnaaz Ahmad  sebagai Hisham dan watak Heroin dipegang oleh Zahirah Macwilson sebagai Anissa. Drama Mencintaimu ditayangkan setiap hari Isnin sampai Kamis pukul 7 petang di TV3 .

Jom ketahui barisan dan senarai pelakon drama Mencintaimu
Sharnaaz Ahmad sebagai Hisham

Zahirah Macwilson sebagai Anissa

Niezam Zaidi sebagai Helmi Yusof

Sarah Anne sebagai Tengku Asyikin

Sasqia Dahuri sebagai Aimi

Hafizul Kamal sebagai Firdaus

Fikhree Bakar sebagai En Muaz

Aleza Shadan sebagai Datin Aida

Musthapa Kamal sebagai Dato Hanafi

Nina Juren sebagai Puan Sri Mel

Afzan A.Rahman sebagai Dr Akmal

Ruzana Ibrahim sebagai Amelia

Pautan ; EPISOD AKHIR MENCINTAIMU

Promo Drama Mencintaimu Akasia TV3




VIOLA BEAUTY SECRET -Menghilangkan Jerawat

VIOLA BEAUTY SECRET - Hilangkan  Jerawat | Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan , contohnya saya la. Hahaha ! Bulan lepas ade seketul jerawat di muka  dan alhamdulillah dah pudar.  Kebanyakan wanita sibuk untuk menutup masalah wajah mereka sampai sanggup memilih untuk memakai make-up yang tebal bagi menutup cela daripada merawat masalah kulit wajah mereka. Lisa pula tak suka pakai makeup banyak banyak. Yelah..  malas dan leceh lagipun tak pandai sangat nak makeup.

Kawan sugest Lisa guna krim kecantikan 
Viola Beauty Secret (VBS) . Lisa Cuba lah
 Dan hasilnya tadaaa ilang dah bekas jerawat raya. VBS dihasilkn bagi membantu menyelesaikan masalah jerawat, jeragat, kulit kering, kulit sensif , masalah tona kulit tak sekata, kulit kusam, pori terbuka, masalah parut jerawat dan garis-garis halus. Kesan penggunaannya dapat dilihat seawal 3 hari! Jerawat akan mengecut, jeragat akan pudar, kulit kelihatan lebih lembab, segar, licin, bermaya, anjal dan berseri.

Set  penjagaan  kulit  wajah,  Viola  Beauty Secret (VBS) ini selamat untuk digunakan dan telah  mendapat  kelulusan  daripada KKM( Kementerian Kesihatan Malaysia )
 Usah risau kesan di masa yang akan datang  . Dibuat daripada bahan-bahan semulajadi terpilih yang terbaik seperti ;  Morocco seper Argan Oil, Apple Stem Cell, Olive Oil, Kolagen, Pappermint Oil, serta Ekstrak Aloe Vera, Royal Jelly dan kaya dengan vitamin C, E, B5 yang mampu merawat dan menyelesaikan segala masalah kulit wajah dengan berkesan.
P e n g g u n a T I D A K a k a n m e n g a l a m i pengelupasan atau rasa perit keka memakai produk Viola Beauty Secret ini.
Mahal ke?  Tidak!  
Harga yang ditawarkan bagi satu set produk VBS  RM79.00  mengandungi set asas penjagaan kulit 3 dalam 1 iaitu Viola Refreshing Cleanser, Viola UV Cream with SPF50++ dan Mul-Acve Night Cream MURAH BUKAN ? 



1.  VIOLA REFRESHING CLEANSER, RM29 (30ML)


 2.  VIOLA UV CREAM with SPF50++, RM33 (15G)
3.     VIOLA MULTI-ACTIVE NIGHT CREAM,RM36 (20G)
VIOLA REFRESHING CLEANSER


•      Membersihkan kulit secara mendalam
•  Menyingkirkan kotoran dan lebihan minyak yang diperlukan kulit
•      Tidak mengeringkan kulit
•  Membantu membaik pulih sel kulit ma
•  Memelihara dan mengekalkan keanjalan kulit
•      Menjadikan kulit lebih licin & lembut
•      Mengurangkan tanda-tanda penuaan
•  Mengurangkan kesan sunburn dan mencerahkan kulit
•      Menjadikan kulit kelihatan lebih
segar

CARA PEMAKAIAN:

Basahkan sedikit tangan dengan air. Kemudian picitkan sekali sahaja cleanser dan gosok untuk menghasilkan sedikit buih. Sabun wajah yang mempunyai buih yang banyak akan membuat kulit wajah anda menjadi kering sekaligus mengurangkan lembapan semulajadi kulit wajah!

Jom baca testimoni pengguna ; 





Berminat ? Info selanjutnya boleh lihat di : 
Instagram: @viola_beautysecret, 
Facebook: Viola_BeautySecret-HQ atau di Laman Sesawang ;  www.violabeauty.com

Sebarang pertanyaan berkenaan produk Viola Beauty Secret bolehlah menghubungi talian

011-3506 2344 atau 0111-4333 437, juga boleh juga email kepada violabeautysecret@gmail.com.my

BIODATA ZAHIRAH MacWilson

BIODATA ZAHIRAH MacWilson | Si cantik dan simanis ini yang berperan sebagai Anissa di Drama Mencintaimu Slot AKASIA di TV3 mempunyai darah keturunan Australia -Malaysia. Zahirah MacWilson , nama artis cantik yang ternyata baru berusia 20tahun. Mak aih...  adek dari Lisa namun comel dan tinggi mengalahkan Lisa. Zahirah yang mempunyai nama sebenar Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson berasal di Kuala Lumpur . Nak tahu bidodata lebih terperinci mengenai Heroin Mencintaimu ini ? Jom baca 

Biodata Zahirah MacWilson Pelakon watak  Anissa Drama Mencintaimu TV3
Nama Popular : Zahirah Macwilson
Nama Sebenar : Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson
Umur : 20 tahun (2015)
Asal: Kuala Lumpur
Bangsa : Kacuk Australia – Melayu
Kerjaya : Model dan Pelakon
Pendidikan: Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Universiti Curtin, Australia)
Drama Lakonan : Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mencintaimu, Mr London Ms Langkawi, Mencintaimu (2015)














CARA ATASI MASALAH SKRIN BIRU KOMPUTER

CARA ATASI MASALAH SKRIN BIRU KOMPUTER  | Pernah tak kalian mengalami masalah seperti ketika kalian sedang menggunakan komputer , kemudian tiba-tiba screen komputer atau laptop berubah menjadi Blue Screen ? Haa ini lah yang berlaku pasa komputer di tempat kerja Lisa . Semalam dan beberapa minggu sebelum ini. Dah hantar repair ke kedai komputer belakang tempat kerja Lisa , sayangnya mereka hanya cuci CPU sahaja. aiyark..hahah lepas 2 minggu skrin jadi biru semula .

Almaklumlah PC tua dah , since 2009 .. tapi setakat wat kerja ringan and balas email je pun dah semput .Sakit-sakitan ... Kalian pasti pernah rasa macam ini kan ? konfem pening kepala dan menggelabah . Dan apa yang kalian akan lakukan jika berlaku skrin biru pada komputer ? Call tehnisen ? terus tekan switch Off ? Atau menangis ? ehhh i feell u..

#Dulu kawan Lisa pernah ajar macam mana cara untuk atasi masalah tersebut. Dah takeaction dengan menulis cantik-cantik dibuku . Namun sayangnya lupa pula mana simpan buku tersebut. Tanya semula dekat kawan tu , diapun dah lupa .. sebab lama tak pegang komputer . Main android je sekarang dia.
#cari kawan kedua : pandai bab IT juga, tapi Lisa tanya timing yang salah  time dia bangun tidur. Memang mamai la .. dia jawap ade satu software tapi diapun lupa. Kena tengok komputer.
#Nak tanya kepada mr hati batu , dia sedang holiday kat langkawi pulak.
Akhirnyaa.. Lisa cari di google. Cari tutorial dan info, kena gigih cari mana yang senang paham. Kalau tak nanti salah delete file , komputer tak boleh guna pulak.


Caranya : cari virus yang menyerang komputer dan kemudian buang .
shutdown komputer dengan menekan butang F8 , kemudian pilih safemode. Dan ikuti langkah seperti dalam entri https://id.wikihow.com/Memperbaiki-Blue-Screen-of-Death-di-Windows

Dan Yayyyy ! Berjaya juga Lisa atasi masalah skrin biru atau Blue SCreen on PC . Dengan bangga pada diri sendiri padahal hal kecil je pun. Tulisan besar gedabak oi ! macam ape-ape je ntah sebab kembali kepada normal PC. Windows XP paham-paham la ya. Selepas cari, try dan error selesai sudah masalah Lisa dengan komputer. Mentang-mentang la suka dengan Mawar Biru , Skrin Komputer terikut Biru pulak!

IBUKU DISAHKAN STROKE

IBUKU DISAHKAN STROKE | Berita yang kurang baik didengar , hari ini aku mendapat kabar ibuku terkena stroke. Lumpuh total , dan sekarang dirawat adik ibuku. Beliau tiada anak , tiada suami hanya tinggal seorang diri dirumah mewahnya . 

Ibu orang yang baik , penyayang dan juga tidak kedekut . Alhamdulillah beliau telah pun bergelar Hajah pada tahun lepas. Namun baru ini dikabarkan beliau terkena stroke , memaksa ibu berehat dirumah . Kenapa aku memanggilnya ibu ? Beliau dah menganggap aku seperti anaknya sendiri , anak angkat dia. Aku pernah dimanjakan , dibelikan apa sahaja apa yang aku nak ketika aku kecil dulu. Ibu merisik hajat kepada MAK aku ( orangtua kandungku ) , ingin mengambil aku sebagai anak . Tapi mak tak bagi,, walaupun aku degil macam mana pun  mak sayang dan tak nak lepaskan aku . Perjuangannya melahirkan aku , memang tidak akan pernah terlupakan . Begitu juga aku , susah senang memang akan bersama mak .. meskipun ketika itu aku hampir mengangguk tanda setuju menjadi anak angkat beliau .
Budak kecil disorong kemewahan , siapa yang tak ingin ?

Bertahun tak jumpa dengan Ibuku , rindu rasa ingin berjumpa . Hari ini bertanya kabar mengenai beliau , tetapi kabar yang kurang menyenangkan yang aku dengar. Semoga ibuku diberikan kesehatan dan diberikan ketabahan. Tunggu  ahad ni, saya akan melawatmu ibu ..

Mak cakap ibu susuanku rindukan aku , katanya dia nak jumpa aku . Ibu susuan yang menjagaku selama 18 hari , selepas dilahirkan didunia . Kerana mak time tu dirawat dihospital. Ramai yang menyayangiku . Dan aku juga mempunyai beberapa keluarga angkat . 4 atau 5 keluarga angkat.. orang yang pernah menjagaku waktu aku kecil.

Sembuhkanlah dan ringankanlah beban untuk Ibu yang terkena stroke. 


MENJADI WAITERS KEDAI MAKAN THAI

MENJADI WAITERS KEDAI MAKAN THAI | Seminggu sekali atau dua kali memang biasa Lisa akan makan di kedai makan pebret saya iaitu DUANG DEE .Pemilik kedai makan tu berasal dari THAILAND , dan menikah dengan orang kelantan. Menu kegemaran Lisa , Nasi putih , daging blackpaper , sayur kailan ikan masin dan minum teh o ais (total rm10.40) . Sedap woo... pekerja pun ramah , akak tu pun murah senyum . Harga ? standart makanan , tak mahal. Terkadang dia bagi discount kat Lisa kalau tak ada duit siiling .

Alkisahnya , time selepas Lisa makan dan bayar di counter... datanglah 2 uncle cina . Waiters nak ambil order , eh uncle tu tak tahu and tak paham nak cakap melayu . Dari tutur bahasa uncle tu , seperti bukan orang tempatan . Akak pemilik kedai tu , cakap english dengan uncle tu . Sama juga.. tak paham. Uncle tu tahu cakap mandarin sahaja. Aiyork.! selepas memperhati.. Lisa mendekat ke uncle tersebut dan  tolong la bercakap dengan uncle tu , tanya nak makan apa, explain menu apa yang ada di kedai itu layaknya waiters kedai makan tersebut. Hahaha.. Uncle tu minta tolong totalkan sekali harga makanan tu. Dan settle la semua , Lisa balik la.. sebab dah lambat .Nasib baik la uncle tu paham , dan Lisa reti cakap dengan dia. Kang jadi macam itik dengan lembu bercakap. Takut ja uncle tu tak paham , sebab Lisa bukan sekolah di sekolah cina pon. Hahah tahu cakap pun semenjak kerja ditempat yang sekarang ini.

Meh dengar Lisa bercakap dalam bahasa mandarin.


 *kailan ikan masin .. tak lengkap kalau tiada sayur dalam makanan. Saya suka makan sayurr...hehehe.

 Walaupun ditempat kerja Lisa memang malas menggunakan bahasa mandarin , tapi dalam kes macam ini perlu la juga bercakap untuk tolong orang lain.



REVIEW ; Mission Impossible 5 | Rogue Nation (2015 )

 REVIEW ; Mission Impossible 5 | Rogue Nation (2015 )  || Siapa yang tak kenal dengan aktor kacak ini. Tom Cruise yang telah memenangi 3 kali Anugerah GOLDEN GLOBE AWARDS .Walaupun telah berumur 53 tahun namun tidak menghalanginya untuk bermain Filem. Pemilik nama penuh , Thomas Cruise Mapother IV  menjadi watak utama dalam action movie Mission Impossible 5 - Rogue Nation yang mula di tayangkan 31 July 2015 di USA  .

Mission Impossible 5 ditayangkan dengan durasi 2 Jam 11 minit, digarap oleh director Christopher McQuarrie  . Semalam Lisa tengok movie ini, memang best .. Rela midnight untuk tonton mission Impossible 5 ! Dan diantara senarai Pelakon Mission Imposible 5
Tom Cruise ....Ethan Hunt
Jeremy Renner ... William Brandt
Simon Pegg ... Benji Dunn
Rebecca Ferguson ... Ilsa Faust
Ving Rhames ... Luther Stickell
Sean Harris ... Solomon Lane
 Simon McBurney ... Atlee

Sinopsis Mission Impossible 5 : Rogue Nation | Mengisahkan mengenai pembubaran IMF dan kemudian membuat Ethan Hunt (Tom Cruise ) menjadi tertuduh . Dan mencuba mencari lelaki yang merupakan pembunuh isteri Hunt dan juga merupakan sindiket berbahaya . Dengan bertemankan kawannya Benji Dunn ( Simon Pegg )  , Hunt mencari Ilsa ( Rebecca Ferguson ) kerana dia sahaja yang tahu dimana pembunuh dan sindiket itu berada. Seperti mencari penyagak yang ingin menggulingkan negara , dan mencari siapa sebenarnya dalang yang menjadi penggelapan duit sebanyak 2.4 Bilion . Kunci hanya ada pada red box , dan red box tu hanya boleh dibuka dengan menggunakan scan pada retina  dan suara Prime minister London  . Pada siapa Ilsa akan berpihak ? dan siapakah dalang semua sindiket itu ?

Jangan lupa saksikan dipawagam terdekat. Memang best woo... Boleh ubatkan rindu dengan Tom Cruise .


Pautan : TONTON ONLINE MISSION IMPOSSIBLE 2015 - ROGUE NATION (2015 ) 












© all rights reserved
made with by templateszoo