Ad

TONTON ISYARAT CINTA ONLINE

TONTON ISYARAT CINTA ONLINE | Lama dah tunggu cerita Isyarat Cinta ini. Last time nak tonton kat pawagam tapi dah tak ditayangkan lagi. Huwaa menangis tak berlagu.. Tunggu lama tak keluar lagi dah . Memang melepas sangat.Dilakonkan oleh Adi Putra , Fizo Omar ,dan juga Liyana Jasmay .

Kisah cinta antara Iskandar (Adi Putra), seorang yang bisu yang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, dan Dhia (Liyana Jasmay), seorang gadis yang buta. Iskandar sebenarnya adalah seorang jutawan yang rendah hati yang mana telah menyelamatkan Dhia daripada kemalangan jalan raya. Walaupun mereka kurang upaya atau cacat, mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain. Rakan Iskandar iaitu Ariel (Fizo Omar) pula membantu menyampaikan apa sahaja yang Iskandar ingin berkata kepada Dhia. Walau bagaimanapun, Ariel mula mempunyai perasaan kepada Dhia dan tidak lagi mahu menjadi utusan untuk rakannya. Apakah kesudahan kisah perebutan kasih ini? Adakah Dhia menerima Ariel? Apakah akan terjadi kepada Dhia akhirnya? Saksikan kesudahannya di Isyarat Cinta .

PSSSTTTT : Sediakan tisu sebelum tengok cerita ini.. hewww

 TONTON  ISYARAT CINTA ONLINE 
klik link diatas  untuk tonton 

atau 

ISYARAT CINTA ONLINE 




SENARAI KABINET BARU 2015

SENARAI TERKINI KABINET BARU 2015 | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini telah membuat pengumuman mengenai rombakan Kabinet Baru 2015 . Dipetik dari Astro Awani , Tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baharu telah dilantik . Dalam rombakan ini juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan namanya dari senarai Kabinet .

Dan berikut ialah Senarai Kabinet Baru 2015 :
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Chua Tee Yong
                                                 Datuk Johari Abd Ghani

Timbalan Menteri Dalam Negeri:  Datuk Nur Jazlan Mohamed
                                                        Tuan Masir Anak Kujat

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
                                                          Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
                                                          Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
                                                          Datuk Azalina Othman
                                                          Nancy Shukri
                                                          Datuk Seri Abd Wahid Omar
                                                          Datuk Ir Dr Wee Ka Siong
                                                          Datuk Paul Low Seng Kuan
                                                          Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
                                                          Senator Datuk Seri Idris Jala
                                                          Tan Sri Panglima Joseph Kurup

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Razali Ibrahim
                                                                             Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
                                                                                        (Hal Ehwal Agama)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Senator Datuk Lee Chee Leong
                                                                                                              Datuk Ahmad Maslan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Timbalan: Datuk Saravanan Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Saidique

Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari

Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan: P. Kamalanthan
                                                  Senator Chong Sin Woon

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan KPDNKK: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Ir Hamim Samuri

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:  Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan II: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri  Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Azizah Mohd Dun
                                                                                                       
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Timbalan Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan: Datuk Yap Kain Ching

LIRIK INGATKAN DIA [OST CINTA PALING AGUNG]

LIRIK INGATKAN DIA [OST CINTA PALING AGUNG]  | Tertanya-tanya apa tajuk soundtrack /OST dalam telemovie Cinta Paling Agung ? Pastinya dah tak asing algi bukan dalam telinga . Ya.. Ingatkan Dia - dinyanyikan oleh Wings. Jom baca .



Lirik Lagu Ingatkan Dia - Wings

Semenjak awal lagi
Bila ku mengenalimu
Dunia ini serasa
Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga
Namun tak sama denganmu
Aku...percayalah
Biar pun remuk di hati
Akan aku rawat sendiri
Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku cuma
Ingatkan engkau merayu
Itulah kesilapanku
Belum terlewat lagi
Itu kata darimu mudah
Memang begitu indah

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Musuh tak kenal
Jangan diikut tinggalkan dia
Mengapa aku masih kau goda
Masih kau goda

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa akukah yang berdosa
Mengapa aku mudah terlupa
Janji-janji kita kali pertama

Senarai Pelakon Cinta Paling Agung

                         
Senarai Pelakon Cinta Paling Agung | Telemovie yang meletop ketika 1 Syawal ini mendapat sambutan hangat dari para penonton. Kisah cinta alam perkahwinan dimana seorang isteri mencuba menyelamatkan rumah tangganya dari pintu perceraian . Baca selebihnya di : SINOPSIS CINTA PALING AGUNG 

Gandingan pelakon hebat yang pastinya tidak asing dimata kalian. Ya.. Aaron Aziz dengan Siti Saleha . Digandingkan dengan artis kecil Mia Sara Nasuha. Dan berikut ialah
Senarai Pelakon Cinta Paling Agung :
Aaron Aziz    sebagai  Khairi
Siti Saleha   sebagai  Amyza
Zaskia Adya Mecca  sebagai  Dewi 
Nino Fernandes   Sebagai  Ressa
Mia Sara Nasuha  sebagai   Hana
Syaeful Alamsyah  sebagai   Ayah Dewi
Tuti Kembang  sebagai   Ibu Dewi
Tya Maria  sebagai  Mona
Shahronizam  sebagai Ben
Selvy Kahnesya  sebagai  Kartini
Teuku Rifnu Wikana  sebagai  Penghulu





JOM BERAMAL BERSAMA #PakCikMisteri

JOM BERAMAL BERSAMA #PAKCIKMISTERI |  Beramal adalah sesuatu yang mulia . Terlebih lagi dibulan Syawal ini. Ingin beramal dengan mudah ? kini TM melakukan kempen beramal bersama #PakCikMisteri. Apa yang misterinya tu ? 

Zura seorang yang kedekut. Setiap kali rakannya minta untuk belanja bayar makanan yang tak seberapa itu , pasti ada sahaja alasan Zura untuk mengelak. Sampai pada malam itu , Beg duit Zura betul-betul hilang . Malam semakin gelap dan dia pun tak tahu bagaimana hendak pulang . Datang seorang #PakcikMisteri yang menolong Zura untuk memanggil teksi dan membayarkan duit tambang itu dengan duit syiling yang pakcik tu ada. "Orang yang susah boleh memberi ,lagikan saya ? " terkedu Zura setelah tahu darimana datangnya duit syiling yang diberikan oleh pakcikmisteri itu.  Siapakah pakcikmisteri yang telah menolong Zura ? Temukan jawapannya dengan menonton di http://tm.com.my/pakcikmisteri .

Tahukah anda, bahwa setiap hari purata manusia akan mengklik sebanyak 478 kali sehari . Jadi kenapa tak menggunakan dengan bijak ? Dengan  " #PakCikMisteri " kalian boleh membantu sesiapa sahaja yang memerlukan . Menderma kepada Pertubuhan Wanita dan; Kesihatan (WAKEI) ,Rumah Kebajikan Anak Yatim dan  Miskin AL-Munirah Pendang ,Kedah,Sabah Earthquake Relief Fund (Projek Digital TM ) . Klik sahaja dan kita telah menyumbang sebanyak jumlah yang kita klik. Sampai hari ini Lisa dah klik 3atau 4 kali . Bosan tak ada kerja , boleh la luangkan masa untuk beramal dengan kecakapan klik . Bukan hanya menggunakan PC atau Laptop sahaja tau . Tapi menggunakan Smartphone pun boleh tonton dan turut serta #PakCikMisteri bersama-sama untuk beramal. Wah macam mudah bukan ? ya memang mudah.

Caranya : Tonton video dilaman web  http://tm.com.my/pakcikmisteri dan klik sebanyak mungkin ! Klik Anda akan meningkatkan jumlah sumbangan yang TM akan derma. Semakin banyak kalian Klik, semakin besar la jumlah sumbangan kalian.

Setelah kalian Klik, jangan lupa share kepada kawan-kawan , family , rakan kerja , Kolej , melalui laman sosial seperti facebook ,twitter, atau instagram .

Jangan lupa hastag #TMRaya2015 #OrangMemberi #KitaMerasa #PakCikMisteri #AgakAgakBerapa pada pos anda ?



Orang Berbudi , Kita Berbahasa
Orang Memberi , Kita Merasa.
Orang yang susah mampu memberi , apalagi kita ? Klik dan kalian telah menyumbang untuk orang yang memerlukan. Jom klik dan beramal bersama TM melalui kempen #PakCikMisteri  . 


*psttth : jangan lupa tonton dan share. Semakin ramai yang share ,semakin banyak wang yang akan disalurkan . 

ISTERI SEPARUH MASA RAYA ONLINE

ISTERI SEPARUH MASA RAYA ONLINE  | Bulan Syawal telah masuk hari ke enam ,ASTRO  menyajikan berbagai hiburan untuk mengisi masa seisi keluarga. Isteri Separuh Masa Raya kini ditayangkan untuk anda para peminat drama yang pernah disiarkan di Astro RIA ini . Mengubati rindu para penonton dengan lakonan artis-artis seperti Aiman Hakim , Emma Maembong dan Ayda Jebat. 

Medina , Telah punmendapatkan seorang puteri hasil pernikahan dengan dokter Nazrin , anak dari keluarga angkat yang dulu macam kucing dan tikus . Selalu sahaja bergaduh. Namun setelah cinta berputik antara mereka , kini mereka hidup Bahagia. Dokter Nazrin kini telah memegang jawatan di company papa, dan Medina memutuskan sambung belajar. Selesa dengan kehidupannya , Medina lalai dan lupa tugasan sebagai isteri untuk menjaga suami dan juga anaknya . Kawan-kawan Medina pula , selalu mengingatkan kalau-kalau Nazrin ada skadal diluar sana . Awalnya  Medina tidak termakan cerita  kawannya , namun akhirnya Medina mula merasa curiga dengan Nazrin kerana selalu pulang lambat. Terlebih lagi bekas kekasih Nazrin kini bekerja di satu compani bersamanya . Bagaimana kesudahannya ?


Tonton di Astro atau di link pautan berikut : 

Tonton Online Isteri Separuh Masa Raya 
link has been removed

atau

Isteri Separuh Masa Raya Online 



PERANGAI BURUK BLOGGER

PERANGAI BURUK BLOGGER | Blogger pun manusia , tiada lah perfect mana yang tidak melakukan kesalahan dan tidak mempunyai sikap buruk yang mungkin Annoying . Bukan semua , tapi beberapa blogger . Apakah Lisa pernah bermasalah dengan blogger lain ? Errr setakat ini tidak . Sebab saya pun hanay blogger baru yang berjinak-jinak dengan dunia blog. Walaupun begitu , saya berhati-hati dalam menulis entri yang saya tulis dalam ciksepet.com ini  seperti , kurangkan Fitnah , Aib orang , S*-x , Atau sesuatu yang belum tahu kesahihannya. 

Kali ini Lisa ingin meluahkan sedikit teguran kepada blogger , khususnya blogger yang menyertai  giveaway. Kenapa ? sebab.. sebab... kebiasaanya mereka akan ikut syarat seperti yang telah ditetapkan selama peraduan giveaway itu berlangsung . Seperti follow blog , Ig (kalau ada) ,like fanpage (kalau ada ) . Namun jika kontest itu telah berakhir ... jeng jeng jeng... maka dengan laju Unfollow Blog sponsor.
Mungkin sebab mereka tidak menang giveaway itu , jadi mereka tidak puas hati dan unfollow.
Pendapat Lisa macam itulah , Setakat ini Lisa tak pernah buat macam itu kerana Lisa lepas join giveaway memang akan lupa yang Lisa ni ada sesrtai pertandingan giveaway. Hhaha

Sekedar teguran sahaja ye , terpulang korang la.. Tapi rasa tak manis gitu . Menang kalah dalam adat pertandingan itu kan biasa. Salahkan encik random.org la,, takpun encik google kalau pencarian itu dipilih SEO atau referral. Perangai buruk anda sebagai blogger seperti ini perlu dielakkan , sebelum disenaraikan blacklist oleh ccris. EH ! sponsor .

Terimakasih daun keladi sebab follow blog saya , dan saya akan follow blog anda malam nanti .
Kesibukan saya bekerja memang tak sempat untuk terjah blog kalian, jadi... meh komen dan letak blog korang untuk saya terjah atau masukkan dalam bloglist saya. 


TONTON CINTA PALING AGUNG

TONTON CINTA PALING AGUNG  | Sembilan tahun menikah , akhirnya rumah tangga yang telah dibina Khairi ( Aaron Aziz )  dengan Amyza ( Siti Saleha ) kini dilanda masalah . Hadirnya orang ketiga yang telah mencuri hati Khairi membuat Khairi memutuskan untuk menikahi perempuan itu ,Dewi (zaskia Adya MECCA ) . Amyza yang masih mencintai Khairi akhirnya memberikan syarat sebelum Khairi menceraikannya. Apakah syarat tersebut ?

Jom saksikan dan tonton CINTA PALING AGUNG di pautan :



Akhirnya Kawin Juga !

AKHIRNYA KAWIN JUGA ! |  Kami berkenalan beberapa tahun lepas, didalam media social yahoo messeger . Ketika itu memang terkenal sangat yahoo messeger. Facebook ada tapi tak famous sangat. Sebab kami lebih suka berborak dan share cerita di yahoo chat room. Dari senior junior , nubis otai .. semua ada.Share tips, menyanyi , spin lagu ,kutuk mengutuk dalam gurau ,, yang bestnya habis situ je lah. Means hari ini gaduh smpai hari ini sahaja lah . Esok dah berborak semua . Memang semua sporting . Yang atas tu Mister Computer nye chater . Err tak tahu explain macam mana . Tapi mereka pandai IT lah , ade buka kumpulan dan kedai . Kalian boleh google mister computer Malaysia. Sebelah saya tu nama dia Faiz , sampai sekarang dia masih ada kedai menjual barangan berkaitan IT dan komputer la. Lisa selalu tanya banyak benda berkaitan dengan komputer yang lisa tak paham atau tak tahu .

Itulah sedikit banyak mukadimah yang Lisa ingin ceritakan , Hehe.. Yang kawen tu Mister Apu , bini dia Mrs's Apu. Yang kanan tu coki , jiwa kacau (kacau sebab.. haha biarlah rahsia) , dan sebelah kiri saya  Faiz , Sida (wife faiz ) , Uncle Firdaus ( adik ipar Faiz ) , dan Wife dia. Semua mantan-mantan chaters Yahoo Messager. Ini baru sedikit dari banyak lagi chaters , mungkin sebab raya ketiga dan sebab Jammed dijalan tu yang lain lambat datang . 

 "Kami kenal di YM .Dan sebelah saya berjodoh di YM .Yang berkahwin ini pun Berjodoh di YM .Yahoo messager mencoretka banyak serita  :) Walaupun Yahoo messeger chatroom dah tiada beberapa tahun lepas, tepatnya 14 December 2012 ..tapi persahabatan kami kekal sampai sekarang . Insyaallah sampai Bila-bila "

Selamat pengantin baru untuk Mister Apu dan Mrs's Apu , semoga berkekalan hingga ke ujung nyawa , cucu cicit banyak-banyak. Hehe.. 

Happy E'Id Mubarak

Happy E'Id Mubarak| Salam Syawal , Hari ini telah masuk pun hari ketiga dibulan syawal yang dinantikan . Bulan yang penuh kemaafan. Budak sekarang cakap " kosong-kosong ye " ..dah macam perlawanan bola pula. Lisa ingin mengucapakan selamat menyambut hari raya AidilFitri ,Maaf Zahir dan Batin . Salah dan silap yang mungkin tak tersengaja mohon dimaafkan. 

Takdak gambar selfie sekeluarga , selfie berdiri tayang baju sebab Raya ni Lisa demam. Suhu badan tinggi smpai 39 C. Tidur,tidur dan tidur..  Pinggang terasa nak patah pun ada. Semalam masak ketupat ,rendang ayam ,rendang daging,sambal sotong, lodeh ,kuah kacang. 
Sempat snap sayur lodeh je. Yang lain belum sempat ambil gambar,boss dah menyuap ke mulut . Hahaha.. aik.. boss? Yaloh .. sehari sebelum raya ,as per as request Dia Lisa masak menu-menu diatas untuk mereka makan. Dengan puasa dan tak boleh rasa ! First time masak pula tu. Hahaha entah apa-apa rasa makanan tu.




Bukan nak puji diri sendiri, boss and anak-anak boss cakap yang makanan tu sedap. Fuuuyhh , menjadi juga. Sebelum ni tengok mak masak je.. hahah kali ni Lisa lak kena masak. Sambil belajar persiapan nanti dirumah mak mertua. Ehh *berangan. 
Berbekalkan resepi dan cara yang Lisa tengok di blog che Mat Gebu  www.tiffinbiru.com ,finally dapat juga menunaikan hajat masak untuk boss Lisa. Untuk kalian yang tak pandai sangat masak tapi ingin belajar masak.. pi skodeng cepat-cepat blog dia. Ikut je dalam blog tu. Secukup rasaa.  

 Hahaha .. bos Lisa ni cina tapi suka makan masakan Melayu. 1 Malaysia ma... itulah sebabnya.. kami yang raya dia pula yang beraya sakan. 


BIODATA ZASKIA ADYA MECCA

BIODATA ZASKIA ADYA MECCA | Pelakon atau artis dari negara jiran iaitu Indonesia akan muncul dalam lakonan sebagai Dewi dalam telemovie raya Cinta Paling Agung yang akan ditayangkan 1 Syawal ini ,17 July 2015. Mempunyai wajah yang cantik dan juga menjiwai dalam lakonan membuat hati penonton terjatuh cinta. Termasuk la saya , Zaskia berparas cantik dan nampak anggun . 

Artis kelahiran 1987 ini telahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Zaskia Isteri kepada  Hanung Bramantyo . Waw, walaupun dah berkahwin pun tetap nampak masih remaja. Jom ketahui Lebih lanjut mengenai biodata artis wanita yang satu ini.

Biodata Zaskia Adya Mecca [ Dewi-Cinta Paling Agung ]
Nama Penuh : Zaskia Adya Mecca
Nama : Zaskia
Kelahiran : Jakarta , Indonesia 
Tarikh lahir : 8 September 1987 
Twitter : @zaskiamecca 
Zaskia juga merupakan darah campuran Aceh-Sunda-Jerman. 

Pernah belakon juga dalam Movie Ayat-Ayat Cinta. Seperti apa lakonan dalam Telemovie yang akan ditayangkan raya pertama nanti ? Jangan lupa saksikan di Astro Ria.







CARA MENUKAR PLAN MAGIC SIM

CARA MENUKAR PLAN MAGIC SIM | Simkad celcom untuk pengguna prabayar yang baru keluar ini tentunya sedang dicari-cari customer. Mana tidaknya , plan prepaid yang berbaloi dengan menawarkan basic internet selama kredit didalam tu active lagi. Free internet , free call ,free sms ! baca di Kelebihan magic sim celcom 
Kebanyakan orang tidak ingin menukar ke number talian yang baru ,sebolehnya ingin mengekalkan noumber yang sedia ada. Bagaimana cara untuk menukar plan yang sedia ada menjadi celcom Magic Sim ? caranya mudah sahaja. Kalau kalian sebagai pengguna dari telco lain seperti , UOX, MAXIS, DIGI,UMOBILE , TUNETALK .. kalian hanya perlu datang ke celcom center atau dealer yang terdekat dan bagitahu ingin bertukar ke plan celcom Magic Sim.

Namun bagaimana kalau kalian sudah ada number celcom prepaid dan ingin menukar kepada plan Magic ini ? Caranya ialah hanya perlu menghantar sms
Taip :

 "MIG MAGIC "
dan hantar ke 28882 


Mudah bukan ? Pertukaran plan tersebut akan dikenakan charge rm5 yang akan ditolak dari kredit tambah nilai yang ada dalam number tersebut. Perlu diingat, jika kalian dah bertukar ke pelan MAGIC SIM , kalian tidak boleh menikmati kelebihan yang ada pada simcard biasa seperti membuat jangka tempoh panjang tarikh expired kredit. 

GAMBAR PENJUAL DURIAN HANDSOME

  GAMBAR PENJUAL DURIAN YANG HANDSOME SEDUNIA |Sebelum ini telah tersebar mengenai gambar jejaka sado yang menolong ayahnya menjual tofu di negara Taiwan sana. Ini kali pula di Malaysia terdapat seorang Jejaka Sado dan handsome yang menjual durian. Tehnik marketing yang menjadi!  Pastinya ramai pelanggan berduyun duyun beratur untuk membeli durian yang Jordan Yeoh jual.


Seperti apa yang Jejaka ini tulis dalam facebooknya"  Market vendor seems like a trend, so I go help auntie uncle sell Durian
Durian" 

Bagaimana wajah yang membuat orang beratur hanya untuk membeli durian ini? Jom tengok gambar penjual durian yang Kacak dan handsome juga Sado!  











Haippp dah dah... Jangan tengok lelama lelaki sado penjual durian ini..  Hahaha tergoda nanti.

Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih



 Jom sama-sama meriahkan Giveaway Raya Cash RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Di Sufi Priting Services | Salam. Giveaway uzu kali ni dibawakan khas untuk Sufi Printing Servives . So sesiapa yang menang wang tunai RM1000 cash, bolehlah join GA uzu ni ye..

Hadiah :
Top Referral : RM100 x 1
Random : RM 50 x 18 Pemenang

Mula : 06 Julai 2015 | Tamat : 15 Julai 2015
Pengumuman Pemenang : 16 Julai 2015 (Khamis)

Sufi Printing Services merupakan kedai cetak baju murah yang menawarkan perkhidmatan print baju murah yang mana telahpun beroperasi sejak tahun 2010 lagi.
Sufi Printing Services merupakan pakar dalam menyediakan perkhidmatan mencetak baju untuk badan-badan kerajaan, pelajar kolej dan universiti, pelajar sekolah dan sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat cetak baju murah dengan harga yang MURAH, CEPAT dan BERKUALITI. Sufi Printing Services memberi maklumbalas yang yang cepat melalui email, SMS ataupun whatsapp.

Terdapat banyak kedai cetak baju murah di Malaysia tapi kena anda perlu cetak baju murah di Sufi Printing Services? Dengan pengalaman dalam bidang design and print cetak baju murah selama 5 tahun merupakan tempoh yang cukup lama dan sangat berpengalaman dalam bidang ini dan semestinya cetak baju murah di Sufi Printing Services adalah sangat berbaloi kerana perkhidmatan yang cepat tapi berkualiti serta harga yang murah membuatkan cetak baju murah di Sufi Printing Services memikat hati pelanggan dan tidak lupa juga Sufi Printing Services mengutamakan misi dan visi agar kepuasan pelanggan amatlah diutamakan.

Sufi Printing Services adalah syarikat Bumiputra yang telah menjalankan perniagaan mencetak baju sejak tahun 2010. Sufi Printing Services juga telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bernombor pendaftaran SA0171741-M . Sufi Printing Services mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan di kedai kami beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.
[ Gambar Di Luar Kedai ]
[ Gambar Di Dalam Kedai ]

Antara Perkhidmatan yang ditawarkan di Sufi Printing Services :

Uniform F1

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Tempah Dengan Sufi Printing Services :

1. Mempunyai Premis Perniagaan.
Kebanyakkan orang akan meragui sama ada betul atau tidak bisnes yang kami lakukan. Sebabnya order kami tawarkan melalui online. Muka tak nampak ape pun tak nampak.. nak transfer duit pun takut kene tipu.. Perkara ni normal dalam dunia Online. Apa bisnes pun akan merasai perkara yang sama. Alhamdulillah setakat ini pelanggan kami berasa yakin dengan kami kerana kami mempunyai premis perniagaan yang sah yang terletak di Ampang Water Front. Gambar premis kami dari luar yang beralamat di 17-1 Jalan AWF 3, Ampang Water Front, 68000 Ampang Selangor.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda yang berada di sekitar lembah klang untuk melawat pejabat operasi kami untuk melihat sendiri kualiti cetakkan dan juga jenis-jenis baju yang anda mahukan.

2. Cara Dan Masa Untuk Deal Tempahan Lebih Mudah
Bagi yang tak sempat nak datang ke kedai kami atau berada di luar selangor, anda boleh deal melalui email, Facebook, Sms ataupun Whatsapp. 24jam on. Insyaallah kami akan balas semua pertanyaan anda dengan cepat.

3. Penghantaran Yang Fleksible
Maksud penghantaran yang fleksible ni adalah, anda boleh pilih sama ada nak COD kat kedai kami ataupun hantar melalui PosLaju. Kalau poslaju tu ada caj la kan.. caj tu poslaju yang tentukan. Kami juga boleh hantar ke tempat anda jika menepati syarat-syarat yang kami kenakan.

4. Tiada Design? Kami Boleh Designkan :)
Ramai juga pelanggan kami yang tidak mempunyai design. Dengan kami xde masalah. Kami boleh designkan ikut design yang anda mahukan. Cuma berikan kami idea dan kami akan designkan ikut idea anda. Caj minimum untuk design adalah RM50.

5. Kami Print Sendiri. Bukan Sub Kilang 100% s
Semua baju yang ditempah kami cetak sendiri. Kami tak sub ke mana2 kilang. Jom kita tgk tempat operasi kami.
6. Harga Boleh Runding Sampai Jadi
Cerita pasal harga anda jangan takut. Insyaallah harga boleh nego sampai jadi. Tapi janganlah sampai mintak harga yang tak logik huhu.. Kalau mahal atau lari dengan bajet anda, sila beritahu kami untuk kami semak semula harga supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati :) Ok cukup 6 sebab mengapa anda perlu tempah dengan kami. Insyaallah lain hari kami akan update lagi beberapa sebab untuk menguatkan lagi keyakinan anda terhadap kami.

Untuk pertanyaan dan tempahan baju, boleh hubungi kami disini -> HUBUNGI KAMI atau terus call pejabat kami ditalian 03-4280 0833 atau whatsapp 011 3550 5319. Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi sampai 7 malam.


SINOPSIS CINTA PALING AGUNG


SINOPSIS CINTA PALING AGUNG | Sekali lagi Astro First  akan menyajikan sebuah movie yang menggandingkan pasangan serasi dalam lakonan iaitu Aaron Aziz dengan Siti Saleha . Mereka akan menjadi pasangan suamiisteri dalam drama 'Cinta Paling Agung' sampena menyambut AidilFitri pada minggu depan .

Selain Aaron Aziz dan Siti Saleha, pelakon Cinta Paling Agung  juga dimeriahkan oleh artis dari seberang iaitu Zaskya Ada Mecca dan pelakon cilik Mia Sara turut membintangi telefilem ini.Telefilem hasil karya pengarah dan pemenang untuk anugerah filem Ayat-Ayat Cinta, Hanung Bramantyo ini mampu menyentuh hati dan membuai perasaan penonton seolah-olah berada dalam jalan cerita telefilem tersebut. Cerita yang mengisahkan poligamy seorang lelaki , dan si isteri akur dengan keputusan suami dengan syarat. Apakah syarat tersebut


Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.
Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?


Macam pernah dengar story yang lebih kurang dalam movie ini, namun agak-agak sama ke tidak ? Jangan lupa untuk menonton telefilem Cinta Paling Agung di Astro First Eksklusif bermula 17 Julai 2015 di saluran 480. 


Terlepas saksikan Cinta Paling Agung ?
Tonton di :

 TONTON CINTA PALING AGUNG 
(klik untuk tonton ) 
atau

 TONTON ONLINE TELEMOVIE CINTA PALING AGUNG





© all rights reserved
made with by templateszoo