Ad

Apakah Top-up Dikenakan GST ?



Apakah Top-up Dikenakan GST ? | Macam kalian tahu lah , esok kalau jadi akan dilaksanakan permulaan untuk GST 6% untuk kebanyakan items . Ada yang cakap GST ini tak membebankan , sebab kalau dah start mula GST .. tak perlu lah bayar service tax yang kebanyakan kedai akan charge 1-20%  . Tapi ada beberapa barangan yang sepatutnya tidak dikenakan GST , harga pun ikut naik. Alasan ? Sebab barang semua mahal lah, ini kenakan gst lah, minyak naik lah.  TOPUP

(harga untuk topup celcom prepaid ) 
Viral di Laman social bagitau yang Prepaid tak dikenakan GST , tapi ada yang pening kenapa kedai meletakkan harga topup dengan tambahan charge 6% ? mana satu info yang betul ini ? Apakah peniaga yang salah ? atau kah yang memVIRALkan info  tu yang salah ? Sebenarnya disini kedua-dua tu tak salah, yang salah tu yang  share and yang membaca then kondem padahal hanay buat andaian.. . Hehe sebab tak tengok info dengan betul-betul. Ya.. Prepaid memang tak dikenakan GST . Dalam arti , New starter Pack tak dikenakan GST. kalau harga sebelum GST rm8.50 , maka harga selepas GST pun akan sama rm8.50 . Reload atau lebih kalian kenal dengan Topup pulak ,akan dikenakan GST. Topup rm10 akan dijual rm10.60 , dan seterusnya ( Rujuk gambar ya ) 

Info selebihnya di : GST 6% Reload Kredit Prepaid 




SCREEN SAVOUR , Jilat Screen Dan Rasa !

SCREEN SAVOUR , Jilat Screen Dan Rasa ! | Pernah tak pada satu masa ,kalian jilat phone screen kalian ? Hahaha lepas mengambil gambar,nampak cantik dan membuat air liur ase meleleh la pulak. Namun apabila dah jilat screen handphone tu , mesti rasa tak senikmat macam dalam gambar . Betul tak ? 

Ramai orang membiarkan makanan sejuk hanya untuk mendapatkan gambar yang cantik. Contoh, Lisa sendiri lah kan. Makanan yang di pesan sampai , bukan terus nak makan . Tapi mesti ambil gambar dulu , gambar yang cantik dan menarik . Untuk mendapatkan gambar yang cantik memang la bukan sekali snap terus dapat hasil yang cantik. Mesti 2 ,3,4, 6 kali baru mendapatkan hasil gambar yang sempurna. Lainlah kalau kalian photographer . haha..

Eh , tapi kan sekarang ni ade technologi baru , untuk membuat kalian boleh merasa makanan hanya dengan menjilat gambar pada screen Hp tu . Waw macam menarik kan. Tentunya menarik, hanya dengan SCREEN SAVOUR  yang kalian boleh dapatkan di  MAXIS , Mengeluarkan satu penemuan yang baru yang pastinya kalian tak kan pernah fikir, benda ni akan wujud. Betul-betul tasti. Senang le, kalau lapar jilat phone je . haha agak-agak kenyang tak?
Jom tengok lebih lanjut di pautan link bawah ini : 

[NEW] Maxis launches Screen Savour, The Tastiest Piece Of Tech This April 2015


PELAKON DRAMA HATI PEREMPUAN [TV3]

PELAKON  DRAMA HATI PEREMPUAN [TV3]    | Drama Teman Lelaki Upahan telah pun berakhir minggu lepas, Hari ini pula akan hadir menemani kalian Drama Hati Perempuan , yang akan ditayangkan di TV3 Slot Akasia setiap Isnin sampai Kamis pukul 6.55 petang . Bagaimana jalan cerita ? agak-agak menarik tak? hehehe.. Macam menarik dan best je .Tak sabar rasanya tunggu pukul 6.55 petang nanti ,.

Jom kenal deretan pelakon yang tersenarai dalam drama Hati Perempuan TV3 petang ini

PELAKON / ARTISWATAK
Syarul Ridzwan - Tengku Zaril
Mia Ahmad - Yuhanis
Hafreez Adam - Daniel Idrus
Hafeez Mikail - Tengku Zarul
Nadzmi Adhwa -Tengku Zaqif
Bella Nazari -Tengku Amalin
Ishak Hasimi -Tengku Ishak
Zuhairie Ibrahim -Tengku Hazimi
Noniswara - Tengku Durahtul
Mustaqem Bahadhon -Syed Ammar
Azlan Azman -Nazim
Beego - Umar
Niena Baharun -Maisara
Azhar Sulaiman -Tuan Izuddin
Lia Asmizza -Edrina
Hazwan Halim - Jefry
Kuna Muzani - Safiah
Ryiena Ismail - Umairah
Khatijah Tan - Puan Sri Khadijah
Aidil Aziz - Nizam
Hanafi Rahman -Yazid
SINOPSIS DRAMA HATI PEREMPUAN

‘Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya’
Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?
“Kenapa ni?” – Tengku Zaril.
“This is yours?” – Yuhanis.
“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” – Tengku Zaril.
“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” – Yuhanis.
“I proposed you, Cik Yuhanis.” – Tengku Zaril.
Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.
“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” – Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” – Yuhanis.

Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yuhanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?

Lirik TAKKAN PUDAR [OST HATI PEREMPUAN]

 Lirik TAKKAN PUDAR [OST HATI PEREMPUAN] | Satu lagi lagu yang menjadi OST HATI PEREMPUAN .Kali ini perempuan pula yang nyanyi , bukan HAZAMA tapi ERNIE ZAKRI bertajuk TAKKAN PUDAR. Lagu cinta Takkan Pudar . Bukan ku mengharap sempurna,Sekadar mendingin luka lama,Dalam kelam ku cari arahnya,Tak ku berdaya takdir penentunya " Mendayu lirik tu . Ingin tahu lirik lagu penuh ? Jom dengar ..



LIRIK LAGU TAKKAN PUDAR - ERNIE ZAKRI

Dingin ku di belenggu jiwa
Bersama cinta pudar kecewa
Tak mungkin ku melupa segala
Kau istimewa di hati ku ini

Menyinta mu
Percaya kenangan indah selama
Namun tiada sentuhan jiwa kan bersama
Tiada bercahaya hangat sinar cinta untuk selama

Bukan ku mengharap sempurna
Sekadar mendingin luka lama
Dalam kelam ku cari arahnya
Tak ku berdaya takdir penentunya

Menyintamu
Percaya kenangan indah selama
Namun tiada sentuhan jiwa kan bersama
Tiada bercahaya hangat sinar cinta untuk selama

Kini mimpi yang hilang
Kembali menjelma jua
Yang tertulis kan pasti
Hadir saatnya

Menyinta mu
Percaya kenangan indah selama
Namun tiada sentuhan jiwa kan bersama
Tiada bercahaya hangat sinar cinta untuk selama

Menyinta mu
Percaya kenangan indah selama
Namun tiada sentuhan jiwa kan bersama

Lirik SAMPAI MATI [OST HATI PEREMPUAN]


Lirik SAMPAI MATI [OST HATI PEREMPUAN] | " Ku kan setia sampai matiku takkan berserah "  dan itulah salah satu bait lagu yang dinyanyikan oleh Hazama yang digunakan dalam OST Hati Perempuan. Sayu dan sedih , cewah .. lagu itu yang sedih . Drama Hati Perempuan itu tak tau lagi jalan cerita macam mana. Hehe..


LIRIK LAGU SAMPAI MATI - HAZAMA

Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu

Dan detak jantungku menahan
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Ku terlihat lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku

Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Janganlah sesali perjalanan ini
Adakalanya seakan gelita
Setiap saat tabahku berdoa
Cinta kita sampai syurga

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Andai hancur dan binasa
Aku kan setia sampai mati cintaku
Takkan, takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu



REVIEW : AH BOYS TO MEN 3 - FROGMEN

REVIEW : AH BOYS TO MEN 3 -FROGMEN | AH BOYS TO MEN 3 , Selepas ABTM (AH Boys TO Men ) 1 dan 2 kini dah muncul dengan ABTM 3 . Kelakar namun sempat buat Lisa menangis dalam panggung wayang tu. Touching time part harus memilih antara membiarkan mak atau memanggil polis untuk menangkap mak Lo Bang ,salah satu watak dalam cerita itu. Gila taknangis , touching kot. Apalagi Lisajenis yang gembeng atau mudah tersentuh perasaan.  Disajikan dengan 3 bahasa ,Mandarin , kantonis dan juga English  dan juga ada subtitle. 

 Movie yang bercerita mengenai kehidupan dan training semasa dalam recruits of Singapore’s Naval Diving Unit (NDU). Disana pula mereka belajar untuk menjadi sebuah team , brother hold dimana semua saling bekerja sama satu sama lain dan mengetepikan EGO . Walaupon bergaduh mula-mula , namun akhirnya mereka bersatu untuk menamatkan HELL WEEK . Apa itu Hell Week ? hee jangan lupa tonton la di pawagam terdekat.


Semalam tengok berempat , Lisa , anak boss dan dua anak-anak dia. Haha.. mereka dah macam family sendiri dah . Sebab anak no 2 ah mey , dapat no 1. dalam keputusan exam ritu.. ni kira hadiah lah. Belanja dia tengok wayang . Budaklagi, Darjah 2 . Staff yang kerja di pawagam MBO itu menawarkan Lisa untuk buat membercard tak ? dia cakap FREE je . Sebab tu Lisa buat sahaja lah . Hehe.. Nanti kalau birthday dapat 2 Tiket Free atau ,point tu leh tebus dengan tiket / makanan secara percuma. Menarik bukan.  

 
Release Date: 19 Mar 2015
Language:Mandarin
Subtitle: Malay/English /Mandarin 
Genre:Action / Comedy
Running Time: 145 minutes
Director:Jack Neo
Cast:Wang Weiliang, Joshua Tan, Maxi Lim , Tosh Zhang Wesley Wong
Distributor:MM2 Entertainment
Synopsis:
The original cast of Ah Boys to Men will reprise their roles – this time as recruits of Singapore’s Naval Diving Unit (NDU).
The movie offers a peek into the intensive training regime of the NDU, which have never been revealed so far. Together, the boys must survive 40 weeks of hell to become frogmen, one of Singapore’s most fearsome military units.



Tonton Asam Pedas Untuk Dia Episod Akhir

Tonton Asam Pedas Untuk Dia Episod Akhir | Wah .. dah sampai ke hujung episod . Semua tertanya-tanya apa kesudahan , apakah Ainin akan bermadu dan apakah Ziyad harus memilih salah seorang antara Aini atau Naz ? Pastinya hari ini memaparkan touching episod. Lisa sendiri pon nangis time part Ainin nangis tu .

Elok la juga semua dah hampir tahu, Ana adik Ziyad pun dah berubah baik.  Terlepas tengok episod akhir drama Asam Pedas Untuk Dia ? usah risau jom tonton di pautan link bawah ini . Sediakan tisue banyak-banyak ye .,
ASAM PEDAS UNTUK DIA EPISOD AKHIR 
(klik untuk tonton) 

Gambar Pernikahan Sharifah Sakinah dan Aliff Adha

Gambar Pernikahan Sharifah Sakinah |Tahniah ! Tahniah kepada Sharifah Sakinah yang telah sah bergelar istri kepada Aliff Adha semalam 28 March 2015 . Suka tengok lakonan Sakinah dalam " GF aku dari Neraka " baru-baru ni yang ditayangkan di Astro. Artis yang kelakar dan jenis tak terlalu memikirkan gosip diluar sana Semalam di nikahkan oleh ayahnya sendiri Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman .


Sweet dan sedondon !hehehe semoga menjadi keluarga yang sakinah seperti nama pengantin perempuan tu  .Dan berikut beberapa kepingan gambar diswkitar majlis pernikahan Sharifah Sakinah. 





Tema perkahwinan yang lawa dan romantik , Konsep Garden. Sakinah merahsiakan mas kahwin dan hantaran. HEE  kurang artis yang buat mcam ni. 

Episod Akhir ASAM PEDAS UNTUK DIA

Episod Akhir ASAM PEDAS UNTUK DIA | Pergolakan jalan cerita yang semakin rumit. Kalau kalian tonton episod yang semalam, Ainin pengsan dirumah puan hajah ketika syafinaz dan keluarga datang untuk berbincang mengenai perkahwinan Naz dengan Ziyad. Ziyad( Syukri Yahya) bawa Ainin (Dayana Roza) pergi Hospital dan Nurse bagitau yang Ainin hamil. Apalagi.. terkejut la Zarul dan Naz,sebab yang mereka tahu..Ainin belum menikah. 

Hari ini dah masuk episod akhir Drama Asam Pedas Untuk Dia. Agak-agak siapa eh yang Ziyad akan pilih? teruskan bernikah dengan Naz atau memilih hidup dengan Ainin? Jangan lupa saksikan Episod Akhir Drama Asam Pedas Untuk Dia , 29 March 2015 Slot Dahlia pukul 7 petang hanya di TV3. 

Lepas ni peminat Shukri Yahya rindu le dengan wajah yang manis-manis tu ,termasuk la Lisa sebab suka tengok dia senyum..ada lesung pipi ! Hehe



OLD TASTE Fish And Chips

 OLD TASTE Fish And Chips | Mencari BEEF steak, banyak pula kedai makan cuti hari ini. Hahah kempunan, dah sampai Raill Coffe , tapi tak jadi juga.. pusing-pusing cari kedai makan . Oh lupa, sebab dapat notice dari TNB akan mengadakan penukaran wayar di beberapa kawasan sebab tu akan mengalami gangguan bekalan lektrik sebab tu banyak kedai makan tak buka.



OLD TASTE jadi tempat makan pilihan ku, manalah tau ada BEEF steak . Hahaha melepas la pulak, tak da BEEF , tapi FISH atau CHICKEN Grill ade.Yang menarik dari tempat ini, disetiap meja telah disediakan bell untuk memanggil staff . Jadi tak perlu menunggu lama untuk waiters tu datang memberikan menu buku dan mengambil pesanan makanan. Puas Lisa membelek-belek menu yang ada akhirnya Lisa memesan makanan : Kaya Butter Bread (Steam) + OLD TASTE Fish & CHIPS + Air Jasmine Honey tea . Total plus SST rm25.50 (No  GOV.TAX ) 

Kaya Butter Bread (Steam) , steam panas-panas letak butter.. wah butter tu meleleh dengan sendirinya kerana panas  roti tu. Macam Larva gunung berapi . Rasa yang lembut dan kaya yang sedap . Pesan satu je macam tak cukup. Tapi sebab dah order Fish And Chips, so next time la repeat beli roti steam ni. Harga 1keping bread ni Rm2.10 .


Jasmine Honey Tea , Lisa memang suka Tea. Bagus untuk diet ( diet la sangat kan ) . Rasa tea yang tak pekat sangat ditambahkan madu. Tapi tak rasa madu pon ! Aiyark.. maybe sebab jasmine tea. JASMINE memang tawar sama macam green tea. Harga untuk cold  jasmine Tea ni Rm4.20. 

OLD TASTE FISH AND CHIPS , Harga rm16++ .Rasa Fish yang lembut dan disaluti dengan tepung yang crunchy. Sedap dan lazat. Salad yang secukup rasa,juga kentang goreng yang mabeless. 

Lokasi Old Taste berada di area Kluang Parade , sebelah pintu masuk utama. Senang je kalau nak merasa makanan disini. Halal , Free Pork !  jangan lupa try . 




Moist Lips With Nivea Soft Rose Lipsbalm

Moist Lips With Nivea Soft Rose Lipsbalm| Hye Guys.. Today i wanna share with you about how to keep your lips moist. Well like ualls know, curenntly in Malaysia is hot weather. Thats will make your skin and lips dry if u less drink Mineral water. And if you have dry lips, u must try i this lips balm! NIVEA  SoftRose lips balm or Essential care Or choice whice one  like you want !

Actually I prefer lip balms that comes with this kind of packaging compared to tubs, where you have to dip your fingers and then apply your lip balm, it's like, what will you do with the excess lip balm on your finger? :P

Nivea Soft Rose Lips Balm will keep your lips be moist and not dry. What i like from this Nivea Lips Balm is ; Cause Nice smell , good packaging sticky and small (easy put your poket or bag ) moisturizes lips quite well, No weird taste, Doesn't leave any greazy look. And you know , When worn, my lips feel soft and moisturized, but not greasy. So Awesome ! Easy use it ,just twist white part and  then you use the lipsbalm. 

With once application at your lips and your lips keep moist . Not need touch  everytime on your lips , just one time only.  Easy it ! 


Let's try ! Yesterday i buy this Nivea Soft Rose and Nivea essential Care with price  only rm8.80 for every piece. This more cheap's than ussualy price , cause mybe Guardian big sale's . Hehehe



Pelawak Olga Syahputra Meninggal Dunia

Pelawak Olga Syahputra Meninggal Dunia | Innalillahi wainaillahirajiun,Dunia hiburan telah kehilangan seorang pelakon dan pelawak ,dialah Olga Syahputra. Pelawak yang mesra disapa dengan nama Olga ini meninggal dunia semalam di Hospital Mounth Elizabeth di Singapura Jumat 27 March 2015 pukul 4.17 petang. 
Beberapa bulan lepas Lisa mendengar berita juga yang dia sakit dan dilarikan ke Hospital Negara Singa tersebut, yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Indonesia kerana pengsan ketika Live di sebuah Television Indonesia.  Host TV Indonesia ,Olga menderita kanser selaput otak disebabkan kepenatan bekerja  . 

Meninggal diusia diusia 32 tahun (8 Feb 1983- 27March 2015) , Jenazah akan dimakamkan hari ini 28 March 2015 di derah Pondok Kelapa Jakarta Timur. Semoga diberikan kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang yang beriman. 


TONTON Teman Lelaki Upahan Episod Akhir

TONTON Teman Lelaki Upahan Episod Akhir | Drama yang diadaptasi dari novel karya Azura Rasiddin dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusof dan Idora Abdul Rahman ini turut dilakonkan oleh Fikhree Bakar, Izara Aishah, Wan Raja, Sharifah Aleysha, Dian P. Ramlee, Zarynn Min, Adik Alleeya, Shah Iskandar dan ramai lagi. Hari ini 26 March 2015 telahpun sampai ke Episod Akhir , Episod 28 . Bagaimana kesudahan drama ini ? Dengan Siapakah EL akan berkahwin ?

Drama Teman Lelaki Upahan ditayangkan setiap hari Isnin sampai Kamis di TV3 Slot Akasia yang bermula pada jam 6.55 Petang . Tonton di saluran TV3 di pautan : http://www.tv3malaysia.net/2010/06/tv3-malaysia-online-streaming.html

Atau 
Tonton Online Teman Lelaki Upahan Episod Akhir 
(Klik untuk Tonton) 




Trailer

TLU by admin407

MULTI -Goat's Milk Asli Organik Halal !

MULTI -Goat's Milk Asli Organik Halal !  | Susu kambing? Lisa memang  jenis yang suka minum susu . Selain untuk menambah tenaga , susu kambing juga banyak manfaat untuk tubuh seperti khasiat untuk kulit dan tulang . Maklumlah kerja penat berlari kesana kemari memang perlukan daya tahan tubuh yang kuat. Tulang pun kadang kalau terlalu lama berdiri boleh krem tau . Ramai produk susu kambing dipasaran sekarang ini , namun berapa peratus kalian yakin akan kandungan sebenar dari susu kambing yang dijual tersebut ? 

Selepas menapis dan meneliti kandungan yang ada ,Lisa cubalah produk susu kambing MULTI-Goat's Milk  .,susu kambing ini diperbuat dari susu kambing asli yang diimport dari Belanda dan pastinya Halal ! Perlu la tau ,, pemakanan dan minuman yang kita ambil tu halal ke tidak dan juga manfaat yang terkandung didalam susu tersebut.  Lisa pilih perisa coklat , hehe sedap gitu. Boleh diminum ketika suam ataupun letak ais batu.
MULTI -Susu Kambing ini mempunyai dua perisa : Perisa Asli dan Perisa Coklat .
 
Kenapa pilih MULTI -Goat's Milk ? | Beberapa kelabihan yang  mungkin kalian perlu tahu mengenai susu kambing yang Lisa minum ni adalah : - 100% asli TANPA campuran susu skim
- TANPA perisa tiruan
- TIDAK hamis
- *TANPA gula tambahan (untuk perisa asli )
- Harga berpatutan :"Price per box (500 gram)
RM40 (Semenanjung)
RM45 (Sabah/ Sarawak)
Susu kambing MULTI boleh diminum semua usia dari kanak-kanak berumur atas 1 tahun , orang dewasa , ahli sukan , wantia hamil dan mnyusui , sampailah kepada orang tua. Manfaat yang terkandung dalam Multi Goat'sMilk : Meningkatkan daya tahan tubuh , Susu kambing Multi terbukti berkesan membantu ramai penghidap penyakit gout dan penyakit-penyakit lain yang bersangkutan dengan lebihan asid di dalam badan yang memudharatkan.Meningkatkan daya ingat ( macam Lisa ni jenis pelupa dah sekarang ini. sebab terlalu banyak sangat kerja dan hal-hal yang perlu di fikirkan seperti masalah negara , eh masalah kerja dan fikir mengenai masa depan yang jauuuhh kedepan. Hehe ) 




 ** Dengan setiap pembelian sekotak susu kambing Multi pada harga RM40, RM1 akan di salurkan ke tabung-tabung amal. Terdapat juga PROMOSI HEBAT >>> dengan setiap pembelian 15 kotak susu kambing Multi, anda boleh mengumpul 15 kupon yang terdapat pada kotak serta REDEEM sekotak susu kambing Multi dari kami secara PERCUMA (Asli/ Coklat)!!!

Jadi .. apa tunggu lagi , Harga yang berpautan , manfaat yang banyak dan bagus untuk kesihatan tubuh , serta HALAL ! dan terbuat dari susu kambing asli , jom Try juga . Lisa sudah , kalian bila laig ?
 Untuk pembelian Kalian boleh tengok di : 

Facebook page: 

Blog : 

Instagram:

Hotline: +6011-12318511

Website: www.sge4u.lelong.my (Akan datang)



Episod Akhir Teman Lelaki Upahan

Episod Akhir Teman Lelaki Upahan | Wah... tak terasa dah sampai penghujung episod 28 akhir drama Teman lelaki Upahan. Lisa memang tengok dari awal sampailah episod semalam. Memang best la cite tu. Jalan cerita yang menarik, dan dilakonkan oleh pelakon yang memang membuat para penonton bercampur rasa antara marah , gembira,sedih dan kecewa.
Baimana kesudahan drama Teman Lelaki Upahan ? apakah El akan bernikah dengan Kyra Lydia ataukah dengan Zara , akak ipar EL   ?

Jangan lupa saksikan Episod Akhir petang ini 26 March 2015 Drama " Teman lelaki Upahan " Slot Akasia di TV3 , pukul 6.55Petang  .


Pelakon Utama dalam Drama  Teman Lelaki Upahan
Ungku Ismail Aziz – EL
Siti Elizad Sharifuddin – Kyra Lydia
Wan Raja – Yazeed
Izara Aishah – Zara

Pelakon Pembantu Teman Lelaki Upahan
Fikree Bakar – Haidar
Sharifah Aleysha – Sofia
Shah Iskandar – Fareez
Mahmood Ali Basher – Tan Sri Omar
Dian P.Ramlee – Puan Sri Sanisah
Rahhim Omar – Datuk Azham
Zarynn Min – Datin Izzaty
Azhan Rani – Malik
Fazlina Ahmad Daud – Azlina
Ajoy Pradoks – Adam
Elya Miera – Adeline
Nor Azirah Alyani Awang – Camie
Siti Zakiah – Najwa
Babyrenn – Elena

Pelakon Undangan Istimewa Teman Lelaki Upahan
Katijah Tan - Madihah


SINOPSIS : Drama 28 Episod ini mengisahkan mengenai Kyra Lydia yang terdesak untuk mencari lelaki sebagai teman lelaki upahannya. El dilihat sebagai calon sesuai untuk Kyra mendapatkan harta Datuk Azham dan menjadi pemilik Casa Furniture.

El bersetuju dan banglo putih milik Kyra di Cherating menjadi pertaruhannya. Semakin lama berdampingan dua hati yang berpura-pura saling jatuh cinta tapi hakikatnya cuba dinafikan.

Pada saat El bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian yang datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam.

Keluarga El ditimpa kemalangan yang telah meragut nyawa ayah dan abang long serta membuatkan Sofia lumpuh. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

Rasa cinta El yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam setelah Kyra membatalkan perkahwinan mereka. Masihkan ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam El yang membara terhadap dirinya?

Drama yang diadaptasi dari novel karya Azura Rasiddin dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusof dan Idora Abdul Rahman ini turut dilakonkan oleh Fikhree Bakar, Izara Aishah, Wan Raja, Sharifah Aleysha, Dian P. Ramlee, Zarynn Min, Adik Alleeya, Shah Iskandar dan ramai lagi.



Beef Steak : Rebeye BEEF And Cajun blackened Fish @Breek's JBCitySquare

Beef Steak : Rebeye BEEF And Cajun blackened Fish @Breek's JBCitySquare  | Sampena hari cuti-cuti Johor maka Lisa menyempatkan peluang untuk mencuci mata dan kepala otak Lisa yang dah serabut dengan berbagai masalah negara , eh Kerja  dan pribadi ! Berjalan di CitySquare Johor Bahru , setelah penat berjalan kesemua pelosok dalam CS JB , tetiba perut lapar la pulak. Haha tambah pula Lisa kuat makan.  Skodeng McD, KFC ,Starbuck hurm tak selera la pulak dan akhirnya kaki ini berhenti di depan sebuah cafe tingkat 3 ," Breek's "  . Macam sedap je makanan di cafe western Food ini.


Rebeye Beef &Cajun blackened Fish 
Pilih tempat duduk dan dihampiri oleh senyuman awek bergadis hitam sebagai waiters di Cafe itu sambil menghulurkan menu makanan untuk aku. Manu yang menyelerakan , macam nak order semua makanan itu hahah tapi kang tak larat nak makan pula. Maka aku pilih untuk mencoba menu pilihan Rebeye BEEF ,Cajun Blackened Fish , Baked chicken cutletswith curry rice , and Ice Lemon tea (Yang ni wajib -minuman peberet ) Tempat yang ala-ala romantik dalam erti tenang dan kita boleh mengambil tempat duduk di tepi balconi untuk melihat pemandangan tingkat 1 sampai 4 dalam City Square.

Lemon tea ice

Baked chicken cutletswith curry rice

Daging yang lembut dan rasa yang terus menusuk ke lidah ketika suapan pertama ke mulut . Sos blackpaper menambah aroma yang lebih lazat . Cajun Fish yang fresh dan lembut .. dan meresap rasa sos dalam mulut. Memang mabeles . Lemon Ice yang tak masam tak manis sesedap rasa , menyejukkan tekak yang memang sedang panas. Hehe 

Breek's #JohorBahruCitySquare ini terletak di tingkat tiga , Lot J3-35 di mall CitySquare Johor Bahru. Jangan lupa cuba menu makanan disana tau . Sedap dan pastinya buat kalian akan teringin nak datang semula. 

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Ke-5 [Gambar]

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Ke-5 [Gambar] | 23 March 2015 bersamaan 02 Jamadilakhir 1436H telah pun berlangsung Istiadat Kemahkotaan  Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor yang ke-5 Dalam sejarah Johor Moden. Adat istiadat itu berlangsung di Istana Besar Johor Baharu. Dalam IStiadat itu ,Mufti Johor akan meletakkan Mahkota kerajaan keatas Jemala  (Kepala ) Tuanku Sultan dan Mahkota Permaisuri keatas Jemala (Kepala) Permaisuri Tuanku Sultan diikuti dengan bacaan doa kesyukuran . Beberapa jalan pun telah ditutup untuk raptai istiadat Kemahkotaan. 

Kerajaan Negeri telah mengumumkan iaitu hari Isnin 23 Mac 2015 bersamaan 2 Jamadilakhir 1436H sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Johor bagi memberi peluang untuk rakyat Johor bersama-sama meraikan Majlis Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor yang akan berlangsung di Istana Besar Johor Bahru.






Mahkota Kerajaan , Mahkota ini ditempah di London pada tahun 1886 daripada syarikat J.W Benson yang terkenal sebagai sebuah syarikat yang mmbuat barangan kemas raja british . Mahkota ini seberat 1.6Kg dan reka bentuk oriental mengikuti kebudayaan timur ini dibuat dari Logam yang berharga bertahtakan Batu permata yang berbeza ukuran dan bentuk , antaranya : Enam biji berlian Besar, TIda biji batu delima merah, Empat batu zamrud besar, dan empat biji batu nilam biru besar. Balang mahkita mengandungi 1450 biji berlian kecil,bulan dan bintang bersalut dengan berpuluh berlian kecil .Mahkota ini merupakan ilham dari Almarhum Sultan Abu bakar ibni Alamarhum Temengging Daeng Ibrahim ,Sultan Johor yang pertama dalam sejarah Johor Moden . 

Mahkota Permaisuri ; mahkota yang digunakan oleh suri kepada  Tuanku Sultan dan bentuknya sedikitkecik dari  Mahkota Kerajaan . Mahkota ini telah diperbaiki dan diubah oleh almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Johor ke-2) tahun 1925 dengan mengadakan lima biji berlian besar 18karat setiap satu. Almarhum Sultan Ibrahim juga telah menambah alat kebesaran ini dengan mengadakan seutas rantai atau kalung yang mengandungi 671 butir berlian dan sebuah Tiara dibuat dari emas putih bertahtakan berlian.

Daulat Tuanku  Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
"Allah Peliharakan Sultan " .

Dan berikut ialah Jadual Kunjungan Sultan Johor kedaerah-daerah Johor. 




NO. Nama MajlisTarikh Lokasi
1Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Johor Bahru28 Mac 2015 (Sabtu)Padang Awam Gelang Patah, Johor Bahru
3.00 Petang
2Perasmian Masjid di Permas Jaya3 April 2015 (Jumaat)Permas Jaya, Johor Bahru
12.45 Tengah Hari
3Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Kluang4 April 2015 (Sabtu)Laman Tasik Kluang
3.00 Petang
4Persembahan Tatu ATM4 April 2015 (Sabtu)Stadium Kluang
8.00 malam
5Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Batu Pahat5 April 2015 (Ahad)Stadium Batu Pahat
3.00 Petang,
6Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Pontian7 April 2015 (Selasa)Stadium Mini Pontian
3.00 Petang,
7Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Mersing9 April 2015 (Khamis)Perkarangan Pejabat Majlis Daerah Mersing
3.00 Petang,
8Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Kota Tinggi14 April 2015 (Selasa)Padang Bukit Kerajaan, Kota Tinggi
3.00 Petang,
9Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Kulaijaya16 April 2015 (Khamis)Perkarangan Pejabat Daerah Kulaijaya
3.00 Petang,
10Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Muar18 April 2015 (Sabtu)Dataran Tanjung Emas, Muar
3.00 Petang,
11Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Segamat19 April 2015 (Ahad)Dataran Segamat
3.00 Petang,
12Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Ledang20 April 2015 (Isnin)Dataran Ledang
3.00 Petang,
© all rights reserved
made with by templateszoo