Ad

Rahsia Bibir Menawan

Rahsia Bibir Menawan | Bergaya dengan pakaian cantik , namun muka pucat ? bibir tak berseri ? umpama makan sayur tanpa garam. Hambar !sapukan sedikit lipstik dibibir untuk menyerlahkan warna bibir dan membuat wajah nampak lebih berseri. Begitu banyak jenis jenama lipstik dipasaran sekarang ini dan uall's boleh pilih ikut keadaan bibir kalian. Sama ada kering atau tidak .

Golden Rose Velvet Mate Lipstik , Lipstik yang mula berkenan setelah melihat si Uzu pemilik blog Emas Putih dan juga si Yaya Nutela eh Yaya Flanela pakai. Cantik uall's kaler tu . Dan kalian ada banyak warna yang kalian boleh pilih . Lisa memilih kaler yang soft , pink soft , Lipstik Golden Rose dengan code no 10. Soft and Pink gituw,, buat muka nampak lebih tua. Selama 18 tahun (sila percaya) ini Lisa tak pernah pakai lipstik kaler merah uall's . Tak berani , hahaha simpan je la merah tu nanti kalau lepas kawen. Kaitan ? Nak goda suami ke ? Hahaha kesitu pulak dah. Tak lah, muka Lisa ni dah lah putih .. nanti nampak macam antu Jepun lak. muka putih, bibir merah, mata sepet. Nahh ...satu set lah tu.


Harga yang mampu beli dan juga lembut je dibibir. Golden Rose , mempunyai banyak pilihan warna sesuai pilihan kalian. Oh ..saya dah jatuh hati dengan lipstik ini uall's . Apa pula  Jenama lipstik yang kalian pilih untuk kegunaan sehari-hari atau majlis? jom kongsikan ..






Keputusan Rasmi JDT vs Pahang Piala SUMBANGSIH 2015

Keputusan Rasmi JDT vs Pahang Piala SUMBANGSIH 2015 | Perlawanan yang melibatkan antara JDT melawan Pahang telah pun berakhir. Perlawanan pembukaan bermulanya Piala SUMBANGSIH 2015 pada hari ini 31 Januari 2015 di Larkin. 

Kedua team telah melakukan yang terbaik dan hasil keputusan perlawanan malam ini antara JDT vs Pahang ialah  2 Score untuk JDT dan 0 untuk team Pahang .

Johor JDT
VSPahang
2Status: Full Time
0
Penjaring gol:
36′ Marcos Antonio
59′ Luciano Figueroa
Keputusan Penuh
Penjaring Gol:
*sumber gambar melvister

Berakhirnya perlawanan ini dengan JDT menewaskan team Pahang sekaligus membuat JDT menjuarai Piala SUMBANGSIH 2015

Harga Terkini RON95, RON97, Diesel 1 Februari 2015

Harga Terkini RON95, RON97 , Diesel 1 Februari 2015 | Berikut ialah senarai harga terkini untuk minyak RON95 , RON97 dan juga Diesel yang akan bermula pada esok 1 FEBRUARI 2015. Harga minyak mengalami penurunan dibanding dari harga minyak sebelumnya . Pengumuman Rasmi Harga RON95, RON97 Dan Diesel Turun pada 1.2.2015 Esok. 

Harga Terkini RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Februari 2015 (Rasmi)

-RON95: RM1.70 Sen Seliter
-RON97: RM2.00  Seliter
-Diesel: RM1.70 Sen Seliter


Harga Terdahulu RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Januari 2015

RON95: RM1.91 Sen Seliter
RON97: RM2.11 Sen Seliter
Diesel: RM1.93 Sen Seliter

Kebersihan Makanan KFC Mengecewakan !

Kebersihan Makanan KFC Mengecewakan ! | Setelah kedai makanan makcik melayu itu menjadi senarai hitam dalam list kedai makan dalam buku Lisa , kini KFC pula yang akan masuk kedalam senarai hitam tersebut. Hurm , tak dinafikan KFC ni dekat je dari tempat kerja Lisa. Menu makanan siap saji dan mengenyangkan ,dengan kesibukan kerja yang menuntut Lisa tak boleh berlama-ama diluar.

Setelah menemukan Lipas, ulat,dawai besi dalam makananku di entri sebelum ini..kali ini aku menemukan sehelai rambut dan juga secebis plastik dalam menu makanan yang Lisa beli dari KFC uall's . Walaupun Lisa jenis tak berapa suka makan ayam ,jadi pilihlah menu lain. Lisa kalau makan memang kena perhati satu-satu makanan itu , belajar dari pengalamanlah katakan takut ada benda atau binatang dalam makanan tu. Menu yang aku beli , Spaghety Blackpapper Mushroom set Lunch dalam menu KFC . Alahai baru makan dua tiga sudu, ternampak pula helaian rambut pendek dan juga plastik dalam spaghety tersebut. Ok lah kalau kedai makan biasa memang still boleh sedikit paham mengenai KECUAIAN ini , tapi ini KFC oii.. yang memang aku ingat kebersihan makanan di tempat ini terjaga dengan baik. Lesen A @ B eh.. tk perasan pulak . " Alaa.. rambut je pun, alaa.. plastik je pun. " mahal menu tapi tak terjaga kebersihannya , HOW ? lagipun Perut Lisa memang sensitif.. kang cirit birit macam mana .


Nak komplain tapi Lisa beli take away , tak tahu boleh komplain ke tidak. Kang dia cakap aku sengaja nak burukkan nama KFC. Jadi biarlah aku malas nak pergi balik ke KFC tu semula. Mungkin rezeki kucing jalanan kot spaghety ini. Tak ape lah, hurm tapi Lisa memang still tak puas hati uall's. Bagaimana boleh cuai ni ha. Lepas ni memang tak makan lah kat KFC tu. Cukuplah beberapa hari ini sahaja Lisa lunch di KFC. Ntah pape ntah . betul-betul mengecewakan kebersihan makanan dari menu KFC tu. 


Siaran Langsung Perlawanan JDT vs Pahang 31 Januari 2015

Siaran Langsung Perlawanan JDT vs Pahang 31 Januari 2015 | Perlawanan bola sepak yang melibatkan team JDT dan Pahang akan berlangsung hari ini 31 Januari 2015 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus ,Larkin -Johor.  Liga Malaysia mula hangat dengan bermulanya perlawanan Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Haji Ahmad Shah malam ini di  RTM saluran  TV1 bermula 8.40 malam ini.

Bagi yang tiada TV di kolej atau bilik sewa, boleh layari secara langsung di website myklik.rtm.gov.my/tv1

sokong-sokong  jugak.. jangan sampai bergaduh ye.

Petua Mencari Calon Suami

Petua Mencari Calon Suami | Suami? EHem.. Manusia telah diciptakan untuk berpasang-pasangan jadi ada wanita ada lelaki, bertemu dan kemudian bernikah . Ada anak , kemudian cucu dan seterusnya hidup bahagia sampai dihari tua. Tapi tak semudah dan sesimple itu , jumpa terus ajak menikah. Hey.. Nikah bukan untuk sehari dua , tapi sekali seumur hidup . Insyaallah. Semua orang mengharapkan kekal dengan pasangannya sampai nenek nenek atok atok,sampai tua, sampai mati,sampai ada cucu,cicit.. tidak ada wanita yang menginginkan pernikahannya berakhir dengan perceraian.

 Kalau lelaki tak tau lah, sebab ada je lelaki yang pasang hasrat menikah lebih dari satu ! Mentang-mentang lelaki boleh berkahwin Empat , Boleh kalau mampu. Mampu bukan dari segi Harta sahaja, tapi kena tengok side lain ye. Kena adil, kalau tak adil nanti pepandai lah menjawap di akhirat sana. Dosa istri suami tanggung kan,. kalau ada 4 istri, ke empat-empat dosa istri-istri tersebut kena tanggung. Walauweehh.. mampu ke tidak ? Hahah jadi sebelum berhasrat untuk menikah lain, tanya dulu dalam diri sendiri. Mampu ke tidak nak tanggung ?

Memilih suami memang kena pilih ikut kriteria masing-masing lah kan, mana yang berkenan tu . Tak kesah dia gemuk , kurus, sekeping , ensem , lawa, cantik., kurang cantik , kalau dah berkenan tu pergilah merisik minta izin ayah and mak ye. Dan Petua yang kali ini Lisa ingin kongsikan ialah petua mencari suami yang baik, Bukan berarti kalau tiada dalam senarai kriteria dibawah ini  .. orang tu tak baik la ye . Ini pandangan sahaja okeyh. Jadi tak perlu nak straight sangat ikut petua ini.


PETUA MENCARI CALON SUAMI :
-Pilih yang Baik dan BerAGAMA
- Cari yang Sabar dan penyayang .
Sabar dengan kerenah kita , dan tentunya penyayang . Sayang kita dan juga orang tua serta family kita .
-Jangan Nilai Pada Rupa . ( Don't Judge a book by cover. )
-Hormat Orang Tua . 

-Cari yang oleh mendengar dan Mendidik
-Pilih yang (ikhlas) sayang dengan kita

Uall's boleh baca dan gunakan petua diatas . Namun tidak wajib ya, tengok lah.. kalau uall's dah rasa berkenan, teruskan sahaja .Namun jangan lupa selidik latar belakang dia. Haram meminang orang yang bertunang dan kena lah tengok juga si lelaki tu dah berkahwin atau belum. Nanti mengaku bujang tapi walhal dah ada anak bini. Hohoho... tanggung sendiri akibatnya .

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 12

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 12 | TONTON Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) Minggu 12 ,Jumat  30 Januari 2015. Disiarkan di Astro Prima,Maya dan Warna setiap Jumat pukul 10 malam.Siaran MLM 2014 Minggu 12  secara live disiarkan secara langsung bermula pukul 10.00 malam di Astro Warna 9132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134) .
Tema minggu ini Prop dan loghat.
TONTON   Maharaja Lawak Mega Minggu 12 : 
DISINI 
*klik untuk tonton.

Tonton Online :
Maharaja Lawak Mega Minggu 12
Video Maharaja Lawak Mega 2014 FULL

MAKEUP REMOVER NON ALCOHOL , PIXY

MAKEUP REMOVER NON ALCOHOL, PIXY | Kaum hawa atau wanita dan juga gigirlS diluar sana memang tak terpisahkan dengan makeup . Baik dari Makeup yang natural atau makeup yang gojes. Terkadang kerjaya memaksa kita untuk tampil cantik dan berseri sebab tu calitkan makeup DI muka . Untuk Lisa sendiri memang kurang guna makeup sebab nanti macam hantu jepun kata si encik pengkomplain tegar tu HA ! 

Lisa biasa menggunakan pelembab sahaja dan tambah kan dengan foundation dan juga bedak powder untuk melekatkan dan membuat makeup tahan lama di wajah. Dan sebenarnya memang tak reti sangat nak pakai makeup yang gojes-gojes macam uall's . Setakat makeup natural boleh la.. Terkadang dengan kebusi-an kerja, balik dari kerja malas nak bersihkan wajah dari sisa sisa makeup. Betul tak ? Apalagi makeup yang tebal memang susah nak ditanggalkan. Bukan susah tapi memakan masa yang lama. Jadi MAKEUP REMOVER apakah yang menjadi pilihan kalian ? Makeup remover yang mudah , jiimat masa dan juga membersihkan kulit wajah dengan sempurna. 


Kali ini Lisa nak bagi satu rahsia yang Lisa biasa gunakan untuk membersihkan wajah dengan bersih , dan juga jimat masa. Lisa guna Pixy Gentle And Moist Cleansing Lotion. Seperti dalam gambar tu .Senang sahaja cara pemakaiannya : Tuang sedikit Pixy Gentle Moist Cleansing Lotion di kapas, kemudian sapu ke wajah. Mudah sahaja kan ! Makeup remover PIXY ini tak mengandung alkohol jadi tidak pedih , dan usah risau kulit akan kering . Dan hasilnya .. Taaadaaa sekali sapu, makeup akan bertukar tempat ke kapas.


Kandungan dari madu ini menyegarkan kulit wajah , serta bau yang wangi . Muka pun terasa segar ,wangi ,bersih dan pastinya makeup yang melekat akan tertanggal dengan mudah. Sesuai dengan ual's yang nak jimatkan masa untuk menanggalkan makeup ini. Tahukah kalian , jika kalian tidak bersih menanggalkan makeup lama kelamaan makeup yang tersisa dan melekat dikulit muka akan merosakkan wajah kalian atau akan menumbuhkan jerawat . Kalau dah berjerawat.. Haish.. satu hal lagi kan nak cantikkan kulit muka uall's


HARGA iPAD AIR 2 di CELCOM

Harga iPad Air 2 di CELCOM | Celcom kini telah meancarkan satu pakej baru yang digandingkan dengan device keluaran apple iaitu target="_blank">iPad Air 2
dengan harga serendah RM 1,288 . Disajikan dengan kualiti gambar yang memang cantik dan juga design yang tipis 18% lebih tipis ,  6.1 MM , dan juga .96 pound . Tersedia dengan warna GREY , SILVER dan GOLD. Pakej data bulanan serendah RM50.

Dan berikut harga iPAD AIR 2 yang dikeluarkan oleh celcom.



Tentunya harga yang disenaraikan ikut kontrak yang telah tertulis iaitu selama 2 tahun . Ipad Air 2 dibuat dengan memory device 16GB , 64GB dan 128GB . Wah menarik !
Dapatkan segera di cawangan Celcom terdekat atau layari www.celcom.com.my untuk keterangan lebih lanjut. 

Management Kerja Tukar-Tukar

Management Kerja Tukar-Tukar | Management Kerja yang bertukar-tukar siapa yang suka ?. Bukan menyusahkan satu orang sahaja, namun banyak orang yang akan mengalami kesukaran dalam melakukan kerja. Seperti Lisa ni ha..bak kata tertinggal train. Selain management update selalu.. orang yang bekerja dalam management tu pun asyik bertukar je .If any some New Package Or info yang kita tak paham , we o'lls pun tak tahu nak bertanya kepada siapa . Sebab kerja ni ada bahagian masing-masing .

Siapa cakap kerja di company macam ni senang ? Namun selalunya orang akan cakap.." eleh,. syiok la kerja kat sini. Tak ada buat kerja apa, kerja pun senang je, duduk dan tunggu customer. "Amboi... tak cuba mana nak tahu. Mudah diucapkan tapi tak seperti kenyataan . Rujuk pada bahan, belajar sendiri dan kalau tak tahu kenalah tanya. Tanya ke orang yang lebih tahu lah kan , Postpaid (pascabayar) atau Prepaid (prabayar)  tapi  Ha.. kalau yang handle 1 orang je dalam 1 area .. matilah nak kalau nak jawap call berpuluh orang dalam sehari.

3 bulan lepas ada kemasukan orang baru, yang handle kitorang untuk 1 districk tapi awal bulan Januari 2015 dia dah berhenti. Maybe tak tahan atau dapat offer kerja yang lebih bagus . Bukan company ini sahaja yang selalu bertukar-tukar orang , satu company lain pon sama juga.Celcom , Maxis,Yes, Redone ,, jangan ingat Lisa takdak kenal orang-orang dalam telco tersebut. Walaupon tak kerja kat situ.. tapi Lisa tahulah sedikit banyak mengenai pekerja-perkerja yang tukar-tukar macam musim cuaca panas atau hujan.  Pening la dibuatnya kalau ada problem tak tau nak rujuk siapa. Macam orang management  YES ni .. asyik bertukar orang je  . Kalau ada pengganti pun bukan dia terus pandai and tahu semua bidang ini kan.

Macam semalam Lisa ada ternampak package baru , tapi package tu tak complete.Jadi Lisa tanya lah kat orang atasan ,Dia pon baru dengar dan suruh rujuk ke orang yang satu lagi. Ahaks.. Orang yang Lisa nak rujuk pun tak tahu lagi. Kena tanya kat HQ dulu jawapnya . Call customer service pun tiada jawapan. Aiyoyo... Atau soalan aku yang susah sangat sampai orang tak tahu jawap.

Resepi Biskut Kacang Almond | Krunchy Karamel Almond

Resepi Biskut Kacang Almond; Krunchy Karamel Almond | Semalam ada satu aunty ni bagi cuba biskut kacang almond yang dibuat sendiri. Dia cakap senang je kalau nak buat biskut ini. Bahan pun sikit sahaja , cara pembuatan biskut kacang almond yang mudah. Dia ambil la satu video dan sent ke wechat. Ha... belajar di wechat sahaja uoll's . 

Dan malam balik dari kerja, Lisa cuba la buat . Bahan-bahan yang telah dibeli di supermarket siang tadi dah complete dan sedia untuk diproses menjadi resepi  biskut kacang almond / krunchy karamel Almond. Sejak bila Lisa suka baking ni pon tak tahu. Sahaja ilangkan seteressss . 

Bahan-bahan Biskut Kacang Almond (Krunchy Karamel Almond)
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Cara memasak ;
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

*gambar google 
Boleh masukkan dalam oven biasa kalau tiada MAGIC PAN HIG.

Memang sangat simple dan mudah. uall's kalau nak cuba buat,boleh cari bahan-bahan tu di supermarket terdekat. Tak mahal, raya nanti.. boleh la jadikan hidangan raya. Hehe..

SUAMIKU ENCIK PERFECT 10

SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 | Sebuah FILEM yang diadaptasi dari novel karya Syamnuriezmil "Suamiku Encik Perfect 10 "   ini ditayangkan bermula 22 Januari 2015 di pawagam terdekat. Mesti menarik kan, filem lakonan Lisa Surihani digandingkan dengan Aaron Aziz ini mampu memikat ramai penonton. Mana tidaknya ,, asik tiket sold out je kalau nak tengok movie ni. Semua orang berlumba nak jadi orang pertama tengok movie ini kot. Hehehe.. Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 seperti berikut :  

 " Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial.


Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan."


 Pandangan Lisa setelah Review Movie Suamiku Encik Perfect 10 | Not bad lah .. seorang lelaki (Aaron Aziz) yang sanggup menyamar menjadi suami dari Aleeya (Lisa Surihani ) walaupun bukan istri yang sah . Dan cinta pun mua berputik setelah sekian lama bersama . Ketika Zarief memberitahu ingin memperistrikan Aleeya , dia menolak.. sebab apa ? haa.. korang  "TONTON Suamiku Encik Perfect 10 " la sendiri ya . Namun zaman sekarang ini masih ada lagi ke lelaki seperti Zarief ? Baik, penyayang , dan sanggup bertanggung jawap menutupi pregnen si gadis. Mungkin ada tapi seribu satu lah kan. Hahaha.. Dah.. dah.. kalian jangan nak berangan sangat ade Husband yang PERFECT 10 sangat. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna tanpa kesalahan ye , dan terimalah husband tu seadanya .Hidup saling melengkapi,barulah perfect kan.


Sidang Media DAC MH370 BATAL


Sidang Media DCA MH370 BATAL | Setelah para petugas media menunggu selama 40 minit di dalam Bangunan Jabatan Penerbangan Awam  (DCA )untuk mendapat maklumat mengenai Insiden MH370 akhirnya mereka diberitahu bahwa persidangan itu dibatalkan. 
Dipetik dari Berita Harian

" PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan sidang media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadual berlangsung jam 3.30 petang tadi.

Pengumuman pembatalan itu dibuat selepas media menunggu kira-kira 40 minit di dewan ibu pejabat DCA di Presint 4 di sini yang turut dihadiri waris penumpang MH370." 

Pengumuman Khas DCA Berita Terkini MH370

Pengumuman Khas DCA Berita Terkini MH370  | Berita Terkini mengenai Insiden MH370 akan Diumumkan Khas oleh DCA di ibu pejabat DCA di Putrajaya dan disiarkan petang ini pukul 3.30 di TV3 .
Jom saksikan MH370 : Tonton Pengumuman Khas DCA Insiden MH370 di TV3. Seperti yang semua ketahui sehingga sekarang memang masih tiada bangkai pesawat atau mangsa yang dijumpai.

Sidang akhbar akan dijalankan "live" di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jadi pengumuman oleh DCA ini memang ditunggu oleh seluruh dunia.

Official Press Conference of MH370 today.
Time: 3.30pm.
Location: DCA, Presint 2 Putrajaya.
LIVE: TV3 Malaysia.





Bagi yang berada ditempat kerja boleh saksikan :
Pengumuman Khas DCA Berita Terkini MH370

Atau
 Live Streaming Pengumuman Khas DCA Insiden MH370 
(klik link untuk tonton) 




Keputusan Pengumuman KHAS DAC INSIDEN MH370 ; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DAC )Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 di RTM sebentar tadi. Dalam sidang akhbar itu memutuskan bahwa Malaysia hari ini mengisytihar semua penumpang 239 dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa. Perisytiharaan itu membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang mereka perlukan terutamanya Pampasan.
Meskipun begitu pencarian pesawat MH3707 tetap dikekalkan sebagai keutamaan.Carian oleh empat kapal didasar laut untuk menemukan MH370 masih diteruskan. 

Tart Fruit / Tart Buah Homemade

Tart Fruit / Tart Buah Homemade | Ada berbagai jenis kuih yang menjadi kegemaran dan disukai oleh berbagai peringkat usia. Salah satunya Tart . Dari tart coklat, tart nenas , tart buah dan banyak lagi jenis tart yang dibuat menurut citarasa sendiri. Tapi Lisa tak suka makan tart nanas, tak tahu kenapa.Nenas boleh je makan , , Tart nanas masuk dalam senarai makanan yang Lisa tak makan. Hehehe bak kata orang .. tak kena dengan tekak.

Nampak menarik , cantik dan rasanya pun sedap. Tart Buah , tart yang berisi  buah-buahan seperti anggur , Laicy , kiwi ,strawberry dan banyak lagi buah-buahan yang boleh diletakkan pada toping Tart tersebut .Tentunya sesuai dengan selera uall's.

Bermula dari ingin mencoba membuat sendiri sampailah sekarang dah ada yang tempah untuk membeli tart ini. Murah sahaja , rm1 /1pcs. Biasa yang menempah tart buah ini untuk disajikan majlis ulang tahun, buffet atau sekadar ingin mencoba. COD area Kluang sahaja. Sayang nya tak boleh untuk pengeposan, sebab kalau pos nanti pasti dah rosak dan kemek serta tak cantik. Rasa yang lazat dan dijamin halal . Hehe tiada rezeki lah untuk uall's yang nak tempah tapi jauh dari sini .

Untuk tempahan boleh hubungi 019-9009213 

LISA Surihani Mengandung

LISA Surihani Mengandung |Pelakon cantik yang juga merupakan akak dari saya..(belah mak dari ayah kepada atok makcik saya.. :p)  LISA SURIHANI dikabarkan telah hamil dengan kandungan peringkat awal lagi. Bermain di movie Suamiku Encik Perfect 10 sebagai wanita Mengandung digandingkn dengan AARON AZIZ , tup tup diri sendiri Mengandung. Apapun berita ini masih belum dikeluarkan sendiri dari bibir mungil artis cantik ini. dengar cerita sebab dia ada kontrak dengan Astro,mungkin sebab tulah pengumuman mengenai kehamilannya akan dibuat ekslusif di Tv berbayar itu. 

Apapun semoga berita yang akan disampaikan ialah berita mengenai Lisa Surihani yang Mengandung,apapun yang akan Lisa sampaikan, saya doakan yang terbaik.  Nak ucapkan tahniah Tapi berita tak konfem lagi. Kita nantikan sahaja lah ye bil akan diberitahukan kepada peminat-peminat Lisa, termasuk saya sendiri. 

Dan berikut jawapan dari YUSRI
Yusry bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kerana memegang pesanan orang tua-tua.

"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.
Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.
Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut."

Pada masa sama Lisa memaklumkan dirinya berasa serba salah sama ada mahu berkongsi berita kehamilannya atau tidak.

"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.
Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium."

Tahniah kepada Lisa dan Yusri atas kehamilan ini.Semoga kandungan sehat selalu.

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015 | Dari banyak-banyak BLOG, Lisa mempunyai senarai tersendiri untuk pilih blog tersebut berada dalam Malaysia Best Blog 2015. Malaysia Best Blog 2015 contest yang bagus ,selain hadiah yang cukup lumayan  besar dan sebab lain  secara tidak langsung akan menambah rakan ,trafik, dan juga backup URL . 
Dan pemilihan Malaysua Best Blog 2015 ini Ianya berdasarkan pilihan Lisa , bukan sebab undian SMS atau pemilihan random.org hehe. Dan dari pilihan itu , Lisa memilih

Senarai  Malaysia Best Blog 2015 

1. www.tiffinbiru.com


Blog yang berisi tentang resepi makanan dari makanan tempatan sampailah international. Bahan-bahan yang mudah di cari di supermarket dan juga penyampaian cara memasak yang memang senang untuk diikuti oleh semua orang .Blog ini juga mempunyai follower lebih dari 17RIBU pengikut ! . Kategori Blogger Masakan , isa memilih blog tiffinbiru.com sebagai pilihan. Nak masak tapi tak tau masak ? singgahlah kat blog Che Mat Gebu ini.

2. www.benashaari.com 

Parenting blogger yang menggunakan bahasa santai dalam penulisan entri ini mempunyai lebih dari 27 pengikut dalam blog. Walaupun menulis mengenai personal dan juga anak-anak dalam blog , tidak putus-putus orang berkunjung ke blog benashaari. MR MAMA yang menjaga anak dan juga seorang blogger terkenal yang ramai dimintai oleh pengikut ini mempunyai badan tegap dan juga sado. 

3 Denaihati.com
 Siapa yang tak kenal dengan blog DENAIHATI,blog berisi perisian SEO , contest, islam, isu semasa , kisah kehidupan dan banyak lagi. Blog ini juga selalu mengadakan Seminar untuk berbagi tips-tips berblogging .

4. Hasrulhassan.com
Blog ini terkenal dengan niche blogger SEO , untuk kalian yang nak ingin belajar atau sedikit banyak ingin mengetahui mengenai SEO .. Boleh terjah blog ini dan belajar. Blog yang mempunyai banyak tips dan juga cerita mengenai parenting .

5. Fatin Liyana 
http://honeykoyuki.blogspot.com/

Blogger yang juga merupakan seorang Dr ini bermula dari student dan sekarang telah mendapat gelaran seorang dokter . Dan baru-baru ini telah melangsungkan pertunangannya dengan seorang Dr. Anwar Fazal yang masih kerabat Shamsul Yusuf. Selain Blogger yang cantik,  Penulisan yang menarik dan membuat orang mengikuti perkembangan dia dengan singgah di blog fatin liyana.

6. www.ohduit.com
Khairul Hazwan lah  yang juga penganjur di contest SEO MALAYSIA BEST BLOG 2015 . Blog Ohduit.com yang telah wujud semenjak bulan Julai tahun 2009. Jadi sekarang, usia blog ini sudah mencapai 5 tahun 6 bulan. Pada permulaan blog OhDuit.com ini hanya fokus kepada penulisan pengalaman sendiri dalam bisnes online terutamanya eBay & bisnes offline. Nak usha-usha atau belajar bisnes online boleh singgah dan terjah entri dalam blog ini.

7. MIALIANA.COM
Blog kepunyaan akak Mia ini banyak up entri mengenai giveaway. Giveaway yang menawarkan berbagai hadiah. Jadi kaalu kalian rajin nak join giveaway , singgahlah diblog dia ye.

8. MELVISTER.COM
Selalunya kalau Lisa ingin mencari informasi mengenai isu terkini dan rujuk kepada GOOGLE , selalu akan nampak mevister.com pada tempat teratas. Selain itu kenapa Lisa suka dan ingin menyenaraikan dalam Malaysia Best Blog 2015 , sebab setiap hari akan ada isu terkini dan info terbaru dan pastinya orang tengah tercari-cari info tersebut.

9. Azhafizah.com
http://www.azhafizah.com/ | Blog Graphic design dan juga lifestyle ini juga selalu masuk dalam carian google. Kenapa lisa pilih blog ini ? sebab blog ini membuat tempahan design mengenai blog atau watermark , dan hasilnya cukup memuaskan . Selain design yang cantik, dia juga mampu menyelesaikan dalam tempoh yang cepat.

10. kujie2.com
Kisah Hidup Yang Terlalu Indah Untuk Dibiar Tanpa Ertii | Blog yang sempoi dan juga banyak menceritakan mengenai kucing , tips dan juga info .. Hey.. saya suka kucing memangla selalu mencari info yang berkaitan dengan kucing . 

Itulah 10 Blog yang Lisa mampu senaraikan di entri contest SEO ini, walaupun ada banyak entri lagi namun rasanya tak cukup tangan sampai ke esok kalau ingin tulis semuanya . Contest SEO -MALAYSIA BEST BLOG 2015 ini di anjurkan oleh ohduit.com  , dan akan berlangsung dari 15 Januari 2015- 31 MAC 2015 , penyertaan akan ditutup pada 18 Februari 2015. 

Pemenang pertama akan mendapat hadiah sebanyak RM1,500 wang tunai
dan untuk pememang kedua-sepuluh akan mengapat wang sebanyak rm50.00 ,
Hadiah Backlink Percuma untuk setiap penyertaan.



Jom la join sertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com

Lyrics ONLY ONE -KANYE WEST

 Lyrics Only One-Kanye West | Lagu yang selalu ku dengar , dan berada dalam list TOP 100 TRACKS CURRENTLY ON SPOTIFY ini mampu mencuri hatiku. Irama lagu dan lirik yang romantik bagi aku. Lagu yang dinyanyikan oleh Kanye West ini bertajuk ONLY ONE .
 Lirik lagu ONLY ONE by KANEY WEST feat Paul McCartney

"Only One"
(feat. Paul McCartney)

As I lay me down to sleep
I hear her speak to me
Hello 'Mari, how ya doin'?
I think the storm ran out of rain, the clouds are movin'
I know you're happy, cause I can see it
So tell the voice inside ya' head to believe it
I talked to God about you, he said he sent you an angel
And look at all that he gave you
You asked for one and you got two
You know I never left you
Cause every road that leads to heaven's right aside you
So I can say


Hello my only one
Just like the morning sun
You keep on rising till the sky knows your name
Hello my only one
Remember who you are
No you're not perfect but you're not your mistakes

Hey, hey, hey, hey
Oh the good outweighs the bad even on your worst day
Remember how I'd say, hey, hey, one day
You'll be the man you always knew you could be
And if you knew how proud I was
You'd never shed a tear, have a fear
No you wouldn't do that
And though I didn't pick the day to turn the page
I know it's not the end every time I see her face
And I hear you say

Hello my only one
Remember who you are
You got the world cause you got the love in your hands
And you're still my chosen one
So can you understand
One day you'll understand


So hear me out, hear me out
I won't go, I won't go
No goodbyes, no goodbyes
Just hello, just hello
And when you cry, I will cry
And when you smile, I will smile
And next time when I look in your eyes
We'll have wings and we'll fly

Hello my only one
Just like the morning sun
You keep on rising till the sky knows your name
And you're still my chosen one
Remember who you are
No you're not perfect but you're not your mistakes

Hey, hey, hey, hey
Tell Nori about me, tell Nori
I just want you to do me a favor

Tell Nori about me, tell Nori about me
Tell Nori about me, tell Nori about me
Tell Nori about me, tell Nori about me
Tell Nori about me, tell Nori about me
Tell Nori about me...


BILA FACEBOOK TAK BOLEH BUKA

BILA FACEBOOK DOWN TAK BOLEH BUKA | Tadi buka facebook guna dekstop. Loading pusing pusing lama sangat macam siput. Try lah godeh-godeh modem stramyx tu,mana tahu line ada problem macam semalam. Tapi still sama.. tak boleh buka jugaK.

Beralih ke Hp pula,aik sama sahaja. Keluar connection failed. Siap off handphone and on balik. Mati-mati ingat line internet problem. Try buka IG pula.. sama je tk boleh  buka . Kawan dalam whatsapp pun cerita lah yang facebook dan Instagram tak boleh buka. Pentingnya Facebook sekarang? Err sebab nak buat kerja laa.. tu menggelabah sikit time Facebook tak boleh buka.


TONTON SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD 14

TONTON SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD 14  | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock . Episode 14 yang ditayangkan pada 26 Januari 2015 . Episod akhir akan dikemas kini selepas drama ditayangkan.

Bagaimanakah kesudahan Drama SUAMIKU ENCIK SOTONG ?

TONTON /WATCH ONLINE SUAMIKU ENCIK SOTONG EPISOD 14
*Klik untuk tonton

ATAU
TONTON FULL EPISOD SUAMIKU ENCIK SOTONG 

INTERNET CELCOM 4G MURAH SERENDAH RM 5 SAHAJA !

INTERNET CELCOM 4G MURAH SERENDAH RM 5 SAHAJA ! | Tahukah anda , anda boleh menikmati mobile internet kelajuan 4G  hanya dengan kos serendah rm5 sahaja ! Sebelum ini memang Lisa biasa menggunakan hotspot untuk melayari internet. Selain dari jimat duit poket,batrey handphone pun jimat. Tak cepat lowbat. Tapi hari ini berbeza dengan hari yang sebelumnya,dikarenakan handphone untuk hotspot tu tertinggal dalam beg.. maka Lisa terpaksa langgan mobile internet .Huhu.. sekarang kalau tiada internet memang macam makan sayur tanpa garam. Cewah..peribahasa yang tiada kaitan langsung .Hahahaha . . .

Secara nak tak nak maka Lisa langgan lah mobile internet Celcom yang daily. RM5 sehari.. boleh la untuk setakat online  Dan yang peliknya.. dapat line 4G woo! Sebelum ini pengguna hanya boleh menikmati speed internet 4G kalau ada langganan pakej internet Bulanan. Tapi hari ini lain la pula,dapat 4G terus  yelah.. manalah Lisa nak tahu ,sebab  celcom mengenakan PPU ..Lisa memang tak guna dah mobile internet simkad prepaid ni  . Sebab Lisa ada Line pasca bayar atau bill company ,Free gitu.. company yang yang bayar. Siapa yang taknak !

Tapi kena set limit data usage mobile internet lah,kang melayang rm50 baki kredit dalam prepaid ini. Oh Celcom.. bila lah nak hapuskan PPU. Hope lah produk owner cepat menukar plan yang ada dan menghapuskan PPU. 

Tengku Intan Zaharah Mangkat

Tengku Intan Zaharah Mangkat | Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua Terengganu Darul Iman Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja telah mangkat pada pukul 3.30 semalam 24 Januari 2014 di Hospital Pantai Kuala Lumpur.Beliau mangkat dalam usia 86 tahun ,  (lahir 23 April 1928 -24 Januari 2015) Almarhum akan dimakamkan bersebelahan Almarhum suami baginda hari ini. Para pembesar Negara dan Negeri serta tetamu VIP akan memberikan penghormatan terakhir bermula 12tengah hari sampai 1 tengah hari di ISTANA Maziah , dan untuk rakyat ..bermula dari 11 pagi sampai 12 tengah hari.

Untuk menghormati kemangkatan bekas permaisuri Agong ke empat,Terengganu akan mengibarkan bendera negeri separuh tiang sebagai tanda berkabung selama 40 hari.


Kata-Kata Hikmah Mutiara Hati

Kata-kata Hikmah Mutiara Hati | Bila ku dengar Suara lolongan serigala,
kurindu pada serigala.
Tetapi bila kudengar suara manusia,
aku hampir saja kehilangan kesedaranku.

Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan aku Sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal terjadi pada masa mendatang. 
Untuk itu,mengapa aku harus menyesali masa lalu atau merasa cemas dengan masa mendatang? 

Jangan suka berdendam, kerana kamu akan menjadi korban yang pertama.
Sesungguhnya Tuhan yang telah melindungimu terhadap bahaya yang telah terjadi pada hari kemarin.
DIA pulalah yang akan melindungimu terhadap bahaya yang akan terjadi hari esok.
Orang yang bertolak angsur lebih dekat kepada keredhaan jiwa,ketenangan Hati nurani dan bebas dari kesedihan sebagaimana dia juga lebih dekat dengan Hati manusia-manusia dan lebih layak mendapatkan cinta mereka. Sedangkan orang yang suka mencari-cari masalah dengan mencari keburukan dan kejahatan yang menyebabkan kegelisahan menjadi-jadi. Sikap seperti inilah yang akan membuat orang lain membencinya dan menjauhinya.

Kita tidak mampu mengubah masa lalu dan tidak pula merancang masa depan dengan gambaran yang sesuai kehendak kita,untuk itu tidak ada gunanya membinasakan diri dalam kekecewaan kerana sesuatu yang tidak mampu kita ubah. Jangan tangisi apa yang sudah berlaku dan jangan bazirkan airmata dengan sia-sia,kerana dengan apapun kamu tidak akan mengembalikan apa yang sudah berlaku. 



Monolog Hati

Monolong Hati |Manusia hanya mampu merancang , Allah yang menentukan. Semua yang berlaku ,pasti ada hikmah yang tersembunyi. Begitu dengan masalah yang menimpaku.

 Malam ini Dataran dibanjiri orang yang beriadah bersama family, anak,wife,husband, atau kekasih. Gelak tawa kegembiraan terpancar di wajah masing-masing. Dan aku?hanya duduk memerhati .Bermonolog seorang diri.. Jauh di sudut hati , aku juga ingin tertawa seperti mereka, aku ingin bebas buat apa sahaja. Aku ingin melepaskan semua masalah,dan kalau boleh aku ingin berteriak sekuat hati. Angin berhembus dingin,seakan mengejek dan menertawakan aku. Kemudian aku tersedar dari lamunanku. Satu jam aku disini, namun hati terasa kosong. Jasad disini namun perasaan terbang jauh entah kemana.


Fikiran terbang jauh memikirkan Enpon ku jatuh sekali lagi. Huwaaa.. sedih!minggu lepas note3 jtuh.. minggu ni.. z2 jatuh.. lahai..cuak tengok z2 crack bagian screen!niat hati nak ilangkan stress kat sini.. yang jadi sakit ati pulak.

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 11

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 11 | Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) Minggu 11 ,Jumat  23 Januari 2015. Disiarkan di Astro Prima,Maya dan Warna setiap Jumat pukul 10 malam.Siaran MLM 2014 Minggu 10  secara live disiarkan secara langsung bermula pukul 10.00 malam di Astro Warna 9132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134) .
Live streaming  Maharaja Lawak Mega Minggu 11 : 
DISINI 
*klik untuk tonton.

Tonton Online :
Maharaja Lawak Mega Minggu 11
Video Maharaja Lawak Mega 2014 FULL

Tiket Final Maharaja Lawak 2014

Tiket Final Maharaja Lawak 2014 | Maharaja Lawak Mega 2014 akan kemuncak FINAL  pada Juma'at ,6 Februari 2015 bulan depan. Pastinya ramai yang ingin menyaksikan secara langsung pertandingan MLM 2014 akhir nanti. Gelanggang akhir program Maharaja Lawak Mega 2014 akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pukul 10 Malam.

Untuk mendapatkan tiket Final Maharaja Lawak Mega 2014 secara online , boleh layari menerusi laman web ticketpro di pautan http://www.ticketpro.com.my/jnp/theatre/comedy/1527118-Maharaja-Lawak-2015.html 

Untuk harga tiket, boleh rujuk gambar dibawah ini :





Gaya Rambut Baru Nora Danish


Gaya Rambut Baru Nora Danish | Tahun baru rambut pun nak baru juga kan.Nora Danish , siapa yang tak kenal artis yang mempunyai perwatakan menarik ini. dari dulu cik Lisa memang minat dengannya. Cantik dan comel je kalau senyum. Akhir tahun lepas Nora telah mengubah gaya rambutnya dan perubahan itu membuat nampak dia seperti budak sekolah lagi. berikut gambar Nora danish dengan gaya rambut yang terbarunya .


Rambut Nora lebih kurang rambut Lisa. hehe

© all rights reserved
made with by templateszoo