Ad

REVIEW IP MAN3 , Best tak ?

REVIEW IP MAN3 , Best tak ? , Senarai pelakon IP MAN 3

REVIEW IP MAN3 , Best tak ? || Memang Lisa akui sebelum ini tak pernah tengok cerita Ip Man pun .. dan malam tu terjebak pulak nak tengok. Tak pernah tengok dan tak pernah nak tahu macam mana dan jalan cerita Ip Man , baik Ip Man 1 atau Ip Man 2 , Lisa ingatkan seperti batman,  or man man yang lain yang manusia besi tu ha... ternyata lain le pulak . Balik dari bercuti Boss and anak dia bawa pergi tengok IP MAN 3 selepas balik kerja. OK lah... Lisa ikut je ,, sebab Boss yang belanja. Rezeki tak kan nak tolak,  betul tak ?




Sinopsis IP Man 3 


Lisa bagi 10 bintang untuk movie ini, memang best giler.. sedih pon ye jugak. Dalam cerita ini ada  Donnie Yen ( memang dari dulu suka dengan pelakon ini ) dan juga Mike Tyson ,Juara Boxing Dunia yang pernah terkenal zaman 80-90 an dulu. Best la .. sedikit banyak Mike Tyson bercakap mandarin.
IP MAN 3 , mengisahkan mengenai IP MAN (Donnie Yen ) , seorang yang sangat terkenal kerana ilmu bela diri dan kerendahan hati . Selalu menolong orang dan hidup bahagia bersama isterinya Cheung Wing-Sing ( Lynn Hung )   . Time itu pulak timbul masalah,, Ip Man cuba  pertahankan sekolah  tempat anak Ip man bersekolah yang ingin dikuasai oleh orang Asing  , FRANK (Mike Tyson ) dengan cara apapun juga . Disisi lain pulak , Cheung Tin-Chi , anak murid yang sama belajar di Wing Chun tidak dapat menerima kefamous-an Ip Man kerana dia merasa dia lebih layak di panggil HERO dan Grand Master penerus Wing Chun , cuba untuk mengadakan perlawanan dengan Ip Man  .. time itu pulak Isteri Ip Man bagitahu yang dia ada kanser dan tak dapat hidup lama lagi .  Apa kesudahan cerita ini ? Jangan lupa tengok di Pawagam terdekat ya ;)  ,


Senarai Pelakon IP MAN 3 : 
Donnie Yen as Ip Man (葉問)
Zhang Jin as Cheung Tin-chi (張天志)
Lynn Hung as Cheung Wing-sing (張永成)
Patrick Tam as Ma King-sang (馬鯨笙)
Karena Ng as Miss Wong (黃老師)
Kent Cheng as Fatso (肥波)
Bryan Leung as Tin Ngo-san (田傲山)
Louis Cheung as Tsui Lik (徐力)
Danny Chan as Bruce Lee (李小龍)
Mike Tyson as Frank
Walaupun Movie Chinese tapi ramai juga melayu yang tengok movie ini tau ....  Tak rugi kalau korang tengok . Sepatutnya watak Bruce Lee memainkan banyak babak di movie ini, tapi sebab keluarganya tak bagi izin,,, jadi bertukar lari sikit dari IP MAN 1 dan 2 .


Trailer IP MAN 3

5
( Hide )
  1. anda di tag.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/pencarian-top-5-blogger-2016.html

    ReplyDelete
  2. Saya mmg minat Lakonan Donnie Yen. Filem Ip Man saya ikuti dari dulu lagi. Tak sabar rasanya nak tonton IP Man 3 ni.

    ReplyDelete
  3. dah agak gegurl mesti suke tgk ipman yg baru ni sbb byk adegan romantik sedih haha lagi2 bila wife die nak mati.. sy ske part lawan2 je XD

    Jom Terjah: Fesyen dan Gaya Popular Lelaki Masa kini yang Simple lagi Murah! :)

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo