Hi-Tea ABC Sedap di Kluang


Di Kluang apa yang Best ? Nahh.. soalan ni yang diajukan kawan Lisa kepada kawannya . Nak tahu tak kawan tu jawap apa ? " Ntah tak tahu "  .. Huihh rugikan .. rugii... banyak tempat makan sedap dan murah di Kluang ini. Untuk lepak petang pula , ada pisang goreng cicah sambal kicap , ABC .. dan banyak lagi . Eh.. makan pisang goreng cicah sambal kicap ? peliknya . Tak pelik untuk orang Johor sebab disini memang petang-petang suka makan pisang goreng cicah sambal. Sedap woo.. tak cuba mana nak tahu sedap ke tidak kan . Kalian datang Johor kena try tau .

Lisa pernah nampak adik dan kawan-kawan lain pos mengenai ABC yang sedap dan banyak , dan semalam Lisa baru berkesempatan merasa sendiri air ABC yang terletak di Batu 4 ,Kluang-johor  tu . Memang banyak dan sedap. Bukan hanya ABC saja , dikedai tu ada jual Lontong , Laksa , Nasi Lemak , Pisang goreng , Donut , roti bakar.. dan banyak lagi . Tak habis Lisa meneroka semua makanan disana . Yang menarik hati Lisa ABC , Roti Bakar , Donut , dan Pisang goreng .
  Panas terik petang semalam , pekena minum ABC memang segar la tekak ini. Hehe.. manis dan kenyang, puas hati woo.. Pekerja disini semua bertudung labuh , dan yang lelaki pula pakai pakaian sopan dan memakai songkok . Nah.. jarang kan kedai makan yang semua pekerja dan pemiik kedai berpakaian islamik. Dan yang paling penting , mesra pelanggan . Ramai juga pengunjung yang datang dikedai itu . Nama kedai itu , Kedai dan Bakeri IKHWAN .


Donut ini rm1.00 sebiji , bukan seposen. Heheh sedap DONUT ini . Mahal ? tak lah untuk rasa yang lembut dan sedap macam donut Dunkin Donut . Panas-panas kemudian makan .. pergh memang menggoda selera.  Harga kesemua makanan kami bertiga ,  rm16.50 , saya hulur rm20.00 tapi makcik tu bagi baki duit rm 4.00 .. diskaun 50sen sebab takda duit syiling . Lisa order : ABC , teh o ais , pisang goreng 4 biji , Donut 2 biji , roti bakar sekeping , soto 2 mangkuk . Murah le tu .. tempat kalian pon belum tentu dapat harga tu kan. 

Nama kedai ni , kedai KAFE AND BAKERI IKHWAN , bertempat di cornerdepan bangunan koperasi batu 4, Jalan menghala ke Mersing . Jalan kg. tengah 2 , 86000 Kluang -Johor. Nah korang tengok dalam maps tau dah nanti . Jalan pergi mersing.. pastu ambek selekoh ke kiri.. dah jumpa dah.  

{ 7 comments.. read them below or add one }

Azlinda Azman Azlinda Azman December 22, 2015 at 12:47 PM
sedap..nt kalau akk balik BP nak singgah sini
Infosemasa Infosemasa December 22, 2015 at 1:19 PM
jom pergi Kluang..tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bercinta..kah kah kah
Nadya Syamimi Mat Nadya Syamimi Mat December 22, 2015 at 4:49 PM
Selalu pergi umah abang kat Kluang tapi tak pernah pulak dia bawak kat sini. Next time boleh try ni. Huhu.
akubiomed akubiomed December 22, 2015 at 5:18 PM
Cuaca panas memang layan ABC. Kalau ada cendol pun best juga. :)
nila anggraini nila anggraini December 23, 2015 at 4:37 PM
Memang nampak sedap Abc tu....kalau dekat je pasti kami dah kesana. Ni kat luang jauh ....mudah2an berkesempatan kesana cuba Abc ni. Aamiin...