EPISOD AKHIR TUAN ANAS MIKAEL

 EPISOD AKHIR TUAN ANAS MIKAEL || Mula-mula memang Lisa tak minat dah sekarang ni dengan drama-drama . Baik cerita melayu atau orang putih.. Kawan Fb , group whatsapp dok cerita pasal drama tu  tapi still takda  rasa teringin nak tengok. Sampai satu hari kawan Lisa yang lelaki dan paling tak suka drama melayu.. dia cakap " Tak tengok Tuan Anas Mikael ke ? Best la cerita tu .. cuba tonton la " Amboiii sampai dia pon cakap best..tu terbuka hati nak tengok. Marathon sehari penuh semata nak tengok episod awal sampai akhir drama Tuan Anas Mikael. Ohh Aaron aziz jadi Hero .. (  Tuan anas )  patut pon ramai gadis-gadis dok histeria . Zara Zya sebagai heroin (Ayu Maiesarah ) . Pelakon lain..   Wan Sharmila, Shah Rezza, Raja Ilya, Normah Damanhuri, Emmelia, Sarah Anne, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman, Jalaluddin Hassan, Ryzal Jaafar, Ziela Jalil, Daler Yusuf, Ruzana Ibrahim, Dato Chef Wan




Tapi sayangnya malam ni malam terakhir dah , Episod akhir untuk drama Tuan Anas Mikael . Tak seperti cerita lain, drama #TAM ini ada 15 Episod saja. Tu lah Lisa cakap pendek je drama ni .. biasanya makan 28 Episod. Malam tadi si Ayu dah mengaku yang dia sebenarnya cucu Neinda dan Tuan Akhiruddin . Malam ni pulak dia nak bagi tau kepada DatukAzhar yang jahat tu dan Safra. Fuh berani betul.. tak takut kena bunuh datuk Azhar ke ? Tapi sebab nak selamatkan nyawa Tuan Anas dan tak nak Tuan Anas kahwin dengan Safra. Agak-agak apa yang akan jadi eh malam ni.. And kalian perasan tak perempuan yang selalu ada disetiap episod.. Pakai 2 cincin di jarinya . Siapa orang tu ? Wife Azhar belum mati ke ? Argghh tak sabarnyaaa... 


Jangan lupa saksikan dan tonton  malam ni pukul 10.00 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD 123
Tonton Online Episod Akhir Tuan Anas Mikael 

4 ulasan

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon