Ad

SINOPSIS HELLO MR. PERFECT

sinopsis Hello Mr. Perfect
SINOPSIS HELLO MR. PERFECT  || Drama Mencintaimu yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Zahirah MacWilson telahpun berakhir. Kalau kalian penonton setia mesti tau la kan. Hehehe.. Sekarang ini Hello Mr. Perfect pula yang menggantikan drama Mencintaimu . Drama Helo Mr. Perfect ditayangkan setiap hari Isnin -Khamis pukul 6.58 di TV3 . Siapakah pemain dalam drama ini yang menjadi Hero dan Heroin ? Drama ini dibintangi oleh Fattah Amin sebagai Muhammad Izul Islam dan pelakon baru ,Nur Ruhainies Farehah sebagai Alya Adriana & Nurul Ain  Heroin dalam drama ini.  " Biar hati yang mengucap cinta " , wah macam best sahaja kan ceritanya . Jom baca sedikit sinopsis drama ini !
Sinopsis Drama Hello Mr. Perfect : | Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.


Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo