RESEPI SUP CENDAWAN




(gambar google)
RESEPI MUDAH SUP CENDAWAN || dulu Lisa memang tak suka makan sup cendawan , menu side order yang terdapat di Pizza Hut . Tak cuba maka tak tahu , teringin la pulak nak rasa. Sekali makan, terus jatuh cinta. Lepas tu , tunggu apalagi .. try cara masak sup cendawan di youtube . Wahh senang je rupanya . Jom kita try masak .


Bahan-bahan Soup Cendawan  :
 Susu  500ml
Mentega 1 sudu
Cendawan 1 tin ( potong tipis-tipis )
Stok Ayam ( 2 Kiub ayam + secawan air )
Tepung Jagung secukupnya
Bawang Merah 1 biji
Bawang Putih 3 biji

Cara Memasak :
Panaskan minyak , tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi .Masukkan cendawan yang telah dipotong tipis .Kemudian masuk kan butter/mentega  dengan tepung jagung. Gaul dan last masukkan stok ayam . Kacau , dan matikan api.
Blend sampai halus semua bahan yang telah dimasak tadi . Masukkan dalam periuk panas , tambahkan susu. Kacau hingga pekat . Siap dan sajikan ! Nyummy . Senang je kan ? Jom try .. ;)

Dapur Brian: Sup Cendawan
Sup Cendawan yang boleh dibuat sendiri dan senang je. Siapa nak cuba ni boleh ikut apa yang Brian ajar ni. Sedappppppp!
Posted by Suria FM on Tuesday, 8 September 2015

7 ulasan

Alahai senang sgt ni..anak2 AR suka nnt nak try lah

boleh try ni. hehe Lissa suka sup cendawan ! :D

senangnyaa.. tapi lagi senang beli yang instant tu hahahaa.. mikhail suka makan dengan roti.


EmoticonEmoticon