Intipati Pembentangan Bajet 2016 Malaysia

INTIPATI PEMBENTANGAN BAGET 2016 MALAYSIA || Sebentar tadi telah dibentangkan Baget 2016 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri . Diantaranya ubat-ubatan dikenakan gst , susu dan soya pun dikenakan gst. TELCO pun kena GST ,, walaupon kabar angin sebelum ini mengatakan topup tidak dikenakan gst bermula 1 November 2015 . #Baget2016 yang mengecewakan . Dan semoga tiada kenaikan harga lagi seperti tahun ini. Teruk juga la , tol naik , gst , minyak naik ,, hurm kesian rakyat marhaen ini. Bajet 2016 berteraskan " memperkukuhkan pertumbuhan, memperluas keterangkuman, memastikan pemapanan fiskal" akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia

   * Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.
   * Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps
 * Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.
    *RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara
    *Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
    *Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.
    *Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP
    *Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.
    *Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
    *Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.
    *Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.
    *Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.
    *Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
    *Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.
    *Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.
    *Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred mulai tahun 2016
    *Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam dinaikkan kepada RM1200 sebulan
    *Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajan dinaikkan kepada RM950 sebulan
    *Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan kadar bayaran dinaikkan
    *BR1M 2016 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
    *BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
    *BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
    *BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
    *BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400
    *BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
    *Had Pelepasan Cukai: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000. Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing2 untuk ibu & bapa.Dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan.
    *Had pelepasan cukai Individu: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3000 kepada RM4000.
    *Had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6k kepada RM8k bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang lanjutkan pengajian bagi tahun taksiran 2016.
    *Had pelepasan cukai sedia ada ibubapa dengan anak OKU RM6k. Jika anak lanjutkan pelajaran, jumlah boleh dituntut RM14k. Bagi ibubapa kepada anak-anak OKU yangg lanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkn daripada RM6k kepada RM8k mulai tahun taksiran 2016.
    *Berkuatkuasa 1 Julai 2016, penyelerasan gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.
    *Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah.
    *Majikan yang gagal mematuhi peraturan gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Gaji minimum RM920 (Sabah, Sarawak dan Labuan) manakala RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.
    *Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan atau penjawat awam akan dibayar pada Januari 2016.
    *Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.


3 ulasan

Erm..tak tau la nak cakap..nak tak nak kita rakyat marhaen ni, hadap je la..

Tq untuk perkongsian pembentangan badget arini.. tak sempat nak dengar..


EmoticonEmoticon