CT VILLAGE CAFE TEMPAT MAKAN SEDAP DI KLUANG

CT VILLAGE CAFE Tempat Makan Sedap Di Kluang ||Walapun duduk kluang tapi jarang pula Lisa jejakkan kaki ke Kluang Parade. Tergerak hati nak  jalan-jalan ke Kluang Parade mana tau ada apa-apa yang baru ke , sambil-sambil cari port makan yang sedap  . Asik makan menu yang sama , bosan la pulak. Kawan cakap ada kedai makan baru dalam Kluang Parade [ KP ]. Nama kedai makan tu CT VILLAGE CAFE , WESTERN and EASTERN FOOD, Nak juga la mencuba , perut pun dah lapar ni .kena pulak dengan  tekak yang leceh dan suka pilih makaman ,sambil jalan cuci mata dan lepastu makan ! Lisa memang suka makan , walaupun cerewet sikit bab pemakanan . Hehhe bukan apa , perut sensitive sikit sekarang. So ,walaupon cakap makanan tu ada kapur atau takda ajinomoto ke apa memang Lisa leh detect . eh..bukan Lisa tapi perut Lisa . sebab tu kena jaga betul-betul , aset woo...
Korang boleh try juga .. Kedai makan DAPUR JW - kedai makan sedap terbaru di Kluang ni . Parking pun senang . Baca di Entri : Dapur JW 



CT Village CAFE , WESTERN and Eastern FOOD ,nahh kat sini ada menu makanan berat dan makanan ringan . Halal food cafe ini korang boleh makan makanan berat-berat seperti Asam Pedas ayam , Fish and Chip , Lamb chop , chicken chop ,nasi lemak dan banyak lagi . Atau korang nak ber Hi-Tea  pulak , boleh pilih menu  ketang goreng , Nugget , Keropok Lekor , dan menu special di hari Jumat,Sabtu ,Ahad .. PULUT MANGGA . Sedap tu ! Bukan senang nak cari penjual pulut mangga di Kluang ni tau .

Sampai di Cafe CT VILLAGE , Lisa cari tempat dan duduk and tunggu pekerja datang ambil order. Tak tau makan apa , maklumlah baru first time datang situ . Lisa duduk je tetiba ada seorang wanita yang duduk di meja yang sama dengan meja Lisa. Wanita tu ialah Puan Siti Rohana pemilik kedai makan CT VILLAGE. Pn. Rohana duduk dan tanya lisa nak makan apa . FUHH, first time dilayan sebegitu . Tempat makan lain mana ada yang buat macam tu kan ? duduk depan dan ambek order macam dah kenal bertahun tahun .  Tanpa banyak cakap dengan perut yang lapar, Lisa tanya je menu apa yang best di Cafe tersebut. Satu persatu dia sebut dan explain menu yang should be to try . Dan akhirnya Lisa pilih ASAM PEDAS AYAM dan FISH and Chip , air pulak Ais Fanta dan Teh o Ais (menu air yang wajib ada ) . Lisa jenis tak makan ayam , makan ayam kampung je sebab tiada ubat-ubat yang disuntikkan ke dalam ayam tu .
Gambar Puan Rohana mengambil order makan pelanggan. Haa.. bukan Lisa sorang je yang diperlakukan seperti itu, mostly pengjunjung disini akan di layan sebegitu .

Nasi putih Asam Pedas Ayam | Kuah asam pedas yang pekat dan masam-masam pedas. Memang sedap! terubati juga tekak Lisa . Biasa makan Asam pedas ikan , ini pulak try makan pedas ayam . Not Bad ... sebab lisa yang memilih dan cerewet bab makanan ini. Sedap la.. abes sampai tak bersisa .




Fish  And Chip | fish yang lembut dan sos blackpaper yang lazat. 

Air Fanta Home Made || Air Fanta ini pn Rohana buat sendiri . Memula ketika pn. Rohana sugest  Lisa tuk mencuba air Fanta , Lisa tolak !  sebab bergas kan . Tak suka . Tapi lepas dia bagitau yang Fanta ini buat sendiri jadi memang tak ada gas . Apalagi.. Lisa try la. Rasa yang sedap ! Rasa fanta tapi tak da gas. Total harga untuk semua makanan berjumlah rm 16.90 . Murah bukan ? dan ya.. Lisa makan sensorang. Jangan terkejut .. sebab tak padan badan kecik tapi nafsu makan banyak...

Tadaa.. Dah habis makan .. Berbual-bual sekejap dengan mereka. Yang dua orang ini anak-anak Puan Rohana. Comel-comel kan ? diorang  pun murah senyum , seperti mak diorang. Best makan disini . Korang try la datang dan makan disini .. konfem nak datang lagi . Dan gambar Lisa yang mula-mula diatas tu pn Rohana yang tolong snap, susunan makanan pun dia yang tolong susunkan agar nampak cantik time Lisa bergambar depan makanan.

Nama tempat ini : CT VILLAGE CAFE WESTERN AND EASTERN FOOD 
ALAMAT : Kluang Parade , Tingkat 1 . (Belakang mesin ATM ) 
Bussines hours ; 12 PM sampai 10 PM  
OWNER ; Pn . SITI ROHANA ( https://www.facebook.com/siti.rohana.50
BUKA dari Selasa sampai AHAD . HARI isnin Cuti.

Korang kalau datang sini makan jangan lupa ajak Lisa , dan lanje sekali eh =p 

10 ulasan

Salam Lisa..BW ke sini

wahhh macam menarik tgk asam pedas ayam tu..menggoda..

Ok dah kecur air tengok makanan tu semuaa :)

dap dap ni,,, nanti bawak mimin aeh. hihi

lisaaa..nnt akk pegi sana..lisa lanjer tau hahahahah..terus call lisa nnt LOL

Nak g! Jom lisa! :P


EmoticonEmoticon