Ad

KFC TAK JUAL MILO ?

KFC Tak Jual Milo ?
KFC TAK JUAL MILO ! || KFC telah membuatku kecewa sungguh teramat kecewa !!! Apa yang sebenar berlaku dan membuatku kecewa ? sebab KFC tak jual MILO ! aik.. betul ke ? Yalah.. betul lah KFC tak jual milo saiz besar . Sama ada salah staff itu atau salah KFC ! kesian sungguh budak yang kehausan . Mungkin sebab budak yang beli kot sebab tu tak bagi saiz besar.

Masalahnya tempat Lisa tu memang jauh dari kedai makan. Kalau dekat better dah beli di kedai makan je milo ais tu . Dah yang ada KFC sahaja yang terdekat maka aku suruhla budak pi beli. Tak jauh, jarak 4kedai je dari tempat kerja Lisa. Kesian budak kehausan dan kepedasan dek kerana makan maggie . Lisa bagi duit rm50 sekeping dan note kan  MILO LARGE 2 . Nampak staff tu ambil order dan kemudian ambil cawan besar dan tuang dalam cup besar saiz Large . Tapiiii kemudian manager cakap dengan dia tak boleh jual milo saiz besar disebabkan MAHAL. Pekerja KFC terus menukar cup tu kepada saiz Regular.

HELLOOoo ... Bukan kira mahal , sebab budak-budak dah kehausan nak minum milo. Kalau tak da menu tu jangan la cakap ada . Pastu tak reti minta maaf dan just cakap tak jual milo besar. Tak kan nak bagi minum pepsi kot . Haih.. kesian budak. baru minum berapa sedut sahaja dan habis milo tu . Beli dua yang minum ramai orang . Nak patah balik ? bukan larat budak-budak nak bawa milo banyak2. Tertumpah kang tak pasal-pasal rugi tak jadi minum .



Disebabkan tak puas hati , maka Lisa tanya la kawan lisa yang supervisor kat KFC . Memang tiada saiz Large dah. Dulu ada jual ,sekarang tak ada jual sebab mahal. OK. . Kalau tak ada jual , bagitau awal-awal. Tak da budak tu rasa kecewa dipermainkan oleh pekerja KFC. Manager KFC pon satu , dah berdiri sebelah tu tak nak bagi tau awal-awal. EH.. memang menu KFC staff tak tau and tak hafal ke ?? Lain kali kena belajar betul-betul. Tak dan nak patah balik beli semula milo tu . Terpaksa menahan kepedasan dan kehausan budak tu . Yang paling kesihan mimik muka budak-budak macam tak puas ati . 



5
( Hide )
  1. bertabahlah... kdg2 juge sesetengah tempat depa campur air banyak sangat sampai hilang ke 'kaw' an milo tu...

    ReplyDelete
  2. Nnt kalau pi KFC Bonde nak survey yea... Nak compare story Lisa ni... betul ke KFC x jual Milo Large...

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo