Karena Rm32,000 punya pasal !

Karena RM32,000.00 Punya Pasal ! || Manusia hanya merancang ,Allah yang menentukan . Macam tu lah dengan perancangan Lisa yang " gagal " dan terpaksa akur untuk menunda pergi ke Family Day #Kelabbloggerbenashaari di Hululangat Selangor. Sedih beb, diorang dah berada disana ! Dah have fun.. saya disini melukut ditepi gantang tengok diorang post gambar and posing-posing. Huwaaaaa !! Nangis sambil gigit daun jambu batu  . Iyalaah ,mana tidaknya ... hari ini tiba tiba ade announchment kena pergi training . Whatt ??!  Haha big boss dari HQ turun. Ada training mengenai $$$ threshold Company. Ada perubahan, seperti perombakan kabinet gitu  . Bermula bulan depan,mungkin lebih senang tapi semoga tak ada masalah  la. 

This is kak Farah, our trainer. Dia yang pegang account hal ehwal keuangan untuk area shouthern. Kak Farah yang briefering kami. Lisa memang tak nak pergi pun, sebab cirit birit dan lembik je badan. TAPI T.M yang jaga area sini,paksa Lisa datang juga. Siap ambil Lisa tau! Nak tak nak memang kena pergi la. Sampai di FOD celcom, semua yang datang Chinese. Haha...  kecuali Lisa,T.M abg J and kak Farah. Nasib baik la Lisa tahu cakap mandarin , paham la diorg dok pot pet potpet apa. Rm32,000 punya pasal la ni. Apa tu? Biarlah rahsia. System dah tukar... hmm hmmm hope kes 5 tahun lepas settle dan yang pasti bukan MLM ! . 

Datang,meeting dan training. Lepas tu ada exam . Ok la.. tak makan masa banyak tapi lepas tu borak borak panjang tu yang jadi lambat. 

Patut la semalam nak kemas bag pun , tertidur. Pastu semalam petang perut wat hal,cirit birit sampai sekarang tak ok lagi. Pergi meeting celcom ok la pulak ! Huh!  Nak cakap dengan Boss pun mulut terkunci je. Hari ini baru berani cakap dengan boss itupun melalui whatsap ! Memula bagi guna bahasa English ,seen tapi tak terbalas. Terpaksa gigih google translate and sent message bagi tulisan mandarin. Seen je tak terbalas. Hahahah kecik ati Lisa ! 

Disebalik semua yang dah berlaku.. ada perancangan dari-NYA . Dan tak tahu kenapa ati ini rasa berbunga-bunga je malam ini. Semoga esok mendapat berita yang menggembirakan hati cik Lisa ini. 


2 ulasan

InsyaAllah ada rezeki lagi lain kali kita jmp ye lisa


EmoticonEmoticon