MENJADI WAITERS KEDAI MAKAN THAI

MENJADI WAITERS KEDAI MAKAN THAI | Seminggu sekali atau dua kali memang biasa Lisa akan makan di kedai makan pebret saya iaitu DUANG DEE .Pemilik kedai makan tu berasal dari THAILAND , dan menikah dengan orang kelantan. Menu kegemaran Lisa , Nasi putih , daging blackpaper , sayur kailan ikan masin dan minum teh o ais (total rm10.40) . Sedap woo... pekerja pun ramah , akak tu pun murah senyum . Harga ? standart makanan , tak mahal. Terkadang dia bagi discount kat Lisa kalau tak ada duit siiling .

Alkisahnya , time selepas Lisa makan dan bayar di counter... datanglah 2 uncle cina . Waiters nak ambil order , eh uncle tu tak tahu and tak paham nak cakap melayu . Dari tutur bahasa uncle tu , seperti bukan orang tempatan . Akak pemilik kedai tu , cakap english dengan uncle tu . Sama juga.. tak paham. Uncle tu tahu cakap mandarin sahaja. Aiyork.! selepas memperhati.. Lisa mendekat ke uncle tersebut dan  tolong la bercakap dengan uncle tu , tanya nak makan apa, explain menu apa yang ada di kedai itu layaknya waiters kedai makan tersebut. Hahaha.. Uncle tu minta tolong totalkan sekali harga makanan tu. Dan settle la semua , Lisa balik la.. sebab dah lambat .Nasib baik la uncle tu paham , dan Lisa reti cakap dengan dia. Kang jadi macam itik dengan lembu bercakap. Takut ja uncle tu tak paham , sebab Lisa bukan sekolah di sekolah cina pon. Hahah tahu cakap pun semenjak kerja ditempat yang sekarang ini.

Meh dengar Lisa bercakap dalam bahasa mandarin.


 *kailan ikan masin .. tak lengkap kalau tiada sayur dalam makanan. Saya suka makan sayurr...hehehe.

 Walaupun ditempat kerja Lisa memang malas menggunakan bahasa mandarin , tapi dalam kes macam ini perlu la juga bercakap untuk tolong orang lain.



4 ulasan

sedappp nye T_T
*puasa la pulak harini*

singgah sini :) boleh tlg jwb soalan kat --- http://emyyyyemyyyy.blogspot.com/2015/08/saya-ada-soalan-boleh-tolong-jawab.html hehehee mekasih

huwaaaaa..... seronokkkknyaa jd lysa....

pandai cakap mandarin..bagusss. susah nk kena tipu..hehe

jemput singgah www.maisarahsidi.com

kelebihan orang yang tahu banyak bahasa... hehehehehe..
tak pasal-pasal dapat bantu uncle tu kan... :)

bagussss... bagusss... *tepukan gemuruh*
hihihihihiii...


Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)


EmoticonEmoticon