KFC MASAK MERAH RICE WRAP

KFC MASAK MERAH RICE WRAP | Mungkin kalian dah pernah nampak iklan di TV , surat kabar mengenai menu baru dari KFC . Yaa... KFC masak merah rice wrap. Pastinya kalian tertanya-tanya Agak-agak apa rasanya eh ? Sedap? Pedas ? rasa original ?

Disebabkan hujan lebat, maka Lisa pilih la makan tengah hari di KFC. Sebab satu deret dengan tempat kerja sahaja. Tak perlu jalan jauh-jauh. Masuk sahaja baru teringat yang KFC dah keluarkan menu baru iaitu KFC Masak MERAH Rice Wrap. Terdapat dua set , satu set Jumbo dan satu lagi Set Jimat. KFC Masak Merah Rice Wrap , menyajikan antara Nasi , Timun, Tomato , KFC dengan ayam masak merah yang pedas yang di wrapkan dengan tortilla bakar. Untuk JUMBO SET  : KFC masak merah rice wrap +  Air seven-up dan crispier fries harga rm 8.90 . Untuk yang Jimat set : KFC masak merah rice wrap + seketul ayam +crispier fries +air pepsi boleh didapatkan seharga rm9.45 .




Mengenyangkan dan memang sedap ! rice wrap dengan ukuran yang JUMBO mana tak kenyang  nya. Hahaha... Rasa KFC Masak merah rice wrap tu pedas, gigitan pertama terus terasa dalam mulut . Rasa nasi ,sayur dan ayam yang pedas. Menu baru KFC ini baru dikeluarkan 3 Ogos , Jom la serbu KFC jangan sampai terlepas peluang menu promosi dari KFC ini. 

4 ulasan

Baru try semalam.. sedap.. not bad juga rasanya..

Waduhh, nampak sedap. Boleh try jugak la nanti :)

Dah lama x mkn kfc..dah ada menu baru

Wow. Memang nampak sedap! Semalam jalan² lalu KFC. Memang rasa nak makan benda ni tapi takut tak sedap. Hihi. :)


EmoticonEmoticon