JADUAL PENGHANTARAN POSLAJU RAYA AIDILFITRI 1436H

 JADUAL PENGHANTARAN POSLAJU RAYA AIDILFITRI 1436H | Raya pun dah tinggal seminggu lagi. Seperti hari cuti perayaan sebelum ini pastinya perkhidmatan pos laju akan dibanjiri dengan berbagai barangan untuk dihantarkan peniaga kepada customer . Bagaikan cendawan dimusin hujan , memang akan penuh dengan customer yang beratur untuk mengeposkan barang di counter pos laju. Bahkan sampai beratur keluar pintu pejabat pos laju. Wahh banyaknyaa.... !

Tengok.. berbakul-bakul barangan yang ingin mereka hantar. Berpanas berpeluh beratur diluar . Aiyark.. Nasib baik la ade orang tolong saya pos kan. Hehe.. Pos laju telahpun mengeluarkan notis sebagai berikut :

Pengumuman POS LAJU :
TARIKH AKHIR PENGEPOSAN ITEM POS LAJU SAMPENA PERAYAAN AIDIL FITRI 1436H 

Para Pelanggan Yang Dihormati , 

Bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri 1436H, pelanggan adalah dinasihati supaya membuat pengeposan item perayaa untuk destinasi dalam negara sebelum atau pada 10 Julai 2015 . Ini bagi membolehkan  Pos Laju membuat serahan kepada penerima sebelum 16 Julai 2015.

Untuk makluman , serahan bagi item Pos Laju yang di pos selepas 10 Julai 2015 hanya akan dilakukan mulai 20 Julai 2015 . Walau bagaimanapun Pos Laju tetap menerima pengeposan sehingga 15 Julai 2015.

Sila layari www.poslaju.com.my untuk makluman lanjut.

Jadi banyakknya item yang dihantar membuat barang yang kalian order akan sedikit lambat sampai ke tangan kalian. Barang terjejas kerana banyaknya barang yang ingin diposkan. Bersabar ya :D

1 ulasan:


EmoticonEmoticon