HADIAH RAYA DARI CELCOM

 
HADIAH RAYA DARI CELCOM |Puasa telah pun sampai hari yang ke 21, lebih kurang seminggu lagi dah nak raya. Bagaimana persiapan kalian untuk meraikan hari raya aidilfitri tahun ini? Dah beli baju baru ke? Kasut baru ke? 

Untuk Lisa,tahun ini sedikit kurang semangat untuk menyambut hari raya . Kurang bersemangat apalagi barang-barang Sekarang ni semuanya naik. Haish..Bukan tak boleh beli.. Tapi tengok baju tahun lepas elok je lagi. Yelah.. Baju raya pakai sekali je. Lepas tu simpan dalam almari. Hahahaha.nasibla badan ni maintain je.. Masih boleh pakai lagi. Tak perlu la kan untuk bazirkan duit beli baju raya.Hurm
jimat seboleh bolehnya. Kos hidup Sekarang Makin meningkat pulak tu. 

Hari ini datanglah orang celcom jumpa Lisa. Yay bagi kupon makan di Pizza Hut. Mungkin tahun ini celcom untung lebih.. Sebab tu bagi rezeki kepada orang-orang kecik macam kami . Bos pulak dapat kain pelikat. Hahahaha.. Bos chinesse ..perempuan.! , nak buat apa  kain pelikat tu. Hahahahaha...  Semua authorized dealer dan staff memang dapat kain pelikat dan kupon Pizza Hut tersebut. 
Disebabkan lady boss memang tak akan pakai kain pelikat itu.. Hehe jadi Lisa ambil la kain itu. Yay dapat rezeki berganda! Bonus beraya tak dapat lagi. Kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat tak ada rezeki lew. Almaklumlah Boss Lisa ni chinesse jadi biasa bonus raya cina lagi banyak dari bonus aidil fitri. 

Bonus kalian dah dapat ke ? 

3 ulasan

Alhamdulillah! Jadi lah kan, siapa nak bagi benda free time2 macam ni kan. Eh..nak juga hadiah dari celcom :)

boleh buat shawl kain pelikat tuuu....lawa gak


EmoticonEmoticon