Resepi Mudah Jus Kurma

Resepi Mudah Jus Kurma | Time-time macam ini dibulan ramadhan pastinya kalian sedang sibuk mempersiapkan juadah untuk berbuka . Atau.. sedang berjalan-jalan di bazar ramadhan untuk memilih dan membeli mana juadah dan menu berbuka puasa untuk hari ini. Atau mungkin sedang terjebak dalam trafik jam di jalan dalam perjalanan pulang kerumah . Alalalaaa kesiannya . Bersabar ya .. sabar itukan sebagian dari iman. Hehehe..

Hari ini Lisa ingin share minuman yang berkhasiat dan terbuat dari buah sunah rasul iaitu Kurma (Date ) . Cuba kalian try pasti akan ketagih ! Jus kurma , minuman yang mampu mengenyangkan dan menyegarkan ketika berbuka puasa. Sambil minum tu nanti tengok la muka saya , mesti bertambah manis.. (hehe yang ini perasan )

Jus Kurma , boleh minum ketika sahur ataupun berbuka puasa. Kerana Jus Kurma mampu memberikan tenaga untuk tubuh kita. Urrmm nyummi .. ase nak terliur dah ni .. kecur lidah !



Resepi Jus Kurma : 
Bahan-bahan :
* 20 biji kurma
*500 ml air suam
* Madu

*Ais Batu

Cara pembuatan Jus Kurma : 
1. Ambil 20 biji kurma dan asingkan biji dengan buah kurma tersebut. Masukkan dalam bekas untuk diblender. Masukkan 500 ml air suam . Dan tambahkan 3 sudu madu . Blend sampai halus. Siap !
Tambahkan air batu untuk penyegar. Nyummiiee..

Hidangkan ketika masuk waktu berbuka puasa . Jom try.. Simple dan bahan-bahan yang mudah didapatkan. Sehat dan sentiasa bertenaga walaupun puasa.




3 ulasan

Menarik tp mesti manis kan...heheheh

Assalamualaikum Hai,Bonde blogwalking kat sini.

Exchange Feed Group ada menganjurkan http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 ,
Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

Terbaik boleh la cuba buat sendiri lepas ni...


EmoticonEmoticon