PENJARA Lelaki Tak Solat Jumaat

 PENJARA Lelaki Tak Solat Jumaat  | Menunaikan solat Jumaat ialah wajib hukumnya untuk lelaki yang sudah baligh dan juga diberi kemampuan untuk mendirikan solat Jumaat. Kecuali sakit, musafir , takut dizalimi, dan hujan . Sekarang ada negeri yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti seperti Johor, Kelantan , Kedah dan Teregganu.. Ianya bukan halangan bagi kaum llaki untuk mendirikan solat Jumaat. Tapi kan.. seperti yang kita nampak.. time untuk solat Jumaat tapi masih ada sahaja orang lelaki yang berada diluar atau melepak kedai makan dan pusat hiburan atau di Shoping kompleks .

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)
dipetik dari Sinar harian  , Bermula 1 June 2015, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaik, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata, mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 Semoga selepas ini negeri-negeri lain pun akan mengikut juga. Sila jangan ponteng-ponteng ya .


3 ulasan

setuju sgt...diaorang ni buat lalai je..bila disuruh katanya...baju busuk la.tak sempta balik mandi la..alasan tak munasabah langsung..tapi ada gak pihak majikan yang buat sistem giliran..tak ok rasanya sebab solat Jumaat ni wajib.kita sebagi Umat Islam ada hak nak berjuang demia agama...

bagus laa ada sistem macam ni, sikit2 dpt bantu depa p solat jumaat. takde laa lepak dalam bangunan pastu tdo..

setuju dgn hukumann ni.. baru lah ramai yg p solat jumaat


EmoticonEmoticon