Salah Masuk Toilet Lelaki

Salah Masuk Toilet Lelaki |Semua orang pasti  pernah buat kesalahan baik disengaja ataupon tidak disengaja. Kesalahan yang membuat penyesalan atau kesalahan yang membuat malu. Malu bertanya sesat ditandas eh di jalan... Dan ianya berlaku pada Lisa hari ini. 

Dalam perjalanan pulang Selepas menghabiskan waktu berjalan-jalan cuci mata di Johor Bahru city Square , kami singgah di Petronas untuk pinjam toilet. Hehe.. Kawan Lisa didepan dan Lisa ikut dia dari belakang. Fikiran Lisa memang tgh mamai sebab baru sedar dari tidur , jadi ikut je la dia masuk tandas . Lisa tengok dia dah masuk dan kunci pintu dari dalam,dan Lisa tengok ..apasal pelik sangat tandas ni Kenapa tiada cermin panjang dan besar seperti kebnyakan tandas perempuan? Kenapa ada mangkuk kencing berdiri ? Eh macam tandas lelaki je.. haa.. terpandang tandas perempuan ade kat depan. Wuuu salah masuk tandas rupanya ! Cepat-cepat Lisa kuar dari tandas lelaki dan masuk ke tandas perempuan. Hahaha nasib baik la takda lelaki dalam tandas tu,konferm lagi malu gila kalau tersempak lelaki tadi  

Seumur hidup baru pertama kali tersilap masuk toilet lelaki. Arghh.. sampai dalam kereta, kawan Lisa yang dah terlanjur masuk dalam tandas lelaki tadi tanya lisa,samaada lisa terasalah masuk jugak ke. Haha kami pon gelak dalam kereta. Ape dah... tak tahan nak buang air sampai tak nampak tandas milik lelaki atau perempuan. Biasa tengok dalam drama tV jem.eh hari ini terkena kat Lisa pulak.

" Jalan Angsana Dengan Kawan 
Lepas guna jangan lupa jiruskan "

Ternampak Pantun dalam tandas tu. 


EmoticonEmoticon