Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Ke-5 [Gambar]

Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor Ke-5 [Gambar] | 23 March 2015 bersamaan 02 Jamadilakhir 1436H telah pun berlangsung Istiadat Kemahkotaan  Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor yang ke-5 Dalam sejarah Johor Moden. Adat istiadat itu berlangsung di Istana Besar Johor Baharu. Dalam IStiadat itu ,Mufti Johor akan meletakkan Mahkota kerajaan keatas Jemala  (Kepala ) Tuanku Sultan dan Mahkota Permaisuri keatas Jemala (Kepala) Permaisuri Tuanku Sultan diikuti dengan bacaan doa kesyukuran . Beberapa jalan pun telah ditutup untuk raptai istiadat Kemahkotaan. 

Kerajaan Negeri telah mengumumkan iaitu hari Isnin 23 Mac 2015 bersamaan 2 Jamadilakhir 1436H sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Johor bagi memberi peluang untuk rakyat Johor bersama-sama meraikan Majlis Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor yang akan berlangsung di Istana Besar Johor Bahru.






Mahkota Kerajaan , Mahkota ini ditempah di London pada tahun 1886 daripada syarikat J.W Benson yang terkenal sebagai sebuah syarikat yang mmbuat barangan kemas raja british . Mahkota ini seberat 1.6Kg dan reka bentuk oriental mengikuti kebudayaan timur ini dibuat dari Logam yang berharga bertahtakan Batu permata yang berbeza ukuran dan bentuk , antaranya : Enam biji berlian Besar, TIda biji batu delima merah, Empat batu zamrud besar, dan empat biji batu nilam biru besar. Balang mahkita mengandungi 1450 biji berlian kecil,bulan dan bintang bersalut dengan berpuluh berlian kecil .Mahkota ini merupakan ilham dari Almarhum Sultan Abu bakar ibni Alamarhum Temengging Daeng Ibrahim ,Sultan Johor yang pertama dalam sejarah Johor Moden . 

Mahkota Permaisuri ; mahkota yang digunakan oleh suri kepada  Tuanku Sultan dan bentuknya sedikitkecik dari  Mahkota Kerajaan . Mahkota ini telah diperbaiki dan diubah oleh almarhum Sultan Ibrahim (Sultan Johor ke-2) tahun 1925 dengan mengadakan lima biji berlian besar 18karat setiap satu. Almarhum Sultan Ibrahim juga telah menambah alat kebesaran ini dengan mengadakan seutas rantai atau kalung yang mengandungi 671 butir berlian dan sebuah Tiara dibuat dari emas putih bertahtakan berlian.

Daulat Tuanku  Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
"Allah Peliharakan Sultan " .

Dan berikut ialah Jadual Kunjungan Sultan Johor kedaerah-daerah Johor. 




NO. Nama MajlisTarikh Lokasi
1Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Johor Bahru28 Mac 2015 (Sabtu)Padang Awam Gelang Patah, Johor Bahru
3.00 Petang
2Perasmian Masjid di Permas Jaya3 April 2015 (Jumaat)Permas Jaya, Johor Bahru
12.45 Tengah Hari
3Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Kluang4 April 2015 (Sabtu)Laman Tasik Kluang
3.00 Petang
4Persembahan Tatu ATM4 April 2015 (Sabtu)Stadium Kluang
8.00 malam
5Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Batu Pahat5 April 2015 (Ahad)Stadium Batu Pahat
3.00 Petang,
6Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Pontian7 April 2015 (Selasa)Stadium Mini Pontian
3.00 Petang,
7Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Mersing9 April 2015 (Khamis)Perkarangan Pejabat Majlis Daerah Mersing
3.00 Petang,
8Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Kota Tinggi14 April 2015 (Selasa)Padang Bukit Kerajaan, Kota Tinggi
3.00 Petang,
9Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Kulaijaya16 April 2015 (Khamis)Perkarangan Pejabat Daerah Kulaijaya
3.00 Petang,
10Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Muar18 April 2015 (Sabtu)Dataran Tanjung Emas, Muar
3.00 Petang,
11Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Segamat19 April 2015 (Ahad)Dataran Segamat
3.00 Petang,
12Jamuan Teh Rakyat bagi daerah Ledang20 April 2015 (Isnin)Dataran Ledang
3.00 Petang,


EmoticonEmoticon