PELAKON DRAMA HATI PEREMPUAN [TV3]

PELAKON  DRAMA HATI PEREMPUAN [TV3]    | Drama Teman Lelaki Upahan telah pun berakhir minggu lepas, Hari ini pula akan hadir menemani kalian Drama Hati Perempuan , yang akan ditayangkan di TV3 Slot Akasia setiap Isnin sampai Kamis pukul 6.55 petang . Bagaimana jalan cerita ? agak-agak menarik tak? hehehe.. Macam menarik dan best je .Tak sabar rasanya tunggu pukul 6.55 petang nanti ,.

Jom kenal deretan pelakon yang tersenarai dalam drama Hati Perempuan TV3 petang ini

PELAKON / ARTISWATAK
Syarul Ridzwan - Tengku Zaril
Mia Ahmad - Yuhanis
Hafreez Adam - Daniel Idrus
Hafeez Mikail - Tengku Zarul
Nadzmi Adhwa -Tengku Zaqif
Bella Nazari -Tengku Amalin
Ishak Hasimi -Tengku Ishak
Zuhairie Ibrahim -Tengku Hazimi
Noniswara - Tengku Durahtul
Mustaqem Bahadhon -Syed Ammar
Azlan Azman -Nazim
Beego - Umar
Niena Baharun -Maisara
Azhar Sulaiman -Tuan Izuddin
Lia Asmizza -Edrina
Hazwan Halim - Jefry
Kuna Muzani - Safiah
Ryiena Ismail - Umairah
Khatijah Tan - Puan Sri Khadijah
Aidil Aziz - Nizam
Hanafi Rahman -Yazid
SINOPSIS DRAMA HATI PEREMPUAN

‘Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya’
Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?
“Kenapa ni?” – Tengku Zaril.
“This is yours?” – Yuhanis.
“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” – Tengku Zaril.
“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” – Yuhanis.
“I proposed you, Cik Yuhanis.” – Tengku Zaril.
Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.
“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” – Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” – Yuhanis.

Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yuhanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?

1 ulasan:

InshaAllah best..sebab baca dari novel tak klise mcm novel2 lain..


EmoticonEmoticon