Episod Akhir Teman Lelaki Upahan

Episod Akhir Teman Lelaki Upahan | Wah... tak terasa dah sampai penghujung episod 28 akhir drama Teman lelaki Upahan. Lisa memang tengok dari awal sampailah episod semalam. Memang best la cite tu. Jalan cerita yang menarik, dan dilakonkan oleh pelakon yang memang membuat para penonton bercampur rasa antara marah , gembira,sedih dan kecewa.
Baimana kesudahan drama Teman Lelaki Upahan ? apakah El akan bernikah dengan Kyra Lydia ataukah dengan Zara , akak ipar EL   ?

Jangan lupa saksikan Episod Akhir petang ini 26 March 2015 Drama " Teman lelaki Upahan " Slot Akasia di TV3 , pukul 6.55Petang  .


Pelakon Utama dalam Drama  Teman Lelaki Upahan
Ungku Ismail Aziz – EL
Siti Elizad Sharifuddin – Kyra Lydia
Wan Raja – Yazeed
Izara Aishah – Zara

Pelakon Pembantu Teman Lelaki Upahan
Fikree Bakar – Haidar
Sharifah Aleysha – Sofia
Shah Iskandar – Fareez
Mahmood Ali Basher – Tan Sri Omar
Dian P.Ramlee – Puan Sri Sanisah
Rahhim Omar – Datuk Azham
Zarynn Min – Datin Izzaty
Azhan Rani – Malik
Fazlina Ahmad Daud – Azlina
Ajoy Pradoks – Adam
Elya Miera – Adeline
Nor Azirah Alyani Awang – Camie
Siti Zakiah – Najwa
Babyrenn – Elena

Pelakon Undangan Istimewa Teman Lelaki Upahan
Katijah Tan - Madihah


SINOPSIS : Drama 28 Episod ini mengisahkan mengenai Kyra Lydia yang terdesak untuk mencari lelaki sebagai teman lelaki upahannya. El dilihat sebagai calon sesuai untuk Kyra mendapatkan harta Datuk Azham dan menjadi pemilik Casa Furniture.

El bersetuju dan banglo putih milik Kyra di Cherating menjadi pertaruhannya. Semakin lama berdampingan dua hati yang berpura-pura saling jatuh cinta tapi hakikatnya cuba dinafikan.

Pada saat El bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian yang datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam.

Keluarga El ditimpa kemalangan yang telah meragut nyawa ayah dan abang long serta membuatkan Sofia lumpuh. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

Rasa cinta El yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam setelah Kyra membatalkan perkahwinan mereka. Masihkan ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam El yang membara terhadap dirinya?

Drama yang diadaptasi dari novel karya Azura Rasiddin dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusof dan Idora Abdul Rahman ini turut dilakonkan oleh Fikhree Bakar, Izara Aishah, Wan Raja, Sharifah Aleysha, Dian P. Ramlee, Zarynn Min, Adik Alleeya, Shah Iskandar dan ramai lagi.




EmoticonEmoticon