Baiknya Tauke Kedai Ubat Ini

Baiknya Tauke Kedai Ubat Ini | Semalam balik kerja agak lambat sikit ,sebab perlu settelkan apa yang patut. Dah masuk area taman, baru teringat nak beli ubat sakit kepala. Akhir-akhir ini memang selalu sakit kepala, mungkin sebab cuaca panas kot. Dan aku putuskan untuk berpatah balik ke jalan tempat kedai ubat tu . Nak pergi farmasi beli? Jauh Lee.. 
Sampailah Lisa di satu kedai ubat YONG HE , tapi.. kedai tu dah tutup. Nampak tauke tu sedang lock mangga di pintu pagar kedai tu. Lisa try tanya lah 

"tauke,sudah tutup ka?alamak.. saya nak beli ubat la . Boleh? 
"Oo lu mau beli ubat apa, sekejap saya buka semula " 

Alhamdulillah,dengan baik hati uncle tu buka kedai tu semula . Dan kemudian menggambil beberapa ubat yang Lisa nak beli. Baik tauke tu, kalau orang lain mungkin tak nak buka lagi dah dan suruh datang esok. 

Macam panadol tapi bukan.. kegunaan sama je ilangkan sakit kepala. Tapi bezanya.. makan ubat ini.. 1pil dah cukup. Nti berpeluh2 badan,esok dah sehat. Sebiji rm2.40 .

3 ulasan

ubat kedai cina mmg berkesan, tp agak 'panas' la

ho.. ubat kedai cina ye.. kalau berkesan takpelah.. kita pun taknak sakit kepala or demam lama lama kan..

bagusnya.baiknyer hati dia.kalaulah semua peniaga pun mcm tu, alangkah indahnya


EmoticonEmoticon