Ad

PROFITEROLES , KFC PREMIUM DESSERT

PROFITEROLES , KFC PREMIUM DESSERT , KFC.
PROFITEROLES , KFC PREMIUM DESSERT |Awalnya nak beli Udang'' Crispy Prawn " menu KFC , tapi dah habis tempoh promotion pulak. Dah tak ada menu itu, kalau tak.. sehari boleh makan 8 ketul udang crispy tu ha. Pebret kot , suka sangat makan udang . Dan kemudian staff itu menawarkan menu baru di KFC , Profiteroles , Tiramisu dan Tartufo . Pekerja KFC tu sugest Lisa untuk mencuba PROFITEROLES. 

walaupun beberapa masa yang lepas Lisa pernah menyenaraikan KFC dalam Blacklist restoran sebab KEBERSIHAN KFC MENGECEWAKAN ! namun Lisa berpindah ke KFC cawangan lain yang tempat tu lebih bersih. (hope tak jumpa benda pelik lagi ) . Puff Profiteroles ini lebih kepada makanan pencuci mulut, mengandungi puff yang ada krim didalamnya dan kemudian dilumuri coklat cair. Macam mana , tergiur kan ? Haha sebenarnya Lisa minat nak makan coklat tu sahaja. Puff memang kurang suka makan .Mula-mula ketika pandang gambar hiasan tu, ingatkan Kentang atau Chezee , sebab tu tak berapa minat dan selepas tanya barulah tau yang tu bukan kentang tapi PUFF. bukan Power puff gilrs ye.  

Harga Profiteroles untuk satu porsi rm5 , ade 3 ketul sahaja. Kenyang ke ? Dah namanyapon pencuci mulut ,tak kenyang mana .. kenyang dengan coklat. Nikmati suapan demi suapan puff yang masuk kedalam ,ditambah dengan krim yang meleleh dalam mulut. Pergh.. haha mesti terbayang dah kan makan Profiteroles by solo halia. Ntah kenapa ade halia terselit kat nama tu, walhal tiada halia pun dalam desert tu. 

Penggemar coklat dan puff boleh lah serbu KFC terdekat untuk menikmati PROFITEROLES By Solo Halia , makanan Desert yang disajikan oleh KFC . Jangan nanti dah tiada promosi tu baru nak tercari-cari, kempunan yang didapat nanti. 

1
( Hide )
  1. ramai cakap sedap. tapi belum cuba lagi. tgk pun dah tertarik. hehe

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo