Nasi Goreng Ayam FULL House

Nasi Goreng Ayam FULL House | Selamat petang !awan redup ditemani angin yang berhembus sayu dan menambah kesejukan dibadan . Nak cakap hujan , tak hujan pulak. Kalau panas,, matahari pun tak nampak . Petang macam ini makan pisang goreng panas-panas dan rangup serta ditemani dengan sambal kicap! pergh.. memang sedap dan menggugah selera woo.

Tapi entri kali ini tiada kaitan dengan pisang goreng atau Banana Chesse ! Nak cerita mengenai makanan juga tapi lebih kepada makanan berat-berat. Bukan makan batu atau pasir ye . Tapi makanan yang mengandung karbohidrat iaitu  Nasi Goreng  Ayam FULL House .

Apa yang menarik dari  Nasi Goreng Ayam FULL House ? FULL House nama kedai makanan itu , Nasi goreng yang sedap di sajikan dengan salad Sayur ( Lisa jenis memang suka makan sayur) . Dengan ayam goreng yang dilumuri dengan sos kicap yang telah dicampur dan rasa yang Marbeles. Ditambah pulak dengan desert acar timun dan juga buah ! Sedap woo.. harga pun boleh tahan murah. Dan yang penting apa ? Biasa kalau beli nasi atau apa-apa makanan , selalunya akan masuk dalam polisterin dan nasi and ayam atau sayur akan bercampur betul tak ? Di kedai ini dia menyajikan dengan bekas makanan yang ada bahagian masing-masing jadi nasi itu tidak bercampur dengan salad atau ayam . Lebih berselera kalau makan.

Ayam yang lembut dan tidak muak kerana minyak. Salad yang secukup rasa dengan acar timun yang masam-masam manis dan juga buah yang fresh  , sajian yang menarik memang menggoda sesiapa sahaja yang melihat dan mencium bau Nasi Goreng Ayam FULL House ini.

Kedai ini berada di jalan Duku , Kluang -Johor dan merupakan tempat strategiz untuk kalian sehingga mudah dan senang mencari tempat ini. Terliur dah ? Kalau singgah Kluang jangan lupa cari kedai makan ini. 

4 comments.. read them below or add one

Yana Nana Yana Nana February 3, 2015 at 7:46 PM
sedapnya.. masih fresh lagi sayur tu.. kak lisa makan nasi guna chopstik ke??.. Tak jatuh ke nasinya.

http://officalmissyana.blogspot.com/
Syira Lokman Syira Lokman February 3, 2015 at 10:33 PM
huarrhhhh ! buat lapaaaa....btw, suka header tu..lawa kot !
sensasi2020 sensasi2020 February 4, 2015 at 4:22 PM
Nampak sedap dan menyelerakan. Belum pernah rasa lagi nagi gordng full house. Kat Johor jauh la....kalau kat KL ada ke???
Nett Nett February 4, 2015 at 4:29 PM
Sedapnya lisa....erkkk....kat kluang ker...hohoho...jauhnya nak pegi....kat KL tak der ker..