[Video] Pemandu Lori Yang Zalim

[Video] Pemandu Lori Yang Zalim | Hancur hati pakcik ini, terkedu memandang apa yang menimpa kepadanya . Jalan tar yang hitam dibanjiri oleh darah.Memang tidak mempunyai perasaan pemandu lori yang zalim tu.

Apa yang  telah berlaku ? saksikan video dibawah ini..



Disebatang jalanraya kelihatan seorang pengembala kambing dengan sekumpulan kambingnya hendak melintas jalanraya yang kelihatan tenang. Namun sesuatu yang sangat mengejutkan dan tidak disangka-sangka telah berlaku.

Kelihatan sebuah kenderaan lain berhenti untuk memberi laluan, tiba-tiba muncul sebuah lori balak yang dipandu dengan laju terus melanggar sekumpulan kambing yang sedang melintas dan berada betul-betul di tengah jalanraya.

Maka menjerit dan meraunglah sang kambing yang kesakitan akibat rempuhan kuat itu.

Pengembala kambing bernasib baik kerana masih berada di pinggir jalan, jika tidak sudah pasti bersepai dilenyek tayar lori balak sepertimana kambing-kambingnya.

Walaupun kejadian ini berlaku di Rusia namun kejadian seperti ini boleh berlaku dimana-mana termasuk ditempat kita.

{ 7 comments.. read them below or add one }

Misya (Aimi Syahirah) Misya (Aimi Syahirah) January 22, 2015 at 2:08 PM
bodoh punya driver lori! kesian kambing2 tu haiwan tak bersalah. Apa masalah la org cmni takde perasaan. Mabuk agaknya.
tenku butang tenku butang January 22, 2015 at 3:02 PM
takut nak tengok video tu lisa, cukuplah sekadar membaca entri ni pun teman dah rasa nak nangis..
Azhafizah Md Nor Azhafizah Md Nor January 22, 2015 at 3:31 PM
boleh lak main langgar camtu je..teruk betul driver lori tu..
Amie Amie January 22, 2015 at 6:35 PM
Memang menyedihkan.... ada balasannya untuk pemandu tu nanti.
Saya dapat nombor yang cantik di sini... follower 567!