Ubat Gigi Menjadi Pelembab Muka

Ubat  Gigi Menjadi Pelembab Muka  | Lisa jenis yang kurang bermake-up untuk pergi kerja. Biasa bersihkan muka kemudian sapu dengan pelembab dan sedikit bedak powder supaya pelembab tu tahan lama . Walaupun tak suka memakai makeup , kulit muka perlu di jaga juga . Jangan biarkan wajah terdedah dengan UV matahari sekarang ini dengan cuaca yang begitu panas. Dan lisa memilih pelembab muka jenama Cosmoderm , alhamdulillah sesuai. Nak tahu lebih banyak ? nanti Lisa buat entri lain . hehe


Boleh ke jadikan Ubat Gigi sebagai pelembab muka?  tak rosak ke muka ? Kulit tak kering ke ?
Fungsi lain dari ubat gigi adalah ; Facial guna ubat gigi boleh je sebenarnya , tapi tak digalakkan.dan juga selepas tu basuh dan bilas sampai bersih le. Jangan la biarkan macam tu je kering kat muka.Menjadi kebiasaan, selepas mandi,cuci muka , kemudian gosok gigi ,Lisa akan touch up apa yang patut di muka Lisa seperti bersihkan muka guna pembersih muka , memakai pelembab , kemudian letak bedak powder .Settle , bibir takyah letak gincu dah sebab dah pink secara semula jadi. Hahaha.. (perasan) 

 Ok,, macam ni ceritanya , pagi tadi ketika gosok gigi ,, Lisa tak perasan yang ade sebagian ubat gigi tu tercalit di punggung tangan Lisa . Lepas je gosok gigi, lisa nak pakai pelembab yang mengandungi Vitamin E dari COSMODERM tu , Lisa tuang la sedikit ke tapak tangan . Kemudian calit ke wajah dan sapu secara rata. Nampak di tapak tangan ada cream yang mempunyai warna seperti warna pelembab tu .. maka Lisa calit la sekali kemuka bagian bawah mata. Selepas ratakan ke seluruh wajah , tiba-tiba terasa bawah mata sejuk kemudian mata pedih. Alamak, mesti yang ada kat tapak tangan ni ubat gigi. Bukan pelembab muka . Laju je Lisa ambil kapas yang dah letak cairan pembersih Pixy. 

Nasib  baik bukan sapu ke seluruh muka , Kalau tidak .. muka bertukar jadi pink nanti . 

1 ulasan:

hehehehe... baca kisah awak nie teringat masa zaman sy study dulu... pagi2 bangun tengah mamai-mamai, shampoo rambut guna shower gel, basuh muka guna ubat gigi.. lepas tu habis pedih...hehehe...


EmoticonEmoticon