SUAMIKU ENCIK PERFECT 10

SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 | Sebuah FILEM yang diadaptasi dari novel karya Syamnuriezmil "Suamiku Encik Perfect 10 "   ini ditayangkan bermula 22 Januari 2015 di pawagam terdekat. Mesti menarik kan, filem lakonan Lisa Surihani digandingkan dengan Aaron Aziz ini mampu memikat ramai penonton. Mana tidaknya ,, asik tiket sold out je kalau nak tengok movie ni. Semua orang berlumba nak jadi orang pertama tengok movie ini kot. Hehehe.. Sinopsis Suamiku Encik Perfect 10 seperti berikut :  

 " Pertemuan yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial.


Lakonan selama seminggu demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen telah memutikkan perasaan lain pula di antara mereka. Perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata dan kadang kala membuatkan masing-masing keliru.

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula cinta Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan."


 Pandangan Lisa setelah Review Movie Suamiku Encik Perfect 10 | Not bad lah .. seorang lelaki (Aaron Aziz) yang sanggup menyamar menjadi suami dari Aleeya (Lisa Surihani ) walaupun bukan istri yang sah . Dan cinta pun mua berputik setelah sekian lama bersama . Ketika Zarief memberitahu ingin memperistrikan Aleeya , dia menolak.. sebab apa ? haa.. korang  "TONTON Suamiku Encik Perfect 10 " la sendiri ya . Namun zaman sekarang ini masih ada lagi ke lelaki seperti Zarief ? Baik, penyayang , dan sanggup bertanggung jawap menutupi pregnen si gadis. Mungkin ada tapi seribu satu lah kan. Hahaha.. Dah.. dah.. kalian jangan nak berangan sangat ade Husband yang PERFECT 10 sangat. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna tanpa kesalahan ye , dan terimalah husband tu seadanya .Hidup saling melengkapi,barulah perfect kan.



EmoticonEmoticon