Ad

Kupon Letak Kereta Baru di Kluang

Kupon Letak Kereta Zon A , Kupon letak kereta terkini di Kluang
 Kupon Letak Kereta Baru di Kluang  | Bermula dari 1 Januari 2015 , kupon letak kereta untuk kawasan Kluang dah bertukar dari Zon A ke Zon B . Pertukaran ini disebabkan kerana syarikat dibawah naungan untuk  kupon letak kereta ZON B tahun ini dah tak ada. Jadi Majlis Perbandaran Kluang mengambil alih .

Cuti dah ikut dengan cuti negeri Johor iaitu hari Jum'at dan sabtu sampai pukul 5 petang . Hari yang lain , sama seperti biasanya . Kupon Letak Kereta Zon A sebelum ini digunakan di bandaraya Johor Bahru dan daerah-daerah lain. Sekarang Kluang dah bertukar menjadi ZON A , senang sikit tak da lah kalau pergi lain tempat dalam kawasan johor juga tapi kena beli kupon letak kereta yang lain-lain. Nanti kena saman , kena bayar juga.. ! rm30 je pon, rm30 kalau 30 hari dah RM900 woo.. Tahun ini akan bermula GST, kena berjimat cermat .


Tapi kan, Kupon letak kereta ZON B dulu baru rm8 sahaja , sekarang kupon letak kereta ZON A rm10 untuk 2 buku , setengah jam dan 1 jam . Beza RM2 .
0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo