Tidur Posisi Duduk ?

Tidur Posisi Duduk ?  | Kesibukan yang melanda dari minggu lepas tambah pula dengan keadaan cuaca yang setiap hari hujan membuat Lisa sakit kepala. Sebab stress, penat kerja , dan tak cukup berehat kot . Semalam nak pergi kerja pun macam ok , tapi sampai tempat kerja tetiba rasa mengantuk sangat-sangat. Kepala pun rasa berat. Hujan lebat , kerja seorang , sakit kepala ,, hurm memang satu pakej lah . 

Terlelap sekejap dalam 10 sampai 15 minute. Fuh.. duduk pun boleh tertidur. Lepas tu gagahkan diri untuk buka mata. Basuh muka dengan air untuk ilangkan ngantuk , namun GAGAL ! sekali lagi aku tertidur atas meja . Kali ni boleh tahan lama , dekat setengah jam Lisa tertidur atas meja kerja . Dan tetiba ada customer kejut aku. Bukan sengaja nak tidur, tapi memang sakit kepala yang teramat sangat .

Nasib baik lah meja counter ini tinggi, orang lalu lalang tak nampak yang Lisa dah mimpi sampai ke EUROPE. hihu.. dan customer tu paham yang Lisa sedang tak berapa sehat. Muka dah macam mayat , pucat . Pukul 5 petang , nak tutup counter and balik! TAPIIIII.... ade seorang pekerja dari klinik sebelah , tumpang duduk kat tempat sini. Huwa.. Dah jadi kebiasaan dia macam tu , tumpang duduk tunggu orang datang ambil dia balik kerja. Tak kan aku nak halau , walaupon aku ada hak . Namun tahan je lah sampai dia tak balik. Dan hari ini.. aku kena hujan ! selsema , bersin hidung meleleh-leleh sampai habis dah tisu 3 kotak. Nak buat kerja pun tak larat. Makan tak da selera , makan buah delima je lah hari ini. 

2 ulasan

sekarang musim hujan kan.. kat batu caves ni pon hujan.. dah laa sejuk macam musim salji plak..dah laa tak boleh slow kan aircond.. Grrrrr


EmoticonEmoticon