Luahan Hati Untuk Streamyx !

Luahan Hati Untuk Streamyx !  | Semalam kali ke3 Mawar call Customer service TM . Minggu lepas buat kes aduan mengenai telepon yang ada suara bising .Semalam pula aduan mengenai line internet yang putus-putus . Sudah dua minggu lebih mawar USB hotspot Handphone ke Komputer untuk buat kerja . Sebab ingatkan sebab hujan yang turun setiap hari jadi problem. Setelah sekian lama tak ok juga, Mood line internet tu macam period dah  , merah hijau terus mati jadi mawar ambil keputusan untuk buat aduan ke TM. 

Pagi tadi tehnisen datang dah ketempat kerja mawar. Lepas tu dia chek punya chek dia cakap nak  try tukar  wayar line kat main box kat luar tu . Lepas dari luar dia try semula ,masih tak OK ! unkle tu call HQ KL untuk shoutdown port ke ape entah aku pun tak berapa dengar sebab aku main enpon aku je . Hehehe. Dah downkan port tu dia try grafik semula , masih tak OK!  boleh guna - slow- kemudian putus. 


Dalam pukul 2 petang ada incoming call , aku jawap lah . Peliknya orang tu nak Book time untuk cuci and gunting rambut !! haa?? mula-mula mawar fikir mungkin aunty itu salah number , tapi dia call kali kedua dan tanya hal yang sama  semula  . Hati dah mula rasa macam ada yang tak kena . Dan mawar ambil telephone office tu untuk call number HP mawar. Dan ternyata... number yang keluar pada paparan skin tu tak sama ! bukan number office mawar. Hurm mesti ni kes tehnisen tadi tu salah tukar wayar . Dan nak tak nak aku buat aduan kali ke 4 dalam minggu dua ni . Menguji kesabaran betul . Haish.. ada yang baik je layanan , ada gak customer service TM yang macam nak tak nak je jawap aduan mawar. Masalahnya kalau ada customer nak call dan berurusan dengan mawar macam mana ? dan juga sebaliknya . Huwaaa..rugi.

Sebulan bayar dalam 2ratus ringgit  lebih tapiiii ??

2 ulasan

La.gitu pulak...huhuhu..
Payahkan klu nk bt keje xd line internet


EmoticonEmoticon