Ad

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia
Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia | SENIMAN filem melayu klasik yang lahir pada 1 Januari 1935, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi tadi Isnin, 15 Disember 2014. Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof,meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.

Berasal dari di Kuala Lumpur, Allahyarham Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof pernah menerima Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 dan Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.

Jenazah Datuk Mustapha Maarof
akan dikebumikan  di tanah Perkuburan Islam Ampang selepas zuhur sebelumnya jenazah  di sempurnakan dihospital dan disembahyangkan di masjid sentul.


Takziah kepada keluarga yang ditinggalkan .Dan marilah sedekahkan Al Fatihah untuk beliau ,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan orang beriman. 



sumber : Berita Harian

4
( Hide )

both
© all rights reserved
made with by templateszoo