Bungkusan Misteri Ke 2

Bungkusan Misteri Ke 2 | Banyak pula hadiah hadiah misteri semenjak dua ini. Terimakasih lah sudi memberikan hadiah kepada saya. Hehee.

Seperti biasa abang posmen datang dengan senyuman yang manis sambil menyerahkan satu nota untuk mawar sign kan keatas kertas tu sebagai bukti dah menerima barang itu. Baca nota yang tertulis di bagian pengirim, Serawak. Aik jauh bebenar . Tak dak pun kawan dari Serawak. Memang tak tahu sape yang bagi hadiah ini. Lepas tu, buka sampul pos tu. Nampak lah seutas gelang tangan pandora yang bertuliskan "Lisa" , wah ni mesti dari cik adik manis si Nina Nieyna !

Hahaha.. tak nak mengaku pulak tu dia yang bagi. Tapi dia tak pandai menipu.. sebab kantoi la jugak. Semalam dah terlepas cakap yang hari ini Mawar akan dapat sebuah hadiah. Dan beberapa hari lepas dia ada tnya saiz tangan. Nampak tak disitu kecuaian dia. Hahaa..

Comel gilak ! Heheh teringat aritu pernah gurau dengan dia yang Lisa nak gelang ini.
Terimakasih banyak-banyak ye Niena ! Susah susah je buat surprise and belikan hadiah untuk saya. Meh terjah awek ni di blog dia Di DISINI

3 ulasan

untungnye lisa ade org bagi hadiah misteri ^_^
comel plak tu ^_^

untungnya. sapa lah yang misteri tue kan? ke dah tau gerangannya? bukan si putera ke?


EmoticonEmoticon