Borang Online Permohonan UPU 2015/2016

Borang Online Permohonan UPU 2015/2016 | Permohonan ke UPU atau IPTA sesi 2015/2016 akademik akan bermula dari 19 Januari 2015 ,jam 12 Tengah hari sehingga 6 April 2015 , jam 12 Tengah malam. permohonan boleh dibuat secara online pautan http://upu.moe.gov.my atau link dibawah ini : 

Pembelian nombor unik ID boleh dibeli menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tarikh permohonan dibuka iaitu mulai 19 Januari 2015. Permohonan UPU sesi 2015/ 2016 terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM,STAM dan Diploma atau setaraf.

Cara Permohonan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online
Permohonan ke IPTA 2015/ 2016 mewajibkan calon untuk membeli nombor pin unik ID UPU di bank BSN mulai 19 Januari 2015.Nombor Unik ID tersebut boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)
Terdapat dua pilihan bagi nombor Unik ID yang boleh dibeli oleh pemohon dan pastikan mengikut kategori masing-masing iaitu
Kategori A : Lepasan SPM/ Lepasan SKM/ILKA
Kategori B : Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Diploma/Setaraf, Lepasan STAM, Asasi dan Matrikulasi
Nota: Harga unik ID bagi setiap kategori adalah berbeza

Syarat Program UPU Lepasan SPM dan Setaraf
-Warganegara Malaysia dan
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Syarat Program UPU Lepasan STPM dan Setaraf
-Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
-Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2014 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
-Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2014; atau
-Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2014 atau 2013; atau
-Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
-Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Tarikh Tutup Permohonan UPU 2015/ 2016
6 April 2015
Semakan keputusan UPU 2015/ 2016
Mei 2015

MAKLUMAT LANJUT ATAU PERTANYAAN
Bagi mengikuti sebarang maklumat lanjut ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman akaun Facebook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) di pautan DISINI 

-mysumber-


1 ulasan:

Musim permohonan UPU Januari 2015 ini


EmoticonEmoticon