Kaca dalam daging ,pernah rasa ?

. Kaca Dalam Daging , Pernah rasa? Kenapa tangan aku berbalut ?
semalam punya cerita, time aku tengah minum air kosong di cawan kaca  tetiba je telinga cawan yang aku pegang tu pecah . Pecahan kaca tu menusuk ke sela-sela jari manis and kelingking.
Darah tak berhenti keluar, sampai aku tengok ada lubang dekat tangan aku. Oh, mungkin bekas pecahan cawan tadi. Aku nampak darah berhenti keluar, maka aku pergi kerjalah macam biasa.

.
Nampak macam tak da apa-apa, hurm tapi malam tadi aku menangis kesakitan . Jari aku  mula kemerah merahan dan bengkak . Rasa macam berdenyut-denyut. Kawan aku suruh check, takut ada serpihan kaca dalam daging tu .

Jadi hari ini aku pergi klinik. Dan kemudian cerita lah apa yang dah berlaku . Hurm, dalam tangan tu ada serpihan kaca woo ! macam luka biasa je tapi ternyata didalam sikit lagi dah nak teruk. Dalam jugak rupanya bekas pecahan kaca itu. Nasib baik lah tak kena urat . Lepas ni minum dari cawan plastik je la. Haha.

P/s : Jangan memandai nak jadi dokter . buat tak ada apa-aa tapi ternyata? esok lusa kalau melarat sapa yang susah. Cacat dah nanti , berkurang duit hantaran.. Opss...
 ( Kalau sakit tak sembuh-sembuh atau bengkak ke hape ,atau lagi teruk sakit tu sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat ya )

{ 10 comments.. read them below or add one }

titan titan September 30, 2014 at 5:52 PM
okeh. memang ngilu kalau kena nih.
Ahmad Asraff Ahmad Ruslan Ahmad Asraff Ahmad Ruslan September 30, 2014 at 6:06 PM
memang sakit kalau masuk kaca dalam isi....lama jugak nak hilang sakit dan fobia kena kaca.....
Yana Nana Yana Nana September 30, 2014 at 6:53 PM
kaca!!!! oh my gehh... kak lisa hati-hati ye
nurul hidayah nurul hidayah September 30, 2014 at 9:54 PM
Tak pernah kena lagi tapi baca entry ni terasa nyilu . Nampak tenang diluar hakikatnya teruk di dalam . Huhuhuu
Aimi Farhana Aimi Farhana September 30, 2014 at 11:37 PM
serious sakit! sy pernah kena jugak.
akubiomed akubiomed September 30, 2014 at 11:46 PM
Tidak boleh tidur kalau sakitnya berdenyut-denyut. Pernah tangan terluka akibat terkena kaca cermin hampir terkena urat. Paling teruk ibu jari terkepit rantai motorsikal ketika membuang sisa minyak pada rantai kena 2 jahitan.
Nadia Johari Nadia Johari October 2, 2014 at 12:07 AM
uishhh...nasib p klinik..kalau tak...